Friday, 21 October 2016

The Journey 19 ( Percutian di Johor Bahru + Universal Studio Singapore [USS] )

Assalamualaikum guys <3 , Much love <3<3<3, Hi Guys dah berbulan saya tak berblog. Peluang kalini Alhamdulillah rezeki lebih sikit kita bercuti di Selatan iaitu JB and Singapore .. wohoooo.. Okayy saya harap sesiapa yang baru nak plan atau terfikir nak pergi buatlah perancangan dahulu okayy.. 

25/7/2016
Harini kerja macam biasa, waktu lunch Kak Mida WhatsApps gaji dah masuk :) wohooo.... Boleh lah tukar duit Singapore Dollar <3<3<3  Sebenarnya rancangan nak pergi ke USS lepas balik Krabi lagi Huhuhu XD  Petang lepas balik dari kerja aku turun pergi tempat Kak Mida dan Kak Zah huhu XD 
Kak Zah naik motor, aku dengan kak mida naik kereta ape - ape roger bila dah sampai. Okayy sampai Alamanda terus pergi Money Changer sebelah Aeon Big. Dalam hati aku cuma hendak tukar 100 SGD bersamaan RM 300. Setelah pekerja itu buat pengiraan nak tukar 100SGD bersamaan RM 305 ermm .... Sebelum pergi money changer aku dah google siap - siap pasal matawang Singapore Dollar ini. So aku adalah pengetahuan nak tukar RM ke SGD ini. Kak mida pon tukar 100SGD cuma Kak Zah banyak sikit dari kitaorang.. huhuhu XD. Kak Zah lepas tukar duit terus balik . Aku dengan Kak Mida pergi Aeon Big aku beli maggie cup untuk bekalan bawa waktu pergi bercuti nanti. Memandangkan aku puasa ajak Kak Mida buka puasa dekat McD sambil tunggu azan maghrib kitaorang borak-borak huhuhu XD .

27/7/2016 
Aku taktahu asal semua orang Bad mood marah :'( Dalam hidup ini tak semua yang kita alami gembira memanjang. Mesti ada suka dan duka. Dalam hati cuma redha, sabar dengan ujian yang Allah berikan. Mungkin ada hikmah yang baik untuk kita tempuhi. Keep Strong!!! 

28/7/2016 
Malam ini aku packing barang wuhoooo, bag baru nak pergi travel!! Banyak baju jalan - jalan yang aku bawak kalini Tudung semua gosok cantik - cantik letak dalam bag nanti senang nak pakai. Tidak terlupa juga maggie cup dengan telekung.

29/7/2016 
Pergi kerja dengan penuh semanggat serba pink harini uollss.. Tak sangka pulak harini loan admin punya Open House! Kenyang lah perut, harini jumpa dengan orang - orang yang selalu tolong kerja aku. Thankyou uolls, love so much easier my work! haha XD tanpa dorang tak gerak kerja aku. Sambil makan cuci mata dan gelakan orang. hahahahaahhhaah XD . Dalam pukul 12:15tghri aku balik sebab harini amik half day. Sebeum balik jumpa Crush LOL ... cakap "pink ainie harini" dalam hati ahahahaha XD . Fokus dan balik rumah. Petang itu aku pergi Petrol station beli gula-gula berangin, roti dan air minerals. Aku siap - siap makan kat rumah takut nanti lapar dalam Bus. 

Tepat pukul 5ptg aku siap dan double check semua barang paling penting Passport. Tiket bus dekat Kak Sara. Ayah hantar pergi Putrajaya Sentral. Pukul 6ptg aku WhatsApps group Backpackers Singapore yang aku dah sampai Putrajaya Sentral.  So terus turun pergi Terminal Bus sambil tunggu kawan - kawan sampai. Pukul 6:30ptg Bus Plusliner sampai. Geng Kak Pah sudah berangkat tengahari tadi. Kami trip kedua Saya (Ainie), Kak Sara, Nabila, Kak Chom, Kak Mida, Kak Aen, Kak Zah, Kak Nurul, dan Kak Emy. semua muka happy :) jyeaah bus mula bergerak Putrajaya ke JB.

