Assalamualaikum semua! diharap semua pembaca sihat dan dimurahkan rezeki amin yarabbal alamin
Day 4 ( 4 Dec 2017)
Alhamdulillah hari Keempat di Korea! Seperti biasa pukul 5:00 pagi (Korea) saya bangun dan mandi untuk get ready jalan - jalan Korea. Hari keempat ini macam sedih nak tinggalkan Korea, sebab saya suka kan cuaca sejuk dan dingin.
Pukul 7:30 pagi ambil makanan di lobi breakfast kat dalam bilik, pukul 8:30 pagi turun lobi kerana 8:45 pagi kami diarahkan untuk berkumpul kerana bus pukul 9:00 pagi akan bergerak ke Pulau Nami.
Perjalanan untuk ke Pulau Nami mengambil masa 1 jam juga. Kami sampai di Pulau Nami pada pukul 10:00 pagi. Haikal memberikan penerangan ringkas terhadap Pulau Nami.
 |
Naik boat ke Pulau Nami |
Pulau Nami berbentuk separa bulan. Pulau Nami terkenal daripada Drama Korea Winter Sonata, sewaktu saya kecil Drama tersebut menjadi fenomena di Malaysia. Selepas selesai penerangan diberikan oleh Haikal, kami beratur menaiki boat, saya ingatkan Pulau Nami tu jauh rupanya dalam 10 minit dah sampai XD hahahaha...
 |
Sudah sampai ke Pulau Nami |
Sampai di Pulau Nami kami diarahkan untuk mengambil gambar rombongan. Selepas itu, sambil jalan, sambil selfie sehingga sampai Asian Cuisine kedai makanan Halal. Malam tadi Kak Anum memberikan senarai makanan dan saya pilih Nasi Putih dan Ayam Teriyaki. Alhamdulillah kenyang dan sedap.
 |
Alhamdulillah.. makanan ini sedap |
 |
sejuk sejuk makan ice cream |
Haikal ada bagitahu di Pulau Nami ada kedai yang menjual Pau yang sedap dan ais krim. Sejuk sejuk macam ni aku teringin nak makan ais krim. Lepas makan saya pergi kedai Ais Krim dan saya pilih Honey Vanila sedap sangat harap kat Malaysia ada jual. Walaupun cuaca -1℃ sebab nak juga makan saya gagahkan diri untuk makan.
 |
Beratur nak beli Pau panassss |
 |
1 pau 1000 won |
 |
Pau panas sangat sesuai dengan cuaca yang sejuk ini. |
Sambil makan makan tu. Saya dengan adik saya jalan jalan di sekitar kawasan Pulau Nami.
 |
Pokok kat Pulau Nami |
 |
Pandangan masa hadapan |
 |
Korea in LOVE |
 |
Kat sini juga ada salji.. |
 |
Patung dari Malaysia |
 |
Patung-patung comel |
 |
Bilik susuan bayi di Pulau Nami |
 |
Panaskan badan, sebelum naik ke bot |
 |
Naik ke boat untuk ke darat |
 |
Kedai Makanan Korea Topokki Halal |
 |
Toppoki di Kedai makanan Korea |
 |
Shopping untuk kali terakhir sebelum nak balik esok... |
Disebabkan pagi dah berjalan sakan dekat Pulau Nami, malam ni rase letih nak jalan jalan.. tapi ini adalah peluang saya berada di KOREA .. Tempat orang kaya kaya shopping ialah Dongdaemun..
 |
Supreme original
|
 |
Comel jee arnab ni.. |
Malam ni rase sedih sangat sebab nak tinggalkan Korea, sebab dalam pukul 5 pagi KOREA kene balik pergi Airport Incheon..
Pagi subuh dalam bus menuju ke Airport Incheon. Arahan diberikan oleh Kak Anum, selesai solat subuh kami turun dan pergi Check in luggage dan berehat. Kami pergi ke kedai makanan Halal yang ada di Airport. Saya tak makan sebab dalam flight dah tempah makan nasi lemak. Apa yang saya minum cuma banana milk sedaaapppp...
Rase sayang nak tinggalkan Korea sebab cuaca disini sangat menyamankan dan ini adalah pengalaman yang berharga saya pernah travel. Sebab sebelum ini pergi yang dekat dekat jee, kalini jauh sikit Alhamdulillah..
Bersyukur sanggat dapat pengalaman ini. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
kepada pembaca setia blog ini, saya ucapkan terima kasih sanggat >.< walaupun 2 tahun lebih saya edit cerita ini... huhuh.. sekarang dah masuk 2020..
TERIMA KASIH SEMUA
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
No comments:
Post a Comment