Friday, 21 October 2016

The Journey 19 ( Percutian di Johor Bahru + Universal Studio Singapore [USS] )

Assalamualaikum guys <3 , Much love <3<3<3, Hi Guys dah berbulan saya tak berblog. Peluang kalini Alhamdulillah rezeki lebih sikit kita bercuti di Selatan iaitu JB and Singapore .. wohoooo.. Okayy saya harap sesiapa yang baru nak plan atau terfikir nak pergi buatlah perancangan dahulu okayy.. 

25/7/2016
Harini kerja macam biasa, waktu lunch Kak Mida WhatsApps gaji dah masuk :) wohooo.... Boleh lah tukar duit Singapore Dollar <3<3<3  Sebenarnya rancangan nak pergi ke USS lepas balik Krabi lagi Huhuhu XD  Petang lepas balik dari kerja aku turun pergi tempat Kak Mida dan Kak Zah huhu XD 
Kak Zah naik motor, aku dengan kak mida naik kereta ape - ape roger bila dah sampai. Okayy sampai Alamanda terus pergi Money Changer sebelah Aeon Big. Dalam hati aku cuma hendak tukar 100 SGD bersamaan RM 300. Setelah pekerja itu buat pengiraan nak tukar 100SGD bersamaan RM 305 ermm .... Sebelum pergi money changer aku dah google siap - siap pasal matawang Singapore Dollar ini. So aku adalah pengetahuan nak tukar RM ke SGD ini. Kak mida pon tukar 100SGD cuma Kak Zah banyak sikit dari kitaorang.. huhuhu XD. Kak Zah lepas tukar duit terus balik . Aku dengan Kak Mida pergi Aeon Big aku beli maggie cup untuk bekalan bawa waktu pergi bercuti nanti. Memandangkan aku puasa ajak Kak Mida buka puasa dekat McD sambil tunggu azan maghrib kitaorang borak-borak huhuhu XD .

27/7/2016 
Aku taktahu asal semua orang Bad mood marah :'( Dalam hidup ini tak semua yang kita alami gembira memanjang. Mesti ada suka dan duka. Dalam hati cuma redha, sabar dengan ujian yang Allah berikan. Mungkin ada hikmah yang baik untuk kita tempuhi. Keep Strong!!! 

28/7/2016 
Malam ini aku packing barang wuhoooo, bag baru nak pergi travel!! Banyak baju jalan - jalan yang aku bawak kalini Tudung semua gosok cantik - cantik letak dalam bag nanti senang nak pakai. Tidak terlupa juga maggie cup dengan telekung.

29/7/2016 
Pergi kerja dengan penuh semanggat serba pink harini uollss.. Tak sangka pulak harini loan admin punya Open House! Kenyang lah perut, harini jumpa dengan orang - orang yang selalu tolong kerja aku. Thankyou uolls, love so much easier my work! haha XD tanpa dorang tak gerak kerja aku. Sambil makan cuci mata dan gelakan orang. hahahahaahhhaah XD . Dalam pukul 12:15tghri aku balik sebab harini amik half day. Sebeum balik jumpa Crush LOL ... cakap "pink ainie harini" dalam hati ahahahaha XD . Fokus dan balik rumah. Petang itu aku pergi Petrol station beli gula-gula berangin, roti dan air minerals. Aku siap - siap makan kat rumah takut nanti lapar dalam Bus. 

Tepat pukul 5ptg aku siap dan double check semua barang paling penting Passport. Tiket bus dekat Kak Sara. Ayah hantar pergi Putrajaya Sentral. Pukul 6ptg aku WhatsApps group Backpackers Singapore yang aku dah sampai Putrajaya Sentral.  So terus turun pergi Terminal Bus sambil tunggu kawan - kawan sampai. Pukul 6:30ptg Bus Plusliner sampai. Geng Kak Pah sudah berangkat tengahari tadi. Kami trip kedua Saya (Ainie), Kak Sara, Nabila, Kak Chom, Kak Mida, Kak Aen, Kak Zah, Kak Nurul, dan Kak Emy. semua muka happy :) jyeaah bus mula bergerak Putrajaya ke JB.

Ini trip kedua aku travel dengan kawan - kawan :) #cayalah! Partner dalam bus Kak mida huhu.. Masuk bus terus call mama cakap bus nak gerak pergi JB, "mama doakan selamat sampai amin yarabbal alamin" Jyeahh bus gerak ke JB . Johor Bahru tunggu aku datang memandangkan ini time orang balik kerja , so memang jemmlah kat Highway. Dalam pukul 8;15 mlm bus berhenti di R&R Bemban. Aku turunlah pergi tandas. Kami teruskan perjalanan hendak ke JB. Lamanya nak sampai JB .... sambil tu tido jelah. 

Pukul 11mlm sampai di Larkin Bus Terminal. Yeaaahhh!! sampai terus cari Teksi untuk bawa kami makan malam. Kami makan malam di Asam Pedas Power. Dalam kedai tersebut penuh dengan Bendara JDT dan Bendera Johor. kitorang tanya tukang amik order ini. Tauke kedai player JDT ker? dan macam - macam soalan kitaorang tanya. Menu yang kitorang order Nasi Putih, Tom Yam Campur, Ikan Pari Bakar, telur dada, sayur campur dan air pilihan masing - masing. Harga berbaloi juga makan disini. Kak mida dengan Kak Zah makan kat tempat lain. Habis makan kami jalan kaki pergi Dataran Johor. Penat weh :"( dengan bawak bag baju ini. Susah nak cari teksi malam - malam cegini. Tetiba ada Van gov kitaorng tahan nasib  berhenti dan bawa kami pergi Golden Leaf Hotel JB. Alhamdulillah selamat sampai Hotel. Sampai pukul 1:30pg esok dah lah nak pergi USS. Kami tinggal dalam Dorm boleh menempatkan 9 orang. Sampai pilih tempat tido. Partner bilik Kak Aen. Bilik kitaorng aircond betul -betul kat Katil memang sejuklah.. Aku mengosok dulu sambil tunggu turn nak mandi. Dah prepare untuk esok, time to sleep esk nak pergi USS!!!!  

30/7/2016 
Hari yang di tunggu - tunggu USS here we come!! Pagi bangun solat subuh siap - siap nak pergi USS!!! YEAAAAHHHH... Dah siap then isi form border Singapore. Semua dah siap kitaorng tunggu depan Hotel. Bus dah standby kat area Tune Hotel. Kitaorng masuk bus dan ada penerangan untuk pergi ke USS Singapore. rupanya  ramai juga nak ke USS ini, cuma dorang beli pakej jee dan kebanyakkan orang Johor. Bus bergerak ke Border Malaysia untuk Imigresen Check passport next pulak ke Border Singapore. Banyak juga kereta, motor, lori dan ada juga yang jalan kaki pergi Singapore.  Sampai border Singapore beratur panjang sebab dia nak check satu - satu. Penat weh menunggu jam dah pukul 9:15pg. Lepas semua Imigresen Singapore!.


Universal Studio Singapore ! 



USS here im comingggg!!! 
Sampai di Sentosa Island pukul 10:35pg Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Destinasi yang hendak dituju iaitu USS!! Sampai pemandu bus ingatkan mesti ada di Bus dalam pukul 6:30ptg. Masa untuk snap picture di Globe USS. Kak sarah agihkan tiket untuk masuk USS kepada semua. Langkah pertama masuk USS ialah Hollywood kat situ banyak kedai Souvenir patung minion yang comel comel. Next New York street sambil jalan, sambil selfie! kitaorng dalam USS berpecah group saya (Ainie), Kak Sara, Kak Mida, Nabila and Kak Chom. Kami teruskan langkah dengan cepat sebab dah pukul 11pagi kami beratur di Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Beratur dengan penuh kesabaran rasenya. Dalam 2 jam juga tapi impak 3D yang ditunjukan memang best!!! thumb up.  Nak naik roller coaster kene letak semua barang dalam Locker.

Globe USS

Hyee USS





New York Street 



Transformer The Ride : The Ultimate 3D Battle 

Dalam Transformers


Next terus ke Roller Coaster! wuhuuuuu... Roller Coaster kat sini ada 2 track blue and red. Kami naik yang RED Track. Battlestar Galactica: HUMAN (red track). Dekat sini beratur sekejap jee hehehe mungkin sebab orang takut hahaha XD "Aku pon takut jugak, tapi buat - buat berani" waktu naik Allah jee yang tahu perasaan ini. Waktu kat atas diam jee aku dengan kak mida.. hahaha XD


Roller Coaster wuuuuhooooo





Muka lepas shopping 



Lepas roller coaster terus beratur kat Jurassic Park Rapids Adventure. Semua duit dalam locker tak dapatlah nak beli baju hujan :( hahaha kepada yang hendak datang USS bawaklah baju hujan tak perlu membazir dan bawalah air minerals dan bekal makanan. Ini kali ketiga tunggu dengan penuh kesabaran. Sambil beratur sambil baca papan tanda "Yang anda akan basah" huhuhu Nasiblah :(  Bila turn nak naik excited sanggat seronok sebab dia ada flash air dan dikelilingi persekitaran dengan Dinosaur. Part paling best naik rapids ini Dinosaur nak makan tetiba kena campak kat air , lencun satu badan , dah lencun lapar lah pulak.

 Roasted Chicken Briyani Set. 15.50 SGD .(Nasi briyani + Roasted Chicken + Chana Masala + Dal Tadka +Jeli Kelapa)  

           Sedap ...nyummmyyy

Muka lepas kenyang... 

Ancient Eygpt 


Far Far Away 



Jam dah pukul 4ptg lapar dah ini. Amik barang kat locker terus beli air minerals Evian dalam 6 sgd "Amaran" jangan sesekali korang convert lepas beli mesti korang menyesal hahaha XD  Dahaga dan lapar beli jelah "kata pelancong" huhu. Kami saya (Ainie), Kak Mida, Kak Sara, Kak Chom dan Nabila kami makan di Oasis Spice Cafe area Ancient Egypt. Menu yang saya makan ialah Roasted Chicken Briyani Set. 15.50 SGD . (Nasi briyani + Roasted Chicken + Chana Masala + Dal Tadka +Jeli Kelapa) Air minerals jee.. Makanan semua berasa Alhamdulillah sedap.


Manisnyaaa air ni... 


Hero Fast Furious Vin Diesel , 

Langkah untuk shopping .. hahaha 

peluk pon jadi lah Sesame Street, Elmo and Cookie Monster 


Souvenir shop 


Souvenir...
Pen, Postcard and T-shirt USS

Fridge magnet USS  (ini letak kat Rumah)

Fridge magnet (Ini letak kat Office)






Byeee...byeee USS 


Lepas makan kami selfie selfie sambil tengok barang - barang  souvenir. Jam dah pukul 5ptg. Ape lagi saya dengan kak mida jalan 2 orang sebab nak habiskan duit SGD yang kitaorang bawak. Far Far Away istana paling cantik . Ada kedai cendermata yang cantik saya beli haha.. Semua kedai Souvenir dalam USS kitaorang masuk sambil selfie selfie hihihi ;) 2 kali saya dengan Kak Mida saya pusing untuk cari barang yang perfect. Beli air ini sebab colour dia sungguh tertarik dan manis sanggat.

Jam sudah menunjukkan pukul 6:15ptg. Bus sudah tunggu kami. Masa untuk pulang :"( kepada yang hendak atau baru nak plan pergi USS belilah Express tiket kerana tiada lah membazir masa untuk beratur. Sampai imigresen beratur dan laju jee. Sebab dah malam kot. haha

Bye... bye.. Singapore 2016 :) 

Hye...hye... Malaysia  tanah tumpah darahku :) 

Kami sampai di Johor Bahru dalam pukul 8:15mlm. Kami diberhentikan Bus tepi jalan dan terus amik teksi makan si Restoran Sayam. Menu yang saya pilih ialah Nasi Putih + Daging masak merah + Air menerals jee.. Alhamdulillah kenyang. Balik hotel semua dah penat. Balik terus mandi dan rehat pastu borak - borak :) zzzZZZZzzzzz

31/7/2016
Barang semua dah kemas masa untuk pulang ke Putrajaya. Pagi ini breakfast di Restoran Singgah Selalu. Baru teringgat hari Ahad orang Johor kerja! patutlah Jalan raya tak jemm. Kami semua amik pakej Breakfast RM 10 untuk semua makanan wowwww.... Lepas makan kami pergi ke Country Garden Danga Bay. Lepak kat pantai hahaha XD  Lepastu lepak kat Starbuck hahaha...




Bus kami pukul 12tghari JB => Putrajaya. Ambil masa untuk sampai Putrajaya dalam 5 jam. Sampai Putrajaya pukul 4:30 ptg. Alhamdulillah akhirnya sampai rumah :') Esok kerja :) Muka mesti happy balik dari bercuti.


"There are so many beautiful reasons to be happy" 
     
                                                                                    ainie 2016 SG.