Sunday, 18 June 2023

Welcome back!! 2023

 




Assalamualaikum semua setelah bertahun tahun tak update blog ini dari 2020 sampai 2023. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang sihat kepada kita semua. Sepanjang itu dan ini banyak kejayaan yang saya telah perolehi seperti saya telah menamatkan pengajian diperingkat ijazah Alhamdulillah dan yang paling saya bersyukur saya telah berkahwin dan sekarang saya sudah mempunyai anak.. 


Nikah 26 Feb 2022 



Hari Graduasi 1 Dis 2022

Baby Lahir 13 Jan 2023





Begitu banyak perkara yang dilalui, indah betul nikmat yang Allah berikan kepada saya.. Terima kasih juga kepada pembaca blog saya dan mendoakkan saya. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati hingga ke syurga. Semoga saya dapat menjadi mama yang baik kepada anak-anak insyaAllah. Love you guys. Ada masa saya update blog lagi.. 💓💓💓

Friday, 24 January 2020

The Journey 33 ( Happy New Year 2020! Alhamdulillah)


❤️ Selamat Tahun Baru 2020 ❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Alhamdulillah kita semua sudah masuk tahun 2020. Banyak kejayaan yang dapat dikongsikan dalam tahun 2019. Dimana cita-cita setiap orang mesti ingin memenuhi keperluan sebagai manusia seperti kereta, rumah, pasangan dan percutian. Alhamdulillah syukur sanggat kereta kesayangan saya sudah habis bayar.. 

Dalam masa yang sama setiap cita-cita kita mesti tulis dalam buku impian. Tahun ini juga saya berjaya dalam memenuhi keperluan saya untuk seterusnya.. Tahun 2020 ini saya perlu berusaha keras untuk bekerja, pencapaian akademik saya dalam pelajaran peringkat PJJ. 

Dalam pelajaran ijazah ini membawa saya kenal dalam pelbagai orang dan pelbagai pengalam yang menarik.  Semoga saya dipermudahkan  ditemukan Jodoh pada tahun ini dan Semoga tahun 2020 ini dipermudahkan segala urusan amin yarabbal alamin.




 ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

The Journey 32 ( Happy Birthday 25 years old)

Assalamualaikum kepada semua pembaca saya dan selamat datang juga kepada pembaca baru kepada blog saya. Tahun lepas saya sudah mencapai 25 tahun Alhamdulillah thank you Allah. Saya teruskan kepada cerita birthday yang ke 25 tahun disambut dengan begitu meriah dan tanpa dijangka.. Alhamdulillah Allah kenalkan saya dengan pelbagai kawan kawan yang hebat. 

Pada 31 Oktober 2019 

Pagi pergi kerja seperti biasa dan di khabarkan yang Kak sara kawan sekerja kami masuk Hospital KPJ Kajang. Pagi itu Kak Baiyah dan Kak Aina  tanya nak ikut kitaorg  lawat Kak Sara. Kitaorang lawat Kak Sara, saya pun cakap okayy dan saya nak pergi. Habis kerja macam biasa, kami pergi ke Hospital KPJ Kajang. Dalam kereta ada Kak baiyah, Kak aina dan saya. Sampai di Hospital kami menunaikan solat maghrib. Selesai solat maghrib kami menuju ke bilik Kak Sara. Alhamdulillah kak sara selesai operasi dibedah. Waktu itu Kak sara cerita tentang operasi pemedahan dan Kak aina tetiba nak keluar kejap. 





Saya dan Kak baiyah tak kesah sangat pun mungkin ada hal dalam telefon. Bila Kak aina masuk bilik kak sara dorang nyanyi lagu Happy Birthday, saya tak sangka langsung yang ada birthday surprise Kak sara lahir pada bulan oktober, Kak baiyah 1 Nov iaitu esok kalo ikut tarikh sebenar dan saya 3 Nov.



Alhamdulillah saya mempunyai sahabat yang sangat baik, Allah hadiahkan. Saya dapat hadiah belon berisi coklat zip, kek secret recipe dan pencil box. Alhamdulillah walaupun sambut awal birthday saya, saya sangat bersyukur. 



Pada 1 November 2019 

Call center pagi ini Cik Ta (my boss) belanja nasi lemak, Kak Aida pula bawa nasi goreng, Che aini bawa kuey teow dan ayam goreng. Alhamdulillah rezeki bulan November, semoga rezeki yang dikongsi dimurahkan rezeki.. amin yarabbal alamin. Pagi ini juga saya letakan hadiah Kit Kat atas meja Kak baiyah beserta nota love .. hhuhuhuh.. Pagi itu juga Kak kay berikan saya hadiah untuk kosmetik mahal iaitu jenama LOVE LIEE essentials.. Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka -sangka.. 

Tetiba bila waktu lunch sebelum masuk solat jumaat. Kami menyambut birthday untuk bulan September, Oktober dan November. 2 kek coklat yang sangat sedap Alhamdulillah. 









Pada 3 November 2019

Harini saya pergi kuliah di UPM sebab ini adalah Kuliah sesi 2. Lepas habis kuliah saya pergi Mines ambil telefon samsung yang rosak port charger. Alhamdulillah sekarang dah boleh guna macam biasa. Balik Mines saya terus bergegas ke Alamanda untuk membeli kek birthday sendiri huhuhu.. Setiap tahun memang saya beli kek sendiri pun.. huhhu.. harap sangat tahun 2020 saya ada pasangan yang beli kek.. doakan saya semua.. Tahun ini saya  indulgence cake dari Secret Recipe sebab kek ni semua orang suka dan sambutan birthday saya ini disambut dirumah jee.. huhu ada makan makan sikit macam bihun goreng... 





Pada 4 November 2019 

Pagi itu pergi kerja seperti biasa, kak baiyah menghadiahkan coklat M&M, minuman berkhasiat  FG walet dan kad ucapan yang ada nama crush aku huhuhu XD ... 





Pada 22 November 2019 

Seperti biasa setiap bulan sejak akhir akhir ini call center banyak buat makan makan kat luar waktu habis kerja lepas jumaat. Saya memang suka event makan makan ini.. walaupun saya makan sikit jee. Kalini Call center buat makan makan dekat Fish Manhattan. Macam biasa saya datang awal sedikit di Alamanda dan menunaikan solat maghrib. Lepas solat saya turun ke Fish Manhattan yang saya nampak ada Cik Ta (my boss) dan Akmal. Saya duduk di sebelah boss saya dan depan saya pula Akmal. Kitaorng pun tunggulah yang lain sampai. Bila semua sampai, saya tengok Kak Kay bawa kek "dalam hati saya.. oooo ini mungkin nak sambut birthday Akmal sebab haritu dia tade. Kami menikmati makan yang sangat sedap.. hidangan yang disajikan seperti Spaghetti aglio, ikan sambal ada 2 jenis, dan bermacam macam lagi.. Sedap Alhamdulillah rezeki malam ni.. dari asyik makan jee.. tetiba ada orang nyanyi lagu Happy birthday saya terkejut.. ingatkan sambut birthday akmal jelah kan tetiba ada nama saya sekali huhuhhuhu.. rezeki lagi.. 







Pada 26 November 2019 

Lepas lunch Kak siti bagi hadiah kepada orang yang birthday. Birthday girls dan birthday boys dapat Pie oreo dari McD. Sedappp.. Haritu memang teringin tak sangka dapat pula orang kasi.. Alhamdulillah rezeki.. 






Pada 27 December 2019 

Harini merupakan majlis makan untuk akhir tahun 2019 dan bagi perpisahan dan sambutan birthday. Setiap tahun majlis ini yang paling menarik sebab ada acara tukar-tukar hadiah. Seronok sanggat, saya tukar hadiah dengan Vani. Saya belikan Vani Kuali sebab dia dah nak kahwin bulan february 2020 ni.. hadiah ni sesuai sanggat. Saya pula dapat hadiah tempat letak gambar, hadiah yang sanggat menarik. Pada waktu upacara birthday lupa nak pakai topi birthday ..ahahahahah. alhamdulillah majlis berjalan lancar.. 






💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



Alhamdulillah untuk sambutan Hari lahir saya yang ke 25 tahun. Semoga saya diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan ditemukan Jodoh ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



Wednesday, 8 January 2020

The Journey 31 (Percutian Korea) Day 4

Assalamualaikum semua! diharap semua pembaca sihat dan dimurahkan rezeki amin yarabbal alamin

Day 4 ( 4 Dec 2017)

Alhamdulillah hari Keempat di Korea! Seperti biasa pukul 5:00 pagi (Korea) saya bangun dan mandi untuk get ready jalan - jalan Korea. Hari keempat ini macam sedih nak tinggalkan Korea, sebab saya suka kan cuaca sejuk dan dingin.





Pukul 7:30 pagi ambil makanan di lobi breakfast kat dalam bilik, pukul 8:30 pagi turun lobi kerana 8:45 pagi kami diarahkan untuk berkumpul kerana bus pukul 9:00 pagi akan bergerak ke Pulau Nami.
Perjalanan untuk ke Pulau Nami mengambil masa 1 jam juga. Kami sampai di Pulau Nami pada pukul 10:00 pagi. Haikal memberikan penerangan ringkas terhadap Pulau Nami.



Naik boat ke Pulau Nami 


Pulau Nami berbentuk separa bulan. Pulau Nami terkenal daripada Drama Korea Winter Sonata, sewaktu saya kecil Drama tersebut menjadi fenomena di Malaysia. Selepas selesai penerangan diberikan oleh Haikal, kami beratur menaiki boat, saya ingatkan Pulau Nami tu jauh rupanya dalam 10 minit dah sampai XD hahahaha...



Sudah sampai ke Pulau Nami 


Sampai di Pulau Nami kami diarahkan untuk mengambil gambar rombongan. Selepas itu, sambil jalan, sambil selfie sehingga sampai Asian Cuisine kedai makanan Halal. Malam tadi Kak Anum memberikan senarai makanan dan saya pilih Nasi Putih dan Ayam Teriyaki. Alhamdulillah kenyang dan sedap.

Alhamdulillah.. makanan ini sedap 

sejuk sejuk makan ice cream 



Haikal ada bagitahu di Pulau Nami ada kedai yang menjual Pau yang sedap dan ais krim. Sejuk sejuk macam ni aku  teringin nak makan ais krim. Lepas makan saya pergi kedai Ais Krim dan saya pilih Honey Vanila sedap sangat harap kat Malaysia ada jual. Walaupun cuaca -1℃ sebab nak juga makan saya gagahkan diri untuk makan. 





Beratur nak beli Pau panassss


1 pau 1000 won 

Pau panas sangat sesuai dengan cuaca yang sejuk ini.


Sambil makan makan tu. Saya dengan adik saya jalan jalan di sekitar kawasan Pulau Nami. 


Pokok kat Pulau Nami 

Pandangan masa hadapan 



Korea in LOVE

Kat sini juga ada salji..

Patung dari Malaysia


Patung-patung comel 

Bilik susuan bayi di Pulau Nami 

Panaskan badan, sebelum naik ke bot 

Naik ke boat untuk ke darat 
Kedai Makanan Korea Topokki Halal
Toppoki di Kedai makanan Korea 







Shopping untuk kali terakhir sebelum nak balik esok... 
Disebabkan pagi dah berjalan sakan dekat Pulau Nami, malam ni rase letih nak jalan jalan.. tapi ini adalah peluang saya berada di KOREA .. Tempat orang kaya kaya shopping ialah  Dongdaemun.. 


Supreme original


Comel jee arnab ni.. 
Malam ni rase sedih sangat sebab nak tinggalkan Korea, sebab dalam pukul 5 pagi KOREA kene balik pergi Airport Incheon..

Pagi subuh dalam bus menuju ke Airport Incheon. Arahan diberikan oleh Kak Anum, selesai solat subuh kami turun dan pergi Check in luggage dan berehat. Kami pergi ke kedai makanan Halal yang ada di Airport. Saya tak makan sebab dalam flight dah tempah makan nasi lemak. Apa yang saya minum cuma banana milk sedaaapppp... 

Rase sayang nak tinggalkan Korea sebab cuaca disini sangat menyamankan dan ini adalah pengalaman yang berharga saya pernah travel. Sebab sebelum ini pergi yang dekat dekat jee, kalini jauh sikit Alhamdulillah.. 

Bersyukur sanggat dapat pengalaman ini. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

kepada pembaca setia blog ini, saya ucapkan terima kasih sanggat >.< walaupun 2 tahun lebih saya edit cerita ini... huhuh.. sekarang dah masuk 2020.. 


TERIMA KASIH SEMUA 
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️








Saturday, 28 December 2019

The Journey 30 (Percutian Korea) Day 3

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah dah masuk tahun 2019 tapi masih lagi dengan pengalaman saya berada di Korea tahun 2017.. yelaa pagi kerja petang sampai malam jadi student pjj, kepada semua pembaca doaakan saya berjaya dunia dan akhirat amin yarabbal alamin. 

Day 3 (3 Dec 2017)
Sejuk -1 


Hari ketiga saya di Korea! Pagi ini pukul 7:45 pagi perlu ambil breakfast di lobi. Harini breakfast sandwish tuna dan pisang. Saya turun dan ambil makanan di lobi. Pukul 8:45 pagi kami semua turun dan berkumpul di lobi Hotel kerana harini kami akan bertolak ke Vivaldi Ski Park. Perjalanan bermula pukul 9:00 pagi. Seterusnya Haikal mula menerangkan tentang fakta - fakta di Korea. Duit (Matawang), Kepercayaan karut dan pelbagai benda yang menarik di kongsikn.

Vilvadi Park 


Akhirnya selama 1 jam 15 minit kami sampai di Vilvadi Ski Park. Sebelum turn bus, Haikal dan Anum memberi lunch box untuk dibawa makan di atas tempat bermain ski nanti. Selepas itu, untuk menaiki Gondola (Cable car) perlu membayar 10 000 won untuk ke atas. Perasaan sejuk sedah menusuk dalam badan. Haikal sudah dapatkan tiket untuk menaiki Gondola (Cable car), kami menaiki gondola tahap kecerunan sangat tinggi dan mengerunkan. Tapi hati ini ku gagahkan untuk menaiki dengan suhu -6℃. Sampai diatas bukit lagi teruja kerana kabus dan suhu yang sanggat sejuk.


Ayah dan mama

Senyum semua 

Tido atas salji 

Main baling baling salji 

sejuk sejuk boleh lagi Selfie

Muka excited baling salji 

semua muka gembira main salji




Kami bermain salji dekat sini dan kami rapat antara satu sama lain. Kami berkenalan dan mengambil gambar bersama - sama. Pukul 11:00 pagi, Akibat kesejukan dan seronok bermain kami berhenti berehat dan makan. Makanan yang diberikan tadi Nasi + Ayam masak merah dan sayur. Alhamdulillah kenyang! Ayah belikan Hot chocolate sangat sedap! Pukul 12:00 tengahari kami sambung bermain salji semula. Bermain dengan salji sangat seronok dan mengujakan.

LOVE 


baring atas Ais

hahaha 

Gondola (Cable Car) 

Peace yooo



Pukul 1:30 tengahari kami turun semula dengan menaiki Gondola (Cable Car) kalini saya dan adik saya sahaja. Mama dan ayah (Cable car) dihadapan kami. Selepas itu, kami pergi ke Shopping Complex bawah tanah di Vivaldi. Disini sekadar cuci mata sahaja. sebab tempat ini arcade seperti kereta lumba budak kecil, game pistol dan macam macam lagi.

Dalam Cable 











Selepas itu, adik saya dan saya berjalan disekitar taman suasana sangat nyaman dan banyak daun yang luruh. Pukul 3:00 petang kami bergerak untuk pulang, kami semua berkumpul tempat bus. Perjalanan agak panjang disebabkan time orang Korea balik kerja hahaha XD . 

Sebelum pulang ke Hotel, Haikal dan Anum membawa kami ke Ehwa Women University Shopping Street, sebab dalam bus rombongan kami cakap banyak duit lagi. Disebabkan itu kami singgah disini. Sementara tunggu makanan siap. Disini ada pelbagai jenis pakaian wanita  yang murah dan berbaloi untuk dibeli. Saya beli 2 baju 20 000 won, stokin dan skincare. Last minit sebelum naik bus beli kat kedai kecantikan. 

Mask free, beli Etude lip tint  dengan 


Cuaca di Korea cepat gelap, walaupun baru pukul 5:00 petang (Korea)  tapi dah macam pukul 8:00 malam (Malaysia). Makanan sudah siap Haikal dan Anum kira ahli kumpulan jika cukup sudah boleh bergerak. Malam in kami makan malam di bilik sahaja. Menu malam ini Nama kedai Alchon sedap sanggat saya suka. 




Malam ini saya tengok hasil tangkapan yang saya beli hahahah... Kat Korea pukul 9:00 malam (Korea) dah tido, awalkan tido.. Sebab esok nak jalan jauh.. 

Tunggu Day 4 guys... Korea ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️