Assalamualaikum semua! Alhamdulillah dah masuk tahun 2019 tapi masih lagi dengan pengalaman saya berada di Korea tahun 2017.. yelaa pagi kerja petang sampai malam jadi student pjj, kepada semua pembaca doaakan saya berjaya dunia dan akhirat amin yarabbal alamin.
Day 3 (3 Dec 2017)
 |
Sejuk -1 |
Hari ketiga saya di Korea! Pagi ini pukul 7:45 pagi perlu ambil breakfast di lobi. Harini breakfast sandwish tuna dan pisang. Saya turun dan ambil makanan di lobi. Pukul 8:45 pagi kami semua turun dan berkumpul di lobi Hotel kerana harini kami akan bertolak ke Vivaldi Ski Park. Perjalanan bermula pukul 9:00 pagi. Seterusnya Haikal mula menerangkan tentang fakta - fakta di Korea. Duit (Matawang), Kepercayaan karut dan pelbagai benda yang menarik di kongsikn.
 |
Vilvadi Park |
Akhirnya selama 1 jam 15 minit kami sampai di Vilvadi Ski Park. Sebelum turn bus, Haikal dan Anum memberi lunch box untuk dibawa makan di atas tempat bermain ski nanti. Selepas itu, untuk menaiki Gondola (Cable car) perlu membayar 10 000 won untuk ke atas. Perasaan sejuk sedah menusuk dalam badan. Haikal sudah dapatkan tiket untuk menaiki Gondola (Cable car), kami menaiki gondola tahap kecerunan sangat tinggi dan mengerunkan. Tapi hati ini ku gagahkan untuk menaiki dengan suhu -6℃. Sampai diatas bukit lagi teruja kerana kabus dan suhu yang sanggat sejuk.
 |
Ayah dan mama |
 |
Senyum semua |
 |
Tido atas salji |
 |
Main baling baling salji |
 |
sejuk sejuk boleh lagi Selfie |
 |
Muka excited baling salji |
 |
semua muka gembira main salji |
Kami bermain salji dekat sini dan kami rapat antara satu sama lain. Kami berkenalan dan mengambil gambar bersama - sama. Pukul 11:00 pagi, Akibat kesejukan dan seronok bermain kami berhenti berehat dan makan. Makanan yang diberikan tadi Nasi + Ayam masak merah dan sayur. Alhamdulillah kenyang! Ayah belikan Hot chocolate sangat sedap! Pukul 12:00 tengahari kami sambung bermain salji semula. Bermain dengan salji sangat seronok dan mengujakan.
 |
LOVE |
 |
baring atas Ais |
 |
hahaha |
 |
Gondola (Cable Car) |
 |
Peace yooo |
Pukul 1:30 tengahari kami turun semula dengan menaiki Gondola (Cable Car) kalini saya dan adik saya sahaja. Mama dan ayah (Cable car) dihadapan kami. Selepas itu, kami pergi ke Shopping Complex bawah tanah di Vivaldi. Disini sekadar cuci mata sahaja. sebab tempat ini arcade seperti kereta lumba budak kecil, game pistol dan macam macam lagi.
 |
Dalam Cable |
Selepas itu, adik saya dan saya berjalan disekitar taman suasana sangat nyaman dan banyak daun yang luruh. Pukul 3:00 petang kami bergerak untuk pulang, kami semua berkumpul tempat bus. Perjalanan agak panjang disebabkan time orang Korea balik kerja hahaha XD .
Sebelum pulang ke Hotel, Haikal dan Anum membawa kami ke Ehwa Women University Shopping Street, sebab dalam bus rombongan kami cakap banyak duit lagi. Disebabkan itu kami singgah disini. Sementara tunggu makanan siap. Disini ada pelbagai jenis pakaian wanita yang murah dan berbaloi untuk dibeli. Saya beli 2 baju 20 000 won, stokin dan skincare. Last minit sebelum naik bus beli kat kedai kecantikan.
 |
Mask free, beli Etude lip tint dengan |
Cuaca di Korea cepat gelap, walaupun baru pukul 5:00 petang (Korea) tapi dah macam pukul 8:00 malam (Malaysia). Makanan sudah siap Haikal dan Anum kira ahli kumpulan jika cukup sudah boleh bergerak. Malam in kami makan malam di bilik sahaja. Menu malam ini Nama kedai Alchon sedap sanggat saya suka.
Malam ini saya tengok hasil tangkapan yang saya beli hahahah... Kat Korea pukul 9:00 malam (Korea) dah tido, awalkan tido.. Sebab esok nak jalan jauh..
Tunggu Day 4 guys... Korea ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️