Ini trip kedua aku travel dengan kawan - kawan :) #cayalah! Partner dalam bus Kak mida huhu.. Masuk bus terus call mama cakap bus nak gerak pergi JB, "mama doakan selamat sampai amin yarabbal alamin" Jyeahh bus gerak ke JB . Johor Bahru tunggu aku datang memandangkan ini time orang balik kerja , so memang jemmlah kat Highway. Dalam pukul 8;15 mlm bus berhenti di R&R Bemban. Aku turunlah pergi tandas. Kami teruskan perjalanan hendak ke JB. Lamanya nak sampai JB .... sambil tu tido jelah. 

Pukul 11mlm sampai di Larkin Bus Terminal. Yeaaahhh!! sampai terus cari Teksi untuk bawa kami makan malam. Kami makan malam di Asam Pedas Power. Dalam kedai tersebut penuh dengan Bendara JDT dan Bendera Johor. kitorang tanya tukang amik order ini. Tauke kedai player JDT ker? dan macam - macam soalan kitaorang tanya. Menu yang kitorang order Nasi Putih, Tom Yam Campur, Ikan Pari Bakar, telur dada, sayur campur dan air pilihan masing - masing. Harga berbaloi juga makan disini. Kak mida dengan Kak Zah makan kat tempat lain. Habis makan kami jalan kaki pergi Dataran Johor. Penat weh :"( dengan bawak bag baju ini. Susah nak cari teksi malam - malam cegini. Tetiba ada Van gov kitaorng tahan nasib  berhenti dan bawa kami pergi Golden Leaf Hotel JB. Alhamdulillah selamat sampai Hotel. Sampai pukul 1:30pg esok dah lah nak pergi USS. Kami tinggal dalam Dorm boleh menempatkan 9 orang. Sampai pilih tempat tido. Partner bilik Kak Aen. Bilik kitaorng aircond betul -betul kat Katil memang sejuklah.. Aku mengosok dulu sambil tunggu turn nak mandi. Dah prepare untuk esok, time to sleep esk nak pergi USS!!!!  

30/7/2016 
Hari yang di tunggu - tunggu USS here we come!! Pagi bangun solat subuh siap - siap nak pergi USS!!! YEAAAAHHHH... Dah siap then isi form border Singapore. Semua dah siap kitaorng tunggu depan Hotel. Bus dah standby kat area Tune Hotel. Kitaorng masuk bus dan ada penerangan untuk pergi ke USS Singapore. rupanya  ramai juga nak ke USS ini, cuma dorang beli pakej jee dan kebanyakkan orang Johor. Bus bergerak ke Border Malaysia untuk Imigresen Check passport next pulak ke Border Singapore. Banyak juga kereta, motor, lori dan ada juga yang jalan kaki pergi Singapore.  Sampai border Singapore beratur panjang sebab dia nak check satu - satu. Penat weh menunggu jam dah pukul 9:15pg. Lepas semua Imigresen Singapore!.


Universal Studio Singapore ! 



USS here im comingggg!!! 
Sampai di Sentosa Island pukul 10:35pg Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Destinasi yang hendak dituju iaitu USS!! Sampai pemandu bus ingatkan mesti ada di Bus dalam pukul 6:30ptg. Masa untuk snap picture di Globe USS. Kak sarah agihkan tiket untuk masuk USS kepada semua. Langkah pertama masuk USS ialah Hollywood kat situ banyak kedai Souvenir patung minion yang comel comel. Next New York street sambil jalan, sambil selfie! kitaorng dalam USS berpecah group saya (Ainie), Kak Sara, Kak Mida, Nabila and Kak Chom. Kami teruskan langkah dengan cepat sebab dah pukul 11pagi kami beratur di Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Beratur dengan penuh kesabaran rasenya. Dalam 2 jam juga tapi impak 3D yang ditunjukan memang best!!! thumb up.  Nak naik roller coaster kene letak semua barang dalam Locker.

