Sunday, 15 July 2018

The Journey 27 (Percutian Korea) Day 1

Assalamualaikum semua! dah lama tak buat blog! Alhamdulillah Allah masih beri lagi nikmat di dunia ini... Sepanjang bulan Jan hingga Julai 2018 ini banyak pengalaman yang saya pelajari, banyak benda baru dan berguna, rezeki tahun ini sangat bagus! Alhamdulillah saya dapat menyambung pengajian di peringkat Ijazah disebuah IPTA secara jarak jauh.. kepada semua pembaca blog doakkan saya berjaya untuk menempuhi segala urusan pelajaran ini.. amin yarabbalalamin..❤️❤️❤️

KOREA


Percutian kali ini sangat seronok siapa sangka saya dapat pergi Korea tahun ini (2017). Okayy ini cerita Throwback waktu pergi Matta Fair 2017 (March) di PWTC tujuan waktu itu memang ayah dan mama nak  tengok Pakej percutian murah dan mereka nak pergi Australia dan aku pulak nak pergi Korea.. hahaha.. mata aku aku memang tengok pakej murah dan Korea jee.. Kedai ARBA ini kecil jee waktu itu, so salah seorang salesman itu bagi  brochure warna oren aku pon amik macam biasa tanpa rase apa, tetapi ayah aku pulak dia suka sebab salesman itu terangkan macam-macam dan keindahan Korea dan makanan halal Korea, selepas terpengaruh dan akhirnya plan mereka beralih ke Korea.. Ayah aku terus bayar deposit untuk percutian musim sejuk Disember, dalam fikiran aku ada masa untuk kumpul duit dan bayar pakej ini.. Saya guna duit sendiri okayy pergi Korea! Usaha tangga kejayaan... Lama juga penantian untuk pergi Korea ini.. Lets start! KOREA i'm coming!!!

30 Nov 2017

Pergi kerja macam biasa, Pukul 5:00 ptg balik, mandi siap-siap makan solat lepas pukul 8:00 mlm kami bertolak ke KLIA2.

Dimana syarikat ARBA tunggu kami didepan kedai Bibik or Starbuck. Pertama sekali tour guide kami dari Malaysia Cik Anum dia yang akan membawa kami ke Korea. Kami dibahagikan kepada 2 group, saya dan keluarga group 1. Kami di beri penerangan dan Check in luggage. sewaktu beratur kami berkenalan antara satu sama lain. Selepas selesai  kami tunaikan solat isyak dan masuk terus ke Perlepasan Antarabangsa. Paling terkejut apabila Air Asia tukar tempat dari L22 ke P10 memang sedih sebab dah jalan jauh huhuhu.. Takpelah ini pengalaman mungkin ada hikmah.

Day 1 (1 Dec 2017)

Tepat pukul 12:30 mlm kami ada diruangan menunggu untuk masuk ke dalam Kapal terbang Air Asia X.  Jam 1 pagi Malaysia (1 Dec 2017) tempat duduk saya diruangan tepi so bolehlah tengok Pramugari memberi penerangan dan tido sekejap dan bangun semula kerana di beri makanan yang sudah ditempah oleh kami waktu pakej tersebut. Makanan saya pilih ialah Nasi Ayam dan air mineral lepas makan tido balik. Solat subuh dalam Kapal terbang. Sewaktu nak sampai Korea dalam kapal terbang tadi Pilot cakap suhu Korea -6 tengok tingkap tadi ada matahari huhuhu.. Pukul 8:20 pagi  Korea. Alhamdulillah kami sampai di Incheon International Airport. Kami naik train airport untuk ke Kastam Korea. Gambar artis pertama dalam Airport ialah Lee Minh Hoo so cute ❤️❤️❤️❤️ selepas itu kami tunggu bag kami.

Jika pergi ke negara Musim sejuk (Korea), pastikan dalam hand luggage letak winter coat, long john, heatech, sarung tanggan dan stokin. Supaya apabila sampai Airport Incheon tukar jee.. 

Lepas ambil bag, saya ambil keputusan untuk tukar pakain seperti baju, heatech dan long john bersama sekali wintercoat walaupun dalam Airport ada heater. Korang mesti get ready dalam fikiran! Bila semua sudah ready kami dibahagikan dalam group malam tadi. Saya dan keluarga saya group 1 dan kami disambut oleh Haikal dan Miss Jane (Korea), disaat keluar je Airport Incheon angin salju tiup kuat dan mulut keluar asap " macam masuk dalam peti ais". Saya lupa nak keluarkan sarung tanggan dalam bag! so sepanjang perjalanan saya, saya sorok tanggan dalam winter coat hahaha...

