Assalamualaikum Semua! Last paper
18/10 dan tarikh aku praktikal 20/10 bertapa hebatnya aku dan kawan kawan
ku semua. Habis jee exam final sem 5 aku dan kawan kawan aku terus pecut
ke kampung asal masing masing. Nasib baik kawan aku Alyn & Shima teman
balik dan aku hantar dorang terus ke Putrajya Sentral. Kalau korang nak
tahu ini kali pertama aku bawak pulang
viva ke Putrajaya seletelah berbulan bulan tak bawak balik.. Alhamdulillah
selamat jugak sampai ke destinasi dengan ada banyaknya lori dan kereta syukur
tak terhingga.. Perasaan aku waktu tu hanya Allah jee yang tahu :") but i
try my best Alhamdulillah. Penat tak habis lagi terus ahad dan setrusnya hari
Isnin. Hari Praktikal!
Minggu Pertama
Hari
Pertama 20/10/14
Ini permulaan yang pertama bagi
aku untuk bekerja selama ni aku tak pernah pun bekerja kat Shopping Complex
Alamanda atau pon ape - ape jelah.. First day mesti korang korang nak tahu
macam biasa aku perlu laporkan diri disebuah kerajaan. Bos aku sanggat baik,
dan aku dikelilingi dengan ramai akak akak dalam 30 an dan keatas. Akak - akak
tu peramah dan ada budak praktikal jugak macam aku. Tapi itu minggu last bagi
dorang :( Aku rase macam alaa kenape minggu last :( nanti aku tade geng
dah...Hari pertama ni aku belajar main mesin fotostat yang besar tu haha buat
fotostat depan belakang. Hamik kau nasib waktu tu ada budak praktikal jugak
yang tolong aku. Belajar macam mane nak fax, Alhamdulillah senang. Hari first
mane ade kerja dan aku rase bosanya.. haha XD
Hari
Kedua 21/10/14
Hari kedua dah tahu tempat duduk
kat mane dah macam biase bukak komputer baca blog.. hahaah XD Hari kedua
ni waktu dia bagi task update fail..harini lunch kat meja jee sbb dorang
ade meeting so aku dapat makan free.
Hari
Ketiga 22/10/14
Cuti Deepavali.. jyeaah tido sepuasnya..ZzzzZZZZzzzz
Hari
Keempat 23/10/14
Tempat aku tu sebenarnya ada orang
yang baru balik dari cuti bersalin. So aku kena pindah tempat :( Tempat sama
dengan budak praktikal Kak Najwa. Sedih kan hari ketiga dah tade tempat so
kongsi dengan Kak Najwa. Task harini sanggat mencabar aku kena tutup fail dan buka
fail yang baru.. wowww semoga dipermudahkan segala urusan amin yarabbal alamin
. Nasib baik ada Kak Najwa yang tolong nasib baik :) Tulisan aku bukan
cantik sanggat hahaha banyak salah tapi last sekali fail yang aku bukak tu
perfect siap ada tagging tau. Hari ni aku lunch dengan Kak Najwa and the geng
best sanggat akak tu baik + cantik belanje air dorang ni satu kepala macam aku.
Puan Uzaimi cakap aku akan ditukarkan
keunit atas. Aku ada kerja yang banyak perlu di taip untuk JKM. So sambung esok aku
taip..
Hari
Kelima 24/10/14
Hari jumaat jyeaah esok cuti tak
sabarnyaa.. Sambung taip ape yang semalam.. Tapi harini Kak Najwa last praktikal
sedih gile sape nak tolong aku :( Sebabkan harini hari last dia praktikal Kak
Najwa bagi aku kek perpisahan sedihkan ;"""( Waktu lunch
aku balik rumah hahaa.. Balik dari lunch kerja dah settle dah. Tolong Kak Najwa
masukkan maklumat dalam file. Waktu macam pukul 4.55 tu i wish good luck all
the best denganKak Najwa and kawan dia :)
Minggu Kedua
Hari
Keenam 27/10/14
Assalamualaikum hari isnin
bersamaan 27 oktober. Harini aku dari Country Height Kajang short vacay with
family :) hahaaha... Harini aku bertolak awal dari kajang sebab takut jemm...
heheeh.. Pergi singgah beli Nasi lemak yg femes kat P8 adik dengan kakak aku
jee makan.. Aku beli donut tu jee.. Harini aku di tempatkan di unit yang baru.
Orang yang pertama aku bertanya adalah Akak Ida dan Kak Ros n Kak Su bawak
jumpa Puan Zureen. Waktu perjalanan nak pergi bilik Puan Zuren Kak Ros cakap
saya pon budak praktikal happy nya rase.. Masuk bilik Puan Zureen ada tetamu akak praktikal jugak iaitu
Kak Ezza and Kak Yaya. Happy nya rase banyaknya kawan kawan praktikal kat sini
:’) Harini aku rase blur kot :( Aku tak
tahu kenape dengan Cerebrum, Cerebellum dan Medulla Oblongata. mungkin di
sebabkan aku tade mood kot.. sekian itu otak lambat bertindak hahah semoga
dijauhkan dari penyakit tersebut... Harini aku rase sedih sanggat di tukarkan
di unit baru mungkin
:''''( Kat sini first day kat unit
baru mungkin banyak benda yang aku keliru dan aku keliru sikit dengan penerangan
yang di beritahu.. sbb aku blur harini :( Adoii inilah dikatekan pengalaman
yang mengajar kita. Setiap apa yang berlaku semua ada hikmah ... Dan tugasan
harini Alhamdulillah berjaya aku siapkan :) Tempat yang saya duduk tu tempat duduk lelaki
Shakrin dia macam sibuk dalam kerja so
saya hanya senyum jee.. Dekat
workstation ada 6 orang Kak Ida, Shakirin, Saya, Sharul, Karen n Kak Su. Harini
saya rehat dengan Kak Ida dan Kak Ros
makan Nasi Goreng Pattaya. Sebelum nak balik setiausaha boss kak yam panggil
masuk bilik boss! First time saya jumpa boss besar iaitu En Kam. Bos Tanya dari
University mana and lain lain.. Sebelum nak balik Kak yam bagi Currypuff Starbucks Thank you Allah kuatkan semangat saya :)
Hari Ketujuh 28/10/14
Hari Selasa aku relax..relax jee
hahaah tapi ada jugak kerja macam buat Carta Organisasi untuk unit dan
menyenaraikan fungsi. Tolong Kak
Rose buat minit untuk fail dan kemaskini fail bagi unit ini.
Hari Kelapan 29/10/14
First time masuk bilik meeting..
tak ku sangka hajat aku yang aku tweet tu tercapai. Meeting Kanival Lan
Berambeh Anak Sarawak 2014. First time masuk bilik meeting best jugak and baru
aku tahu situasi meeting macam mana..
Hari Kesembilan 30/10/14
Harini mood aku sedih sikit aku
takleh nak cerita kat blog ni :'(( hanya Allah jee yang tahu dugaan aku. Tapi
aku akan sentiasa tersenyum walau apa -apa yang terjadi.. Sampai sekarang aku
still fobia :''( aku tak nak lah keluar awal pergi kerja.. aku akan keluar 7.30
pagi tepat.
Hari Kesepuluh 31/10/14
jyeaahhh ainie jasmin pergi buat
event besar... yuhooo.. tak kusangka aku org yang terpenting jugak dalam event
tu.. Harini tugasan luar event saya dekat Bukit Jalil. Nama event Lan Berambeh
Anak Sarawak 2014. Aku di tugaskan sebagai Crew bukan senang tau.. baju T-Shirt
tu cool gilee..ramai yang nak tapi tade jual pon sbb crew jee yang pakai
hahahaah..Tugas aku sebagai memberitahu pengunjung apa itu myneztes ? dan
memberitahu kelab terbahru and then suruh dorong like fb Kementerian .. aku n Kak ida merayau lah satu kanival supaya org
like page fb.. Harini aku beli kain Sarawak dengan baju kimono, jumpa En
mimpi hehehe sambil tu beli gelang Sarawak. Harini saya merasa makanan mee
kolok orang Sarawak hebat gilee makanan orang Sarawak bagi aku. Pengalaman ini memang best bagi aku.
Hari Kesebelas 1/11/14
Sebenarnya ini hari sabtu pon aku bertugas kat event
ni. Event Lan Berambeh memang best! Experience yang tak dapat aku lupakan
:') Semalam aku dah target mane yang aku nak beli so banyak jugaklah aku
beli macam Kek Lapis Sarawak, Nutella pot, Gelang Sarawak, Harini pulak kat
Stadium Bukit Jalil ada bola sepak Pahang LWN Johor hebat betul. Baru aku tahu
situasi orang yang tengok bola Cuma aku dapat rakamkan kemeriahan yang ada di
luar Stadium memang sanggat meriah.. Hebat!! Pegalaman yang best! Thumbs up!!
Minggu ketiga
Hari Keduabelas 3/11/14
happy birthday to meeeee :)
harini aku tak datang kerja sebab saya tengah bercuti di
Palace of Golden Horses
Hari Ketigabelas 4/11/14
Saya pergi ke Convocation kat UPM. Konvo kakak saya amik
Master! ini first time saya pergi konvo best jugak tgk orang konvo, tapi
tunggu saya bulan 9 tahun 2015 insyaAllah saya Konvo. Doakkan kejayaan saya
semua. :')
Hari Keempatbelas 5/11/14
Okayy sebab dah best cuti! Rase macam tak nak pergi
praktikal lah pulak :( . Okayy dah 2 hari cuti, hari rabu masuk kerja. Masuk
office semua orang tak datang lagi kat workstation ni.. .. harini ada meeting sibuk jugaklah..Meeting tentang aduan!
Kak Ezza yang Kak Yaya yang handle meeting ni respect kat dorang siap dapat
pujian paper work bagus! Hebatlah!!
Hari Kelimabelas 6/11/14
Okayy task untuk harini kena buat call kat NST , Sin Chew
Media, Kosmo! Berita Harian dan Media Prima.. Sungguh mencabar okayy..
Alhamdulillah selesai jugak call n bagi text kat dorang.Pengalaman pertama buat
call untuk Syarikat penerbitan berdebar juga..
Hari Kenambelas 7/11/14
Hari Jumaat jyeaaahhh.. tengahari boleh balik makan tak
sabarnya... Sambung kerja semalam pasal L.O adelah kena mengena dengan apa yang
saya belajar. Nasib saya ada basic account belajar kat kolej. So i tahu ape itu
invois and blabla.. esok pergi Muar.. hyee org Johor...ade perkahwinan and
cukur jambul anak buah sedara Erika!
Minggu Keempat
Hari Ketujuhbelas 10/11/14
Isnin.. Monday blues.. kerja macam biasa sambung balik buat
L.O . Harini kena booking Hotel untuk Sambutan hari kanak - kanak & warga
emas orang Kedah.. Ini memang pengalaman yang paling best lah! Call Hotel nak
bilik ape?? berape bilik nak order?? dan saya ditugaskan buat surat permohonan
n memo untuk bahagian Kewangan. harini sedih sikit itu rahsia saya.
Hari Kelapanbelas 11/11/14
Selasa hotel pon dah bagi confirmation Hotel, rase lega
sikit semoga dipermudahkan amin yarabbal'alamin. :') Sejak praktikal kan tak
tahu kenape perut asyik bunyi jee.. Tak lapar tapi berbunyi kuat pulak tu..
malu okay.. :( Okayy sekarang nak fokus buat Slide untuk perbentangan kat
kolej nanti 20 marks.. lets do it.
Hari Kesembilanbelas 12/11/14
Rabu 12. Harini ada satu syarikat agensi & travel
datang kat aku. Mintak maaf bagai n blabla aku pon pening hahaha .. Puan Zureen tugaskan aku booking tiket flight what mencabar bagi aku!!
Dalam hati aku manelah aku tahu nak booking tiket flight untuk event di Sabah..
Waktu tu terus pergi bilik Puan and tanya tarikh bila?? sampai bila?? at last
rupanya Sharul dah booking pon tiket flight tuu Alhamdulillah.. Tapi ini
pengalaman best bagi aku harini..
Hari keduapuluh 13/11/14
Khamis 13. Assalamualaikum semua, kerja saya perlu selesai
Aset ni.. Sambil tu teringat kat kawan kawan kolej.. rindu pulak kat dorang
semua.. hahaha hari hari aku annoying kat groupWhatApps. Sampai abang kat depan
aku ni asyik cakap sengih sengih ahaha saip kene tukar tempat dia duduk tempat
aku , aku duduk tempat dia.. ape ape jelah nasib aset Kew Pa 10 / 11 siap!
Hari Keduapuluh satu 14/11/14
Jumaat 14. Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya..
Saya harap semua sihat harini saya ditugaskan buat memo permohonan LO. Kat sini
aku mula pandai mengawal situasi semasa angkat telefon, aku mula pandai
berbicara bila berbual dengan orang luar selama ni aku tak ada keyakinan pon
nak cakap dengan orang luar dan syarikat syarikat luar. Kat sini mula aku
pandai belajar berdirikari.. Hebat lah ainie sekarang..
Minggu Kelima
Hari Keduapuluh dua 17/11/14
Isnin 17. Harini saya ditugaskan untuk update semua tentang
Sistem Pengurusan Aset pindah milik dari pegawai lama kepada yang baru, sebelum
tu perlu bagitahu IT untuk amik nama pