Tuesday, 25 February 2014

Coconut Shake Klebang!







Assalamualaikum  semua , Panas .. Panas macam ni kalo  kalo dapat perkena Coconut Shake Klebang memang tepat sekali lah dengan minum petang yummy… Pembaca blog saya telan air liur dulu habis jer bace blog saya pergi perkena Coconut Shake Klebang.

Kedai Makan Klebang Original!



Okayy kepada yang tak sabar nak minum dengan menikmati Coconut Shake Klebang ini caranya untuk pergi kesini gunakan Highway Utara Selatan ikut Exit Alor Gajah / Simpang Ampat Pastu masuk ke Lebuh AMJ jalan terus sampai jumpa simpang Malim sebelah kiri trafik light  masuk kanan ke Pantai Klebang.

Coconut Shake yang sedap!



Kalo korang nak tahu?? Kalau lalu kat Klebang memang jem sebab utamanya orang beratur panjang semata – mata nak beli Coconut Shake Klebang memang terbaik! Sangat sedap  dalam coconut shake dalam itu dia letak ais kream vanila campur dengan air kelapa yang telah di bland.

Nasi Lemak bungkus RM 1.20


Disini terdapat pelbagai aneka makanan petang seperti Nasi Lemak , Bihun Goreng , Mee Goreng  yang sudah dah siap bungkus lepastu ada pelbagai jenis kuih muih yang  sedap. 
1 bungkus Nasi Lemak berharga RM 1.20 dan harga bagi satu Coconut Shake Special RM 2.20.

*kalo korang  nak merasai ape yang saya rase ini Datang lah Melaka!

Waktu berniaga
Isnin – Ahad        11.00pagi –  6.30petang

Jumaat                  2.30pagi  –  6.30petang


let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014

Saturday, 22 February 2014

Zoo Melaka,Taman Buaya, Taman Rama-rama & Reptilia Part 2




Assalamualaikum semua bersambung cerita bahagian kedua.. Mesti semua dah excited apa yang terjadi pada bahagian kisah saya nak cerita ini kan ?? 


Cerita yang seterusnya yang hendak saya bercerita ialah Taman Buaya Melaka. Buaya jangan takut!! Terdapat pelbagai spesies yang berada di Taman Buaya ini. Terdapat 13 replika monumen Malaysia dalam bentuk kecil menjadi simbolik yang menarik di Malaysia .

Pintu gerbang Taman Buaya


Selain dari itu, pengunjung dapat merasakan  kegembiraan berjalan kaki melalui Taman Burung dengan pelbagai spesies reptilia di Reptile's House! Tarikan yang terbaru kasi pengunjung ialah Water Playground terbuka kepada semua dan mempunyai keluasan 6000 kaki persegi kedalam antara 1.5 dan 2.5 , tarikan lain di taman itu termasuk permainan yang menyeronokkan "Haunted House" dan Trains Ride ke dunia Jurassic.


Haunted House ? Rumah Hantu

Water Playground


Pengunjung juga di jemput untuk menonton persembahan buaya hidup. Setiap hari Sabtu , Ahad , Cuti Sekolah dan Cuti Umum bermula pada pukul 11:30pagi - 2:30petang. Taman Buaya mempunyai kira- kira 100 spesies buaya dan seuruh dunia Afrika , Siam , India dan banyak lagi.

 Taman Buaya Melaka 


Aksi Buaya 


Taman Buaya Melaka pelbagai spesies buaya di sini. "Jangan jadi buaya darat sudah" hahaahah XD Actually i'm kidding :")  Selain dari menyaksikan buaya di sini korang boleh bermain air kerana ada Taman Permainaan Air yang sangat luas dan besar.. 

Bayaran yang dikenakkan di Taman Buaya








 Seterusnya,kisah yang hendak saya ceritakan ialah Taman Rama- rama & Reptilia .  Di Taman Rama - rama & Reptilia mengandungi 200 spesies tempatan termasuk jenis yang sukar didapati iaitu "Raja Brooke dan Birdwing" Terdapat juga koleksi lebih 400 jenis serangga . Peluang untuk anda dikelilingi oleh pelbagai rama - rama yang menarik dan berwarna - warni.  

Rama - rama 

Taman Rama - rama Melaka 


 Waktu lawatan bermula dari 8:00 pagi sehingga 5:30 petang setiap hari. Harga yang ditawarkan untuk kanak -kanak berharga RM5 manakala harga untuk dewasa berharga RM8 . Sesiapa yang hendak membawa masuk kamera ke dalam taman ni dikenakan kos sebanyak RM3 oleh pihak pengurus. Bagi bukan warganegara Malaysia bayaran yang dikenakan untuk dewasa sebanyak RM12 dan kanak-kanak dikenakan sebanyak RM7.

Bayaran yang dikenakan di Taman Rama- rama Melaka 

let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014



Zoo Melaka,Taman Buaya, Taman Rama-rama & Reptilia Part 1



Assalamualaikum semua, Awak sihat ?? Saya harap awak semua sihat Alhamdulillah . Blog kali ini saya nak ceritakan tentang tempat-tempat  yang sangat fantastik iaitu Zoo Melaka , yang kedua Taman Buaya dan ketiga Taman Rama-rama & Reptilia. Mesti semua dah excited nak pergi kan ?? kepada ibubapa luangkanlah sedikit masa untuk anak - anak pergi beriadah tidak mahal pun nak pergi tempat sebegini ! Mungkin bawa anak - anak ke tempat begini dapat mengembirakan mereka dan mereka juga dapat mengenal haiwan - haiwan dan reptilia yang jarang dijumpai. Itu menambahkan pengalaman anak - anak . 


Hujung minggu ni korang asyik tade buat ape - ape pon kat hostel tu asyik online twitter , facebook , WeChat ,WhatApps tu ape kate korang melawat tempat - tempat saya yang syorkan ini and then korang upload lah gambar korang kat Instagram ini membuatkan rakan - rakan anda yang tak pernah pergi pun membuatkan mereka berasa excited nak pergi. Duit bole dicari pengalaman tak boleh di beli dengan duit so hargailah dan rasailah pengalaman ini.. harap korang terhibur mendengar cerita blog saya pada kali ini .




Cerita ini mengenai Zoo Melaka!! cakap pasal Zoo Melaka mesti korang excited gilee kan nak tahu apa yang seronok ada dekat Zoo Melaka.




Zoo Melaka disini Terdapat beratus - ratus spesies haiwan disini. Eh! korang yang suka tengok binatang binatang korang datanglah kat Zoo Melaka nie.. alaa yang tepi "Highway Lebuh-raya Utara Selatan" .




Okayy ada juga orang cakap Zoo Melaka ini paling tertua dekat Malaysia ini . Okayy dari segi bayaran nak masuk Zoo Melaka ini tak mahal pon. 




Bayaran yang dikenakan bagi kanak - kanak RM 4.00 dan bagi Dewasa RM 7.00 . Kalau korang nak tengok persembahan haiwan setiap hari Isnin - Khamis dalam pukul 11:00 pagi - 2:00 petang. Hari Sabtu , Ahad dan Cuti Umum pukul 10:00 pagi - 11:00 pagi.


let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014

Friday, 14 February 2014

Macam Mana Melaka Dapat Nama ??




Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca saya ! Selamat petang saya ucapkan jom belanja saya goreng pisang panas ker keropok lekor cicah pulak dengan sos petang petang ni memang sedapnyee ! terasa lapar pulak :(


Pelanduk Yang Bijak!




 Petang ini saya nak cerita sikit tentang sejarah .. eh jangan mengantuk ini penting tau ! dan ini adalah fakta yang saya nak kongsikan ! okayy baca betul betul tau awak ! 





Pokok Melaka 



korang selalu tertanya tanya ?? Macam mana Melaka dapat Nama?? "MELAKA"  korang mesti tak sabar nak tahu kan !! semua pembaca blog saya harap tenang cool sikit! 





