Sunday, 7 January 2018

The Journey 22 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 2

Assalamualaikum semua...


Day 2 (17/9/2017)
Mulakan pagi anda dengan senyuman. Good morning Kemboja. (Siem Reap) 8 pagi kami sudah tunggu dibawah Hotel untuk Tour guide kami Salim jemput untuk pergi ketempat membuat kain Sutera. Menarik juga tentang cara penghasilan sutera ini. Pertama sekali kami lihat sendiri Ulat Sutera, Cara ulat sutera dibakar dan dijadikan benang. Cara penghasilan warna pada sutera juga ditunjukan yang dalam gambar sutera sudah di warna merah.






Setelah itu, kami dibawa untuk menaiki boat untuk melihat orang Kemboja yang tinggal di Tasik Tonle Seap, ada safety jacket pink diberikan baru cun bila pakai. Kami singgah di tempat cendermata didalam kedai ini ada buaya kecil yang diawet. Saya bagi ikan makan. Kami menaiki atas kedai cenderamata dan selfie ramai2. Buaya hidup pon ada di kedai ini, jangan jadi Buaya Darat sudah hahaha... 










Seterusnya, kami dibawa ke Khemer Lotus Farm. Bayaran yang dikenakan sebagai pelancong 2000 Riel tapi kami bayar pakai duit RM 2. Keluasan ladang teratai ini macam 2 ekar atau lebih. Suasana amat cantik dan cuaca waktu itu mendung so nice ❤❤❤❤❤








Seterusya Salim membawa kami di Kedai Emas Pailin Gem World, Kemboja juga ada mengeluarkan batu permata yang cantik. Kami sekadar lihat sahaja tidak beli pon huhuhhu... Seterusnya kami pergi Angkor National Museum ini juga sekadar bergambar diluar hahaha.. Sebab kami semua lapar kami terus bergerak ke Muslim Family Kitchen Restaurant. Disini kami ambil 1 set Ayam cili, Tom Yam, Ikan 3 rasa, Daging masak cili dan buah dragon fruits. Seorang perlu bayar 6$ dollar. Sesudah makan Salim memberikan Pisang goreng ini ada bijan, kata Salim pisang ini dilenyek dahulu disebabkan itu panjang.






Seterusnya kami terus dibawa ke Culture Village. Tiket masuk  15$ dollar dibeli oleh Salim, langkah pertama kami masuk Muzium Wax dapatlah lihat dari Zaman Purba, Zaman Raja dan orang terkenal di Kemboja. Kedatangan Khemer Islam dari Vietnam dan keterunan Melayu-Champa. Kami terus bergegas ke tempat adat perkahwinan orang Kemboja. Seterunsya Chinese dan seterusnya tak sempat masuk Krokung Village.... Seterusnya kami gigih berjalan pergi miniature kecil - kecil punya bangunan macam Legoland
















Seterusnya kami balik ke Hotel kerana malam nanti nak naik bus pergi ke Phom Penh harga tiket bus 9$ dollar. Bus ini sleeping bed. Satu katil 2 orang. Saya kongsi dengan kak midah nasib baik kami 8 orang ada partner masing masing. Kami turun ke lobi pukul 10 malam kerana shuttle bus amik dalam pukul 10.30 malam depan Hotel untuk bawa ke Station bus. Ini adalah pengalaman pertama yang mengujakan bagi saya kerana Bus Katil!! wowww.... Perjalanan kami mengambil masa 7 jam, dari 11.30 malam sampai 4.30 pagi di Phom Penh... 


Tunggu Day 3 yeaaa kawan-kawan ❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, 6 January 2018

The Journey 21 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 1

Assalamualaikum semua, and Hi I'm back!!! Alhamdulillah percutian kali ini untuk 2017!! saya bersama rakan rakan Office bercuti di Kemboja dan Vietnam . Okayy ini cerita Throwback 15 - 21 September 2017...  7 Hari 6 malam kami pergi travel untuk 2 buah Negara.. Alhamdullilah perjalanan kami selamat pergi dan pulang ke Tanah air Malaysia .. ❤❤❤❤❤❤❤❤❤

15/9/2017 
Pagi sampai petang pergi kerja macam biasa. Sebelum balik double check dengan akak- akak office yang nak kirim. Balik rumah tengok barang lengkap atau tidak. Sebab lepas isyak hendak bertolak pergi KLIA 2 naik ERL. Selesai solat isyak siap - siap untuk pergi Putrajaya Sentral ayah hantar kat situ jee seterusnya beli tiket ERL pergi ke KLIA2 . Ini first time pergi sorang sorang KLIA2 sebab kawan-kawan naik kereta kawan office hantar. Dlam pukul 10:30 malam ERL sampai terus menuju ke KLIA2 disebabkan sampai awal jalan - jalan dalam KLIA 2 beli roti gardenia coklat 2 dengan air mineral. Kawan-kawan semua tengah on the way and then saya pergi lepak Mc D makan Mc Chicken. Dalam pukul 11:30malam Kak Aina call tanya kat mane saya cakap kat Mc D. Disebabkan tiket flight pukul 6:40 pagi saya , Kak Aina , Kak Mida , Kak Baiyah dan Kak Zah tidor kat KLIA 2. 



DAY 1 (16/9/2017) 
Dalam pukul 4 pagi, Kak Sara , Kak Wani dan Kak Dee sampai. Kami timbang bag satu persatu supaya tidak melebihi muatan 7kg. Dalam pukul 5 pagi kami Check in masuk. Lepas dah scan semua barang. Kami menunaikan solat subuh di Surau. Selesai solat kami dah boleh masuk untuk berlepas. Ini adalah kali pertama saya dan kawan-kawan naik Kapal terbang untuk bercuti. Kalini Kami menjelajah 2 buah Negara iaitu Kemboja dan Vietnam. Pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Sudah masuk diruangan Kapal pada pukul 6:40 pagi kami duduk berdekatan anatara satu sama lain. Kak sara beli makanan siap-siap waktu beli tiket flight. Yelaa perasaan lapar dapat makanan amat mengembirakan.. 

Saya punya makanan Pasta with Vegetables and Roast Chicken dengan air pepsi tapi jenama Thailand. Setelah makan tido2 ayam dalam kapal terbang. Kami tba di Airport Kemboja pada pukul 8:50 pagi (Malaysia) . Alhamdulillah sampai juga kami di Kemboja. Seterusnya kami di periksa Pegawai Kastam Kemboja. Kami 8 orang disambut oleh tour guide namanya Salim berasal dari Kemboja keturunan Melayu-Champa dan fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal di Johor. Kami masukkan barang kedalam van dan terus menuju ke Kaunter tiket Angkor World Heritage, harganya dalam $37  US Dollar. Dalam tiket ada gambar huhu. 


















Jika anda masih ingat, waktu form 1 kita ada belajar Kerajaan Angkor dan harini saya sampai ditempat bersejarah di Dunia.. Amat menakjubkan sebab Bangunan ini masih kukuh berdiri dan ada juga yang rapuh akibat cuaca. Keluasan tapak yang kami lawati sangat luas. Dipintu gerbang masuk ada Pegawai penjaga jika anda ingikan tour guide yang menceritakan dan menerangkan tentang Kerajaan Angkor anda boleh membayarnya. 








Kami berjalan sendiri melihat reka cipta pada zaman dahulu. Banyak  ukiran tanpa diduga dan amat kreatif orang zaman dahulu. Pastikan anda memakai pakaian yang selesa dan paling penting kasut sebab kawasan ini sangat luas. Disebabkan penat kami beli air kelapa fuhh sanggat legaa.. Setelah itu, Salim membawa kami ke tempat The Bayon Temple of Angkor Thom. Disebabkan kami penat kami bergambar dihadapan sahaja huhuhu... 




Seterusnya kami dibawa untuk pergi ke Ta Prohm Temple dimana lokasi cerita Tomb Raider yang ada aksi lakonan Angelina Jolie.  Pokok tersebut itu tumbuh dan melingkari diatas Temple tersebut. Sebenarnya banyak Temple tetapi kami rasa penat dan terus bawa kami pergi Kedai makan  di Siem Reap Backpackers. Dekat sini terkenal dengan menu Lembu Naik Bukit harga dalam $6 US Dollar. Saya makan Nasi Goreng Pattaya Seafood $2.50 US Dollar air minuman free tak payah membazir.. Jika ada yang nak beli air pon takpe huhuhu.. 


Lembu naik bukit 

Nasi Goreng Pattaya 






Dalam pukul 5:30 petang kami dibawa ke Kedai Cendermata di Old Market  murah 3 magnet $ 1 US Dollar murah.. Sepanjang masuk Temple tadi harga magnet sangat mahal 1 magnet $ 1 US Dollar.. Di Old Market saya beli magnet dan t-shirt Siem Reap $ 2 US Dollar. Seterusnya Salim terus hantar kami ke Top Sky Hotel. Bilik saya 4 orang 2 Katil Queen Alhamdulillah selesa. Kami merehatkan badan kerana banyak tenaga di guna sewaktu melawat Tempat bersejarah Angkor tadi... 






Lepas Solat Isyak, Kami bertolak ke Night Market. Disini ada 2 Night Market yea kawan-kawan satu di Kategorikan Pub dan lagi satu Phalla Angkor Night Market disini terdapat juga barangan cendermata. Hujan renyai kami mempercepatkan jalan untuk pulang ke Hotel sebelum itu kami singgah di Supper Market yang baru di buka di kawasan tersebut. Kami beli air mineral besar senang untuk minum. Dalam Supper Market ini ada juga jual produk Malaysia seperti biskut dan Mamme Cup..  Kami pulang ke Hotel dan tido...ZZzzZzZzZ.. 


Tunggu Day 2 yeaa kawan-kawan... ❤❤❤❤❤❤❤❤


Friday, 6 January 2017

The Journey 20 (Thankyou Allah)


23/12/2016 
Assalamualaikum semua, Harini merupakan hari kejayaan selama saya bekerjaya disini. Saya sudah bekerja selama 1 tahun 5 bulan. Dari bermulanya Pekerja Sambilan Harian (PSH) ke Kontrak dan harini adalah keputusan yang di tunggu - tunggu, kepada semua doaakan baik-baik yea :") 

Perjumpaan dengan semua kontrak 1st batch lepas solat jumaat yang penuh barokah. Dalam hati sudah bedebar untuk menanti keputusan. Perjumpaan kalini dimulakan dengan Ketua HR,banyak ulasan dibangkitkan dan mempunyai point tersendiri. Satu persatu nama disebut untuk melihat kehadiran. Usai taklimat dari ketua HR, envelope diberikan menigkut Jabatan. Semua pekara adalah sulit (Private and Confidential). Kami diarahkan untuk membuat medical check up dan perlu hantar selewatnya 28 Dec 2016. Sewaktu hendak balik aku bukak envelope dan baca isi kandungan yang ditulis. Alhamdulillah tetap dan jawatan sesuai dengan Diploma yang aku sandang. 

Terima kasih Ya Allah , Aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Semoga cita-cita yang aku idamkan dapat tercapai pada tahun 2024 untuk menjadi Pegawai seperti kisah aku waktu praktikal. (Scroll blog 2014, The Journey 11 #budakpraktikal) . Jawatan sekarang, aku sanggat bersyukur kerana pada usia muda sudah tercapai hasrat dan keinginan. Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang diberikan. Mama dan Ayah juga gembira dengan khabar berita yang baik ini. Kegembiraan perlu dikongsi bersama. Dengan ini saya belanja satu family makan dekat Tasik Idaman.

Untuk tahun 2017! Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang banyak, diberikan kesihatan yang bagus, selalu berfikiran positif , semoga dipermudahkan dapat Jodoh dan perkenalan yang bagus, dan paling penting ingat Allah dan Kita selalu bersyukur.


                                                                                     "Thankyou ALLAH" 
                                                                                                              ainiejasmin 2016