Globe USS

Hyee USS





New York Street 



Transformer The Ride : The Ultimate 3D Battle 

Dalam Transformers


Next terus ke Roller Coaster! wuhuuuuu... Roller Coaster kat sini ada 2 track blue and red. Kami naik yang RED Track. Battlestar Galactica: HUMAN (red track). Dekat sini beratur sekejap jee hehehe mungkin sebab orang takut hahaha XD "Aku pon takut jugak, tapi buat - buat berani" waktu naik Allah jee yang tahu perasaan ini. Waktu kat atas diam jee aku dengan kak mida.. hahaha XD


Roller Coaster wuuuuhooooo





Muka lepas shopping 



Lepas roller coaster terus beratur kat Jurassic Park Rapids Adventure. Semua duit dalam locker tak dapatlah nak beli baju hujan :( hahaha kepada yang hendak datang USS bawaklah baju hujan tak perlu membazir dan bawalah air minerals dan bekal makanan. Ini kali ketiga tunggu dengan penuh kesabaran. Sambil beratur sambil baca papan tanda "Yang anda akan basah" huhuhu Nasiblah :(  Bila turn nak naik excited sanggat seronok sebab dia ada flash air dan dikelilingi persekitaran dengan Dinosaur. Part paling best naik rapids ini Dinosaur nak makan tetiba kena campak kat air , lencun satu badan , dah lencun lapar lah pulak.

 Roasted Chicken Briyani Set. 15.50 SGD .(Nasi briyani + Roasted Chicken + Chana Masala + Dal Tadka +Jeli Kelapa)  

           Sedap ...nyummmyyy

Muka lepas kenyang... 

Ancient Eygpt 


Far Far Away 



Jam dah pukul 4ptg lapar dah ini. Amik barang kat locker terus beli air minerals Evian dalam 6 sgd "Amaran" jangan sesekali korang convert lepas beli mesti korang menyesal hahaha XD  Dahaga dan lapar beli jelah "kata pelancong" huhu. Kami saya (Ainie), Kak Mida, Kak Sara, Kak Chom dan Nabila kami makan di Oasis Spice Cafe area Ancient Egypt. Menu yang saya makan ialah Roasted Chicken Briyani Set. 15.50 SGD . (Nasi briyani + Roasted Chicken + Chana Masala + Dal Tadka +Jeli Kelapa) Air minerals jee.. Makanan semua berasa Alhamdulillah sedap.


Manisnyaaa air ni... 


Hero Fast Furious Vin Diesel , 

Langkah untuk shopping .. hahaha 

peluk pon jadi lah Sesame Street, Elmo and Cookie Monster 


Souvenir shop 


Souvenir...
Pen, Postcard and T-shirt USS

Fridge magnet USS  (ini letak kat Rumah)

Fridge magnet (Ini letak kat Office)






Byeee...byeee USS 


Lepas makan kami selfie selfie sambil tengok barang - barang  souvenir. Jam dah pukul 5ptg. Ape lagi saya dengan kak mida jalan 2 orang sebab nak habiskan duit SGD yang kitaorang bawak. Far Far Away istana paling cantik . Ada kedai cendermata yang cantik saya beli haha.. Semua kedai Souvenir dalam USS kitaorang masuk sambil selfie selfie hihihi ;) 2 kali saya dengan Kak Mida saya pusing untuk cari barang yang perfect. Beli air ini sebab colour dia sungguh tertarik dan manis sanggat.

Jam sudah menunjukkan pukul 6:15ptg. Bus sudah tunggu kami. Masa untuk pulang :"( kepada yang hendak atau baru nak plan pergi USS belilah Express tiket kerana tiada lah membazir masa untuk beratur. Sampai imigresen beratur dan laju jee. Sebab dah malam kot. haha

Bye... bye.. Singapore 2016 :) 

Hye...hye... Malaysia  tanah tumpah darahku :) 

Kami sampai di Johor Bahru dalam pukul 8:15mlm. Kami diberhentikan Bus tepi jalan dan terus amik teksi makan si Restoran Sayam. Menu yang saya pilih ialah Nasi Putih + Daging masak merah + Air menerals jee.. Alhamdulillah kenyang. Balik hotel semua dah penat. Balik terus mandi dan rehat pastu borak - borak :) zzzZZZZzzzzz

31/7/2016
Barang semua dah kemas masa untuk pulang ke Putrajaya. Pagi ini breakfast di Restoran Singgah Selalu. Baru teringgat hari Ahad orang Johor kerja! patutlah Jalan raya tak jemm. Kami semua amik pakej Breakfast RM 10 untuk semua makanan wowwww.... Lepas makan kami pergi ke Country Garden Danga Bay. Lepak kat pantai hahaha XD  Lepastu lepak kat Starbuck hahaha...




Bus kami pukul 12tghari JB => Putrajaya. Ambil masa untuk sampai Putrajaya dalam 5 jam. Sampai Putrajaya pukul 4:30 ptg. Alhamdulillah akhirnya sampai rumah :') Esok kerja :) Muka mesti happy balik dari bercuti.


"There are so many beautiful reasons to be happy" 
     
                                                                                    ainie 2016 SG.





Saturday, 18 June 2016

The Journey 18 ( Percutian di Krabi + Hat Yai )

Assalamualaikum semua, and Hi I'm back!!! Alhamdulillah percutian kali ini aku bersama rakan rakan Office tidak pernah sangka pun untuk bercuti untuk rehatkan minda. Okayy ini cerita Throwback nak pergi ke Thailand. 

4/5/2016 
Pagi seperti biasa datang kerja 7.20 pg datang awal boleh breakfast, sebab  waktu kerja aku pukul 8.00 pg - 5.00 ptg . So boleh lah search Mr. Google tentang matawang Bath Thailand.yelaaa sebelum pergi money changer kene ada pengetahuan untuk pertukaran matawang. First time pergi thailand. huhuhu . Balik dari kerja kami iaitu saya, kak baiyah, kak aina dan kak mida pergi ke IOI Mall Putrajya untuk tukar duit Malaysia ker Bath Thai. Dalam hati ini memang nak tukar dalam RM 300 jee bila di fikir fikir balik baik tukar RM 400 mungkin nak shopping banyak pulak dekat Thailand huhuhu.  Uncle money changer cakap better tukar dalam 4000 bath dalam RM 458 duit, so alang alang RM 400 tambah sikit RM 58 dapat dalam 4000 bath huhuhu kayaa kaya... So semua target sudah tercapai untuk tukar duit Bath Thai. Balik ini baru nak packing baju nak pergi Krabi Thailand. 

5/5/2016 
Pagi datang kerja macam biasa, yelaa sebelum bercuti perlu selesaikan masalah tiket dari call center. Alhamdulillah kerja dapatku selesaikan awal. Petang ini aku solat Asar di office sebab bila balik senang. Balik rumah macam biasa mandi, lipat baju yang dah kering, jemur baju baby adam (anak buah) masak dan reply Whats Apps huhuhu Sambil nak tunggu azan maghrib makan malam dulu nanti tadelah lapar waktu kat TBS. Habis jee makan terus solat maghrib, dah solat lantas aku bersiapkan diriku untuk ke Putrajaya Sentral . 

Sampai di Putrajaya Sentral terus beli tiket ERL Putrajaya  ke Terminal Bandar Selatan (TBS). Dalam lingkungan 10 minit ERL tiba untuk pergi ke TBS. Ini adalah pengalaman kali pertama aku pergi berjalan jalan ke luar negara bersama kawan kawan office. Sampai di TBS sudah masuk waktu Isyak lantas aku mencari surau untuk Solat. Habis solat terus Whats Apps geng office dimana semua?? huhuhu... Sambil tunggu dorang sampai aku masuk 7E beli gula-gula beragin dengan air mineral. Semua sudah ada 9.40mlm kami semua turun ke Balai Perlepasan Penumpang. Aku bersama kawan-kawanku tunggu di Gate no 4. Bus sampai dalam beberapa minit lewat. Naik bus rasa selesa sanggat sebab kerusi luas dan boleh charge handphone. Bus ini menyediakan wifi juga. Bus yang kami naiki ialah Alisan. 

6/5/2016 
Perjalanan mengambil masa dalam 8 jam di dalam bus. Pukul 5.15pg kami sudah tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam.Sambil nak tunggu Imigresen buka pukul 6.00pg tido - tido ayam atas bus dulu. huhuhu.... Lepas pintu Imigresen buka pada pukul 6.00 pg aku bersama rakan - rakanku turun mebawa sekali bag. Kami beratur tunggu turn untuk Scan passport. Setelah pengesahan passport kami berjalan sampai ke The Zon Bukit Kayu Hitam sebab agent bakal ambil dalam pukul 8.00pagi. Lantas kami bertanya orang sekeliling dimana surau untuk Solat subuh. Kami rehatkan diri sehingga 7.45pg. Kami bergerak ke tempat letak kereta, disitu sudah ramai orang yang tunggu sambil mengisi Thailand border card. Ada 2 biji bus 2 tingkat thailand dan 7 biji van. Aku dan kawan-kawanku van no 5. Pemandu pelancong kami bernama Ibrahim. Aku bersama kawan-kawanku 8 orang dan 4 orang baru yang kami kenal dalam van. Dalam van boleh menempatkan 12 orang penumpang dan 1 pemandu. Dalam van Saya (Ainie), Nabila, Kak Pah, Anak Kak Pah (Thaqif), Kak Baiyah, Kak Mida, Kak Aina, Kak Sara, Sally, Ika, Kak Yan dan Azan. Seterusnya untuk pengesahan di Imigresen Sadao Thailand banyak orang beratur pon  panjang. Nasib perutku sudah diisi dengan roti, huhuhu... 

Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke Krabi, Thailand. Jalan raya di Thailand baru diturap rasenya sanggat cantik dengan permandangan hijau dan penuh dengan kesenian tulisan ukiran pada bangunan. Orang Thailand sanggat kreatif. Dalam pukul 10.10pg thai kami berhenti makan tengahari di Kedai Kak Piah seorang muslim dan pandai memahami bahasa melayu. Dikedai makan, aku amik nasi + Ikan Goreng + Kuah kari dan teh o ais. Caj yang dikenakan sebanyak 60 bath. Habis makan teruskan perjalanan ke Krabi jyeaaah!!! Lama juga perjalanan ke Krabi tido bangun tido bangun tak sampai sampai. Pukul 1.20 tgh kami singgah di Stesen minyak di situ ada kedai serbaneka 7E . Kedai 7E Malaysia dan Thailand sanggat berbeza kerana 7E Thailand banyak menyediakan kemudahan. Aku dari Malaysia memang sudah cari adapter plug tapi harga mahal nasib dekat 7E thai ada jual so beli. Shampoo sunsilk buy 1 free bottle kecil okayy lah tue kan dari tada. Harga murah sikit dari Malaysia. Banyak benda yang murah mungkin sebab tukar duit bath. hahaha

Teruskan perjalan ke Krabi, Cuaca di Thailand sama seperti di Malayisa panasss... Pemandu pelancong aku ini sesat nak bawak ke Hotel.. huhuhu.. Sebenarnya sudah sampai Krabi dalam pukul 3.15 ptg sebab dia sesat sampai White Elephant Hotel Krabi pukul 4.35 ptg . Alhamdulillah walaupun sesat tapi akhirnya sampai jugak destinasi ke Krabi  here we go.... Bilik  aku 2 single bed with Kak Aina partner dalam bilik. Bilik aku dihiasi dengan towel yang direka bentuk gajah. Awesome. Aku rase Hotel ini reka bentuk macam Ikea huhhu. Simple and nice.




White Elephant Hotel Krabi 


Bilik dengan Kak Aina 

Rehat - rehat dalam bilik. 1 hari tak mandi, tapi gosok gigi okayy huhuhu... Pukul 5.30 ptg agent bawak jalan jalan jyeaahh. Tempat pertama yang kami tuju ialah 7 heaven. Disini banyak benda yang menarik macam kerusi besar, ala-ala pekan cowboy dan macam macam lagi. Sebab kitaorang sampai lewat 6.15 ptg Thai bersamaan 7.15mlm Malaysia so cuaca dah gelap. Tiket untuk masuk 7 heaven dalam 100 bath bersamaan RM 10....




7 Heaven Krabi 



Coconut Shake Krabi 



Next destination ialah jalan - jalan cari makan. Dalam van sudah terfikir untuk nak makan Nasi + Tom Yam Campur + Telur bungkus + Coconut Shake huhu itulah menu makanan malam ku... Tom Yam terbaik love it..... Habis makan malam pukul 8.00 malam agent kami bawa pergi ke tempat untuk shopping beli baju murah - murah untuk ole-ole (Souvenir) Dalam kedai itu aku habiskan duit dalam 1000 bath 8 baju berlainan saiz dan keychains patung. Setiap saiz yang dijual berlainan harga, jika baju saiz XL harga dalam 130 bath, saiz L dalam 100 bath.  Sebenarnya nak ambil bags kecil kecil gambar gajah minta tawar tapi tak boleh ermm... Dah runding banyak beli tak boleh jugak kasi.. Takpelah ini baru destinasi pertama aku shopping, dah banyak beli beli. Sebab agent cakap tempat ini lebih murah dari Ao Nang Beach sebab itu aku dah shopping awal - awal hahaha XD .Dalam hati rasa lega sebab dah beli souvenirs.

Pukul 9:15mlm agent hantar balik Hotel. Kawan - kawan satu van ajak naik Tuk - tuk ape lagi huhuhuh naik Tuk - tuk malam - malam beragin wuuuuu... Orang yang join naik Tuk - tuk malam ini Kak Pah, Thaqif  (anak Kak Pah ) , Kak Sarah, Nabila, Sally, Ika, Kak Aina dan saya. Naik Tuk - tuk pergi Night Market Krabi waktu itu hujan renyai , kat sin aku beli Fridge magnet gambar Ao Nang Beach + Baju T-shirt Harley Davison Krabi dalam 100 Bath . Dekat Night Market kene pandai tawar menawar dengan penjual(Korang cakap in bahasa + Eng +Thai  sikit bolelah dia kasi murah).huhuhu... Balik naik Tuk - tuk sampai Hotel dalam pukul 11.20 mlm thai penat seharian berjalan. Balik solat, kemas - kemas bag apa hasil tangkapan baju dan key chain . Baca WhatsApp agent suruh pakai baju boleh basah dan tak payah bawak baju salin sebab esok perjalanan pergi ke Pulau... huhuhu :)

7/5/2016
Pagi solat subuh dan terus mandi. Aku siapkan dii untuk pergi ke 4 Island + Snorkeling.. Yeahhh!! Yeah!! Agent arahkan kami berada dibawah hotel pukul 8:00 pagi, untuk bawa kami Breakfast huhuh... Harini Breakfast Yellow rice + Fried chicken disertakan dengan ulam dan sambal belacan diatas meja. Makanan pagi ku sungguh sedaaaaaappp!!!! Selepas makan kami dibawa pergi ke Noppharat Thara Beach area Ao Nang Beach juga, untuk tunggu boat. Sambil tunggu boat kami cakap pada pemandu pelancong kami Ibrahim nak beli - beli . Sambil tunggu aku memang tak bawa selipar so memang wajib beli dan pekara paling penting yang patut beli ialah Waterproof cover handphone untuk langkah berjaga - jaga. Lepas shopping di tepi Pantai Noppharat ini, pemandu pelancong kami salah hantar tempat untuk naik boat :"( rupanya... Boat yang tunggu kami area  Hotel jee. Agent snokeling perempuan dia cakap ada 150 orang yang tunggu kami di boat. Memang waktu itu kami semua mengelabah. ^_^

Noppharat Beach Krabi 

Pakai google atas boat ha..ha..ha.. 


Peace 

Poda Island Krabi 

Chicken Island  Krabi 

Chicken Island Krabi 



Phra nang beach Krabi 




Beach


Awasssss 



Banana Pancake Krabi 




Selamat ke Destinasi boat yang tunggu kami. Selamat juga naik boat kecil pergi ke boat besar yang tunggu kami. Rase lega bila sudah naik ke boat besar. :)   Masa perjalanan pergi ke Chicken Island mengambil masa dalam 45 minit untuk sampai.  Perasaan sanggat seronok kami melalui Poda Island, Chicken Island , ada satu Pulau yang orang putih beli di Thailand ini. Kami ada berhenti di tengah - tengah island dan snorkeling perasaan memang seronok bersama kawan - kawan. Lepas Snorkeling mesti lapar... Tempat seterusnya kami pusing - pusing Pulau sambil menikmati makanan yang sudah dibungkus Nasi Putih + Ayam Goreng + Ayam Paprik yang disediakan pemandu boat dan agent. Selepas habis makan kami turun lagi kali kedua untuk Snorkeling yahoooo....

Hentian seterusnya Pranang Cave Beach dekat ini banyak mat salleh wuhuuu cuci mata kalo lelaki huuhuhuh... Paling unik di Pantai Pranang ini menjual makanan di atas boat kelasss giteuwww . Makanan yang dijual ialah Banana Pancake dan macam - macam perisa yang lain , Burger dan makanan western yang lain. Saya kongsi makanan dengan Kak Aina kitaorang beli Banana Pancake Nutella nyumm..nyumm.. Yela lepas mandi Pantai mesti lapar huhuhu.. Sebenarnya dalam hati kami semua nak pergi Pranang Cave yang di tepi Pantai memandangkan cuaca agak petir - petir. Kami terus mendapatkan boat kecil untuk pergi ke boat besar untuk pulang. Hujan mula rintik - rintik membasahi bumi. Kami menaiki boat besar Alhamdulillah pulang dengan seleamat.












Shopping timeeee .... 


Strawberry shake 

Love this sooooooo much Banana Pancake, Krabi Thailand 

Satu hari di Pulau memang hitam huhuhu XD  Sampai jee kami terus dijemput oleh Tuk - tuk yang disediakan oleh agent kami. Sampai hotel bersihkan diri dan solat Dapatlah rehat 1 jam kat Hotel. Pukul 4:30 ptg thai. Kami turun ke Lobi Hotel untuk pergi cari makan malam. Pemandu pelancong kami membawa kami ke Ao Nang Beach.  Disini banyak cedermata boleh dibawa pulang. Perut memang lapar terjumpa kedai yang menjual Banana Pancake Nutella wuuuu <3<3<3  + Strawberry shake memang rasa beri - beri waktu minum ditiupi dengan angin di Pantai Ao Nang. Seterunya kami disapa oleh gadis - gadis SPA  dan menawarkan rawatan urut. Kami booking untuk 7 orang untuk urut.1 Jam 200 bath murah tuu .. Kalo dalam RM 20 mane nak dapat kat Malaysia. Sebenarnya macam - macam kedai yang offer pakej urut dekat Ao Nang Beach ini ada yang tawar manicure sekali tau. Mesti bijak dalam buat pilihan. Pemandu pelancong kami Ibrahim membawa kami ke tempat makan malam yang sanggat best. Nama kedai tak ingat tapi arae Ao Nang beach juga. Makanan yang disediakan sanggat menyelerakan. Saya memilih makanan Nasi goreng Thai! rugilah dah sampai Thailand tapi tak rasa Nasi Goreng Thai. huhuhu



Ao Nang Beach Krabi 


Sunset Ao Nang Beach Krabi 

Pineapple fried rice with green tea .  Kawan punya makanan 

uuuuuuuuu..... banyak udang 


Seterusnya kami dibawa untuk pergi ke Night Market Krabi huhuhu shopping timeeee my favourite <3<3<3 Malam semalam dah pergi tapi kedai semua nak tutup, tapi harini kitaorang datang awal! Disini banyak menempatkan barang kraftangan atau cendermata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Masuk Night Market Krabi ada seorang budak kecil menari tradisional dengan mengenakan pakaian tradisional Thailand.  Di Night Market Krabi banyak benda yang murah seperti aksesori seperti Sunglasses dalam harga bawah 100bath, Jika dalam RM bawah 10 ringgitlah.. huhuhu.. Dekat sana saya dengan kawan - kawan membeli Ice Cream Kelapa dalam tempurung , 3 scoop ice cream kelapa topping chocolate with caremael rasenya memang terbaik macam Sangkaya yang berada di Malaysia. Harga juga berpatutan RM 2.50 murah :") i'm feels so happy..

Ice cream kelapa topping chocolate caramel 

Ice cream kelapa Krabi 


Lepas balik SPA 

 Kedai - kedai dekat sini sememangnya murah dan korang mesti tawar menawar sebelum membeli. Jam menunjukkan pukul 9:30 mlm thai dan kami perlu menunggu di Cimb Thai. Sebab pada pukul 10 mlm ini kami sudah booking SPA untuk urut-urut huhuhu... Ini kali pertama aku menjejakan kaki pergi SPA untuk urut - urut satu badan harga pun murah :") Tepat 10:30 mlm - 11:30 mlm dia urut aku memang terbaik sebab pagi tadikan Snorkeling dan macam - macam benda buat huhu.. Saje  nak manjakan diri.... Lepas urut rase lega dan badan jadi ringan dan balik Hotel bersihkan diri, solat dan kemas bag baju sebab esok malam nak balik Malaysia tanah air ku... Banyak juga cendermata yang aku beli ha .. ha.. ha.. Dalam Whats Apps agent arahkan 8:30 pg mesti turun ke lobi untuk naik van.

8/5/2016
Tepat pukul 8:30 pg kami sudah terpacak di lobi dengan barang-barang. Semua group kami lengkap dan kami bertolak pergi breakfast di tepi 7E. Digerai itu ada menjual Roti canai, Nasi Kerabu thai + Ayam goreng, Teh susu pekat, green tea. Pagi ini aku cuma makan Roti canai sebab kat Hotel dah makan coklat. Next destination Elephant Tracking. Perjalanan di Elephant tracking mengambil masa dalam 20 minit. Diingatkan di Elephant tracking perlu membawa 500 bath untuk naik gajah sahaja. Yelaaaa datang Negara gajah putih tak naik rasa rugilah kan... Memang waktu dah standby 1000 bath untuk naik gajah + Hat Yai. Pengalaman menaiki gajah sanggat menyeronokkan.  Gajah yang saya naiki bernama Luang. Saya naiki gajah bersama Nabila cousin Kak Sara. Kami orang pertama yang naik gajah tapi palling lambat habis sebab gajah kami naiki itu perlahan sanggat. ha.. ha... haaaa berbaloi 500 bath aku bersamaan RM 50 . Gajah ini bawak jalan - jalan hutan, sungai pusing - pusing keliling sanggat seronok. Ini adalah detik istimewa dalam bagi diri aku. Habis naik gajah ada sesi menjual gambar kami sewaktu diatas gajah harga dalam 150 bath. Aku ambil keputusan untuk membeli gambar tersebut sebagai kenangan yang aku pernah naik gajah so sweeetkan.. I LOVE YOU (Gajah Luang). Sebelah tempat gajah ada 2 anak gajah yang sanggat comel. Sempatlah kami berselfie dengan baby gajah.


Elephant tracking 

Selfieee atas gajah 


Wuuuuuu

Awesome (GAJAH LUANG)

Awesomeeee! 


Baby Elephant 

Seterusnya adalah Hat Yai jyeaaahhh... Krabi ------> Hat Yai mengambil masa dalam 4 jam perjalanan untuk pergi . Nasib kenyang ada coklat dalam bag. Sampai Hat Yai dalam pukul 4:00 ptg kami terus menuju ke tempat solat. Setelah habis solat kami turun pergi ke Khlong Floating Market Hat Yai . Disini InsyaAllah menematkan makanan yang halal. Disini juga terdapat pelbagai juadah yang meyelerakan seperti Udang goreng, Sotong goreng, Som tam, air dalam tembikar, air dalam buluh pelbagai benda unik. Juadah yang aku beli Nasi kuning  + Ayam Goreng disisipkan sos thai, itu menjadi makanan Favorite makanan di Thailand aku sejak breakfast hari sabtu pagi itu. Aku membeli minuman dalam tembikar Hello kitty yang diisi airnya kelapa. Waktu minum itu rase diri terlampau comel wink .. wink ..


Khlong Floating Market Hat Yai 



Udang oh udang 

Hello Kitty so cuteee 

Udang , sotong 

My fav Nasi Kuning Ayam Goreng + Udang Goreng  +  Air Kelapa 


Habis makan lngkah dengan keinginan hendak shopping baju anak buah aku Haziq dan Adam. Jalan-jalan terus beli aku beli pencil box gambar burung hantu dan ada tulisan Hat Yai habislah riwayat duit aku di Thailand dalam purse. huhuhu... Teman Kak Mida shopping sebab nak cari Purse kulit ikan pari memang susah nak cari dari Krabi Night Market sampailah ke Hat Yai. Akhirnya bag purse itu ditemui dengan harga 1000 bath atas tawar menawar kami dapat dalam 500 bath alhamdulillah :) Purse kulit ikan pari itu untuk kawan kami yang kirin. Langsai bershopping kami bergegas untuk pulang ke Malaysia. Kami sampai Sadao Thailand. Kami cop perlepasan Thailand ke Malaysia. Kami menanti bus untuk pulang ke Malaysia. Detik paling sedih berpisah dengan group van iaitu Kak yan , Abang Azan dan pemandu pelancong kami Ibrahim.

Best ever part in Thailand 
Bus tiba untuk pulang ke Malaysia pada pukul 10;30 mlm semua dalam bus turun untuk scan passport. Habis semua naik bus.... Bus berhenti di Changlun Kedah untuk rehat selama 20 minit , pekena sup utara memang mantap. Terasa suasana di Malaysia. Walaupun travel merata dunia, Malaysia juga tempat yang indah <3 ..... Bus teruskan perjalanan sampai TBS pada pukul 5:30pg . Angkat semua barang dan terus membeli tiket ERL untuk pulang ke Putrajaya.


Tamatlah sudah kisahku di Thailand <3