Pelanduk Putih 


Pada suatu hari Parameswara melihat satu pergaduhan antara Pelanduk Putih dengan seekor Anjing .. yang paling menakjubkan!  Pelanduk Putih tersebut menendang anjing tersebut dan anjing tu pon berlari. Parameswara berasa terkejut sekali kejadian yang berlaku di depan mata beliau! Pada waktu itu Parameswara duduk di pohon Melaka dan secara tidak langsung menamakan negeri Melaka.



*SELFIE dengan Pelanduk Putih yang hebat!




let's Visit Melaka..

#visitMelaka
#visitMalaysia2014




Thursday, 6 February 2014

Taman Bunga dan Beca sebelah Dataran Pahlawan !

Taman Bunga 

Assalamualaikum! selamat malam kepada sesiapa yang bace waktu malam and selamat pagi or in france bonjour or in english good  morning guys!!  yang bace waktu pagi lah kan dan selamat tengahari juga kepada sesiapa yang bace pada waktu lunch kat tempat kerja , ker kat starbucks coffee yang tengah lepak sekarang ni sambil pegang ipad or tab bace blog saya yang sanggat menarik untuk di buat percutian hujung minggu ni and korang jugak bole support visit Malaysia 2014! cewaahh!! bebel pulak saya ni :p


Penat balik dari jadi Pilot Keretapi Tanah Melayu!



straight to the point! okayy harini saya nak cerita sikit kat Taman Bunga yang bersebelahan dengan Dataran Pahlawan dekat juga dengan kawasan Menara Taming Sari yang saya baru cerita pada blog yang lepas! okayy kat Taman bunga ni korang boleh lah rileks rileks tenangkan fikiran lepas korang penat shopping tadi .


Byeee Melaka saya nak balik KUALA LUMPUR !

Adik yang kat belakang tu excited nak naik keretapi
yang saya nak bawak ni hehehe ;p



inilah Kapal Terbang yang digunakan sewaktu zaman perang 


Dekat Taman bunga ini juga ada monumen tinggalan seperti kapal terbang , pengangkutan keretapi Tanah Melayu yang digunakan sewaktu zaman penjajahan sampai lah sekarang. Tak payah bayaran pon nak masuk taman bunga ni .. 

*semua orang suka benda yang free! 

Pilot dengan Co Pilot sebelum bawa Kereta Api
 Tanah Melayu! hehe #GirlsPower



bunga bunga kat Melaka sangat cantik!


p/s : kepada yang berpasangan gf or bf and family hiruplah udara kat sini sangat tenang!


Sekarang saya nak cerita pula Beca Melaka yang sangat terkenal di Melaka! Beca cukup terkenal di Melaka pelbagai bentuk yang menarik pada Beca ada di Melaka . Mesti ramai yang excited nak naik beca kan "abang beca ..abang beca di tengah putar putar mencari muatan... lalalala" beca sekali naik Rm 10 ringgit murah jee.. sekali sekala naik beca kan . kalo nak bergambar dengan beca RM 5 ringgit .



Elfira loy menungang beca 

Beca Melaka 

Beca Melaka  pada waktu malam


#visitMelaka
#visitMalaysia2014

Tuesday, 4 February 2014

Menara Taming Sari

MenaraTaming Sari 

Eh, kalo korang selalu datang kat MP "Mahkota Prade" dengan DP "Dataran Pahlawan" mesti korang tertanya apa benda yang tinggi dan berpusing tu kan.. hahahahah XD 
kalo korang nak tahu itulah Menara Taming Sari .

Menara Taming Sari ini berputar 360' and korang dapat tengok kawasan sekeliling Melaka . 
Reka bentuk Menara Taming Sari ini daripada Keris Kesultanan Melaka.


Pintu hadapan Menara Taming Sari



Menara Taming Sari 




Selamat Datang ke Menara Taming Sari !

* Harga untuk masuk Menara Taming Sari bagi kanak - kanak RM10.00 seorang manakala Dewasa RM20.00 seorang dan bagi warga emas pula sebanyak RM 17.00 seorang .


p/s : Alaaa.. lepas korang dah penat tu pergilah shopping dekat "DP" & "MP" banyak barang murah untuk buah tanggan Melaka dan kalo lapar banyak jugak restoran dekat situ :)

#VisitMelaka 
#VisitMalaysia2014