Monday, 9 November 2015

The Journey 15 (Alhamdulillah! Part 1)



Assalamualaikum semua, apa khabar semua ? Semua sihat ?? Selama yang aku berdiam ini aku mendapat tawaran bekerja di Sektor Kerajaan. Pada minggu terakhir sebelum raya, aku mendapat panggilan untuk bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Gaji ikut hari jika aku tak datang maknanya tiadalah  gaji.. So macam dalam  peribahasa "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".  itulah kehidupan seorang pekerja sambilan... 

Cerita Throwback! 
Pada bulan May 2015 . Sebenarnya aku pergi interview Call Centre TM dulu sbb aku teman kakak aku pastu org tu suruh interview lah sekali dalam hati aku sedia pon tak .. hahahah resume nasib baik aku save kat email so directly email kat Agensi pekerjaan lah. First dorang suruh aku isi form dan lengkapkan semua jawapan soalan yang dorang berikan. Ada soalan dalam bahasa melayu , english dan matematik.. huahua... dah selesai jawab semua tu dorang suruh pergi bangunan sebelah interview face to face ... interview 3 orang sekali.. orang yang saing aku semua ada pengalaman bekerja.. aku ni baru jee habis diploma membekalkan experiences aku kat Praktikal jee lah yang aku bawak sebagai aku pernah bekerja . Sedih jugak sapa yang fresh graduate tade pengalaman bekerja... 

Pada bulan Jun aku dipanggil untuk pergi ke Interview.. Pada mulanya memang berasa debar dalam hati ini Interview kedua dalam hidup aku..Dengan langkah bismilahirahmanirohim aku jejak untuk pergi ke interview..  Masuk kedalam bilik interview, aku di interview 3 orang perempuan dan seorang lelaki, yang di interview 3 orang sekali.. Pelbagai soalan di ajukan, alhamdulillah aku dapat menjawab semua soalan tersebut. 

 3 Ogos. Pekerjaan! Working day!

Detik permualaan aku bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Ini adalah pengalaman bekerja yang pertama dalam hidup. Pagi isnin sungguh berdebar - debar untuk pergi ke kerja. Aku naik ke tingkat 7 iaitu tempat Human Resourse, saya di sapa dengan salah seorang yang mendapat perkerjaan tersebut. Kami semua 10 orang ditempatkan di bilik meeting kerana tiada penempatan bagi kami. Kami berkenalan antara satu sama lain sehinggalah pada hari jumaat pagi kami mempunyai penempatan. Waktu itu hati memang berdebar debar Allah jee yang tahu. kami berpecah ke bahagian  1 orang  HR, 2 orang Cagaran , 7 orang di Kaunter. Perghh hebatnya pekerjaan aku ni. Melayan customers :"( itulah tangungjawab Pegawai Khidmat Pelanggan.    

Tawaran kami sebenarnya 2 bulan sahaja untuk PSH. Rupa-rupanya tempat yang aku bekerja ini mahu di Lembagakan.. So pada bulan Oktober aku mendapat tawaran bekerja Kontrak selama 1 tahun. Alhamdulillah rezeki Allah kat mane mane.. Saya doakan semoga semua orang dapat tawaran pekerjaan yang hebat. 

Dalam pada masa ini aku masih lagi mencari ilmu untuk menangani Pelanggan yang suka marah - marah , tak reti bersabar dan pelbagai lagi kerenah manusia . Tips nak jadi Pegawai Khidmat Pelanggan memang perlu mempunyai tahap kesabaran yang sanggat tinggi.. "Orang yang bersabar adalah orang yang beriman". Saya tanamkan ayat itu dalam hati saya <3 

"Jangalah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" (Surah Ali-Imaran :139) 

Pelbagai dugaan yang aku lalui sepanjang bekerja di sini. Aku bukan sahaja bekerja di Kaunter malah aku juga di tempatkan di Call Centre untuk menjawab panggilan dan persoalan yang di ajukan. Alhamdulillah aku suka dengan kerja aku ini. Allah uji sebab kita boleh lakukan. Kadang - kadang hati aku ni sedih sangat bila kena marah. So menjadi tugas aku untuk menangani semua masalah ini dan harus kuatkan semagat. Hati mesti SADO & Jiwa mesti KENTAL! 

Kepada semua yang mencari kerja saya doaakan anda berjaya mendapat perkerjaan dan yang paling penting jagan tinggal solat Solat! 

Selamat bekerja dan selamat menempuh alam pekerjaan! Doakan saya kerja baik - baik sahaja okayy! Terima kasih atas mendoaakan saya mendapat pekerjaan semoga anda semua di murahkan rezeki.