![]() |
Alhamdulillah ❤️ |
Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah kita semua sudah masuk Tahun Baru 2019! Semoga semua yang membaca blog saya sihat dan berjaya dunia dan akhirat. Tahun 2018 banyak mengajar erti kesabaran yang tinggi dengan itu juga, dugaan yang mendatang membuatkan saya menjadi lebih dewasa dan matang dalam pemikiran.
Mari kita mengimbau sekilas tahun 2018. Okayy saya mulakan dengan dimana saya pindah rumah dari Putrajaya ke Selangor. Pekara yang membuatkan saya paling sedih yelakan, dari kecil kat situ sampai dah besar macam ini. 16 tahun saya dibesarkan di Putrajaya... itu part paling sedih sebab banyak kenangan pahit manis yang di lalui.
Alhamdulillah tahun 2018 juga aku ditawarkan untuk sambung Pengajian Ijazah secara pelajaran jarak jauh di sebuah Universiti Awam. Saya bersyukur sangat sebab ini adalah sebuah impian yang saya hendak capai, Alhamdulillah! Thankyou Allah. Semoga pelajaran yang dipelajari, berkat dan membawa kepada pembahruan generasi akan datang. InsyaAllah :')
Thankyou 2018 much love ❤️❤️❤️❤️
Semoga 2019 membawa sinar cahaya yang lebih cerah dan semoga kejayaan dalam pelajaran, perkerjaan dan usaha untuk mencari jodoh dipermudahkan. Semoga yang membaca ini juga berjaya dunia dan akhirat.
Amin yarabbal alamin ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️