Pertama sekali dari  Incheon Airport untuk ke Bandar Seoul mengambil masa 1 jam 15 mint. Tour guide kami memperkenalkan diri Haikal dari Ampang dan biodata beliau masih single.. ahahaha. Kami sampai di Itaewon pukul 10:52pg dan tempat makanan pertama kami di Bombay Grill Nasi Minyak, Ayam kari dan popia.. Alhamdulillah sedap.. Memandangkan kami seorang pengembara kami menunaikan solat zohor secara jamak. Masjid Itaewon ini diatas bukit. Selepas solat kami dibawa ke Gyeongbokgung Palace.
Bombay Grill Korea

Smile!

Seoul Central Mosque

My Love 


View atas bukit Itaewon 


Gyeongbokgung Palace


My family




Korean girls



Love




                                                


Student Korea 

Sebelum turun bus Miss Jane ada cerita mengenai Syarikat Samsung dan President Korea. Kami juga dapat melihat rumah President Korea. Kami berada di Gyeongbokgung Palace dari pukul 12:30 tengahari sehingga 2:00 petang. Cuaca disini sangat sejuk dan damai. Banyak penerangan yang diberikan oleh Miss Jane dan Haikal. Seterusnya kami jalan kaki sedikit ke Sejong Museum.

thumb up!



Handbook korea

Gyeongbokgung Palace loveee

Sejong Museum LOVE



Tulisan Ainie dalam bahasa Korea 

Ainie 2017 

Baca perutusan 


Sewaktu jalan kaki ada satu rakyat Korea buat protes di hadapan America Embassy dan banyak polis jaga. Kami semua penuh berhati-hati sampai di Sejong Museum, rupanya museum ini dibawah tanah. Dekat dalam museum ini aktiviti yang boleh dibuat menulis nama dalam bahasa Korea. Dalam museum selama 1 jam. Kami melawat dalam museum, sejurus keluar dari Museum Sejong salji turun.

*Sila buka Instagram saya : ainiejasmin ada video salji turun. Alhamdulillah inilah detik yang paling mengembiraan. Cita-cita aku akhirnya tercapai untuk makan salji.. Thankyou Allah :) #JumaatPenuhBarakah #SalamMaulidurRasul.

Seterusnya tour guide Haiqal dan Kak Anum membawa kami ke Hotel Ibis. Alhamdulillah hotel yang diberikan sangat selesa. Saya kongsi bilik dengan adik saya. Waktu sampai Hotel pon ada salji semua orang Malaysia sangat happy :)

Hotel Ibis

Makanan Korea 

Nasi Purple + Sotong Pedas sedap + Ikan Bakar  + Seaweed + Sup telur + Kimchi  




Pukul 4:45petang kami semua perlu berkumpul di lobi Hotel, kerana Haikal dan Kak Anum hendak mambawa kami ke tempat makan malam di Insadong. Waktu malam di Korea sangat awal. Makanan yang disediakan sangat sedap Alhamdulillah. Selesai makan, Kak Anum dan Haikal bawa kami ke tempat jual bag dengan harga yang murah 10 000won.

Bags 10 000 won

Tiket train

Happy me


Korea dengan handphone tidak boleh dipisahkan guys.. 

Seoul 

I SEOUL U ❤️


Waktu makan malam tadi Kak Anum ada bagi pendapat sesiapa yang hendak merasai naik Train di Korea. Saya dan keluarga saya join. Kak Anum mengajar kami untuk membeli tiket Train. Kami pergi ke Yeouinaru Station dimana lokasi jambatan-jambatan menghubungkan Gangnam (bandar). Pengalaman ini sangat hebat. Seterusnya kami membeli tiket train untuk ke Jogno 3(sam) ga. Pulang ke Hotel. Alhamdulillah untuk hari pertama di Korea. Sebelum masuk Hotel saya singgah kedai
GS 25 (Kedai Seberneka macam 7E).

Perjalanan train yang kami naik

ini kalo pergi waktu pagi..

Balik time 


Jogno 3(sam) ga

Insadong

GS25 

Banana milk waktu malam! first time rase..

okayy jom balik Hotel.. 

Tunggu day 2 di Korea guys ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Tuesday, 10 July 2018

The Journey 26 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 6 Last Day Viet Nam

Assalamualaikum semua! 


Day 6 (21/9/2017)

Harini hari terakhir di Viet Nam sebelum pulang ke Malaysia. Pagi itu saya dan Kak Mida  breakfast makan maggie sambil layan drama Viet Nam dekat Hotel hahaha... Kak Sarah cakap terus Chek out sebab kalau lebih masa akan dikenakan denda. So saya dan Kak Mida kemas barang dan double check tiada barang yang tertinggal. So saya bawak semua bag turun letak dekat tepi lobi. Disebabkan kitaorang turun awal saya pergi Shopping lagi di kedai tudung favourite huhhu.. 




Independence Palace Viet Nam
Merdeka di Viet Nam

Viet Nam dengan motosikal sejati 

sekolah di Viet Nam

War Remnants Museum




2 September 1945 Saigon


Keterangan dan perbincangan 




So tepat pukul 9.30 pagi semua dekat lobi bergerak ke Independence Palace Viet Nam. Kami 8 orang berjalan kaki. Seterusnya kami pergi ke War Remnants Museum Viet Nam. Kemerdekaan dicapai oleh Viet Nam pada 2 September 1945 banyak kisah yang kami boleh pelajari dan iktibar dalam mencapai sesebuah kemerdekaan. 
Saigon Central Post Office

H&M Viet Nam

Saigon Tourist Plaza


Pengantin Viet Nam

Saigon Opera House


Senyum semua..



Seterusnya kami jalan kaki pergi ke Saigon Central Post Office. Since 19th Century. It was constructed between 1986 - 1991 and now a tourist attraction. Kami teruskan berjalan kaki dan saya nampak ada Kedai H&M yang baru dibuka di Viet Nam di Vincom Center disebelah itu Saigon Tourist Plaza dan seterusnya kami bergambar di Saigon Opera House berhadapan dengan Kedai Louis Vuitton dekat situ juga ada Pengantin lah huhuhu XD tumpang sekaki kami bergambar. 

Masjid Musulman Saigon Central Mosque 


Senyum semua...



Seterusnya kami berjalan hingga ke Masjid Musulman Saigon Central Mosque satu - satunya Masjid di Viet Nam. Alhamdulillah kami teruskan berjalan kaki ke Tugu Negara di Viet Nam Perdana Menteri Ho Chi Minh Chu Tich Ho Chi Minh seterusnya kami teruskan berjalan ke Saigon Square dekat sini macam - macam jual baju sejuk, t - shirt , kemeja dan macam - macam lagi. 

Perdana Menteri Ho Chi Minh Chu Tich Ho Chi Minh

Saigon Square

Air Kelapa


Nasi Goreng



Sepanjang perjalanan cuaca mendun dan hujan renyai Alhamdulillah sampai semula ke Hotel. Kami makan di Kedai Halal Amin saya makan Nasi Goreng dan Air kelapa harga dalam 70 000Dong. Setelah makan kami sambung shopping di Kedai Mu Sa Ka Riem dan tumpang solat jam sudah menunjukan pukul 3.40 ptg saya solat jamak. 


Persekitaran Kedai di Viet Nam


Shopping di sini, bagus


Kawan - kawan saya beli kopi di Resurant Mu Sa Ka Riem. Kami menunggu di lobi Hotel, nasib baik orang Hotel benarkan kami tumpang barang. Alhamdulillah Jika ada yang nak beli tiket boleh ambil Aamin Tour & Tavel ini iklan dekat Hotel saya ambil gambar jee.. 


Roti Ayam 

Airport Tan Son Nhat International

Air Asia nak balik Malaysia ...
bagasi bagasi 2 negara guys

bye bye Viet Nam 


Sebelum bertolak ke Airport saya beli Roti Ayam harga RM 10 besar juga di kedai Halal Amin. Kami arahkan Reception Hotel call 2 Teksi untuk kami pergi ke Airport Tan Son Nhat International. Alhamdulillah sampai Airport dalam pukul 7.35 mlm kami check in luggage dan terus menunju ke tempat menunggu dalam pukul 9.30 mlm kami masuk kedalam Kapal terbang Air Asia untuk pulang ke Tanah Airku Malaysia dalam pukul 12 tengahmalam . Kami terus ambil bag di perlepasan last selfie dan ke Imigresion dan kejar last train ERL dan call ayah suruh ambil di Putrajaya Sentral. 

Alhamdulillah selamat sampai Malaysia


Berakhirlah kisah saya di 2 buah Negara Cambodia dan Viet Nam  ❤❤❤❤❤❤❤

Next tunggu saya update Ke Negara Famous dengan Drama  Korea ❤❤❤❤❤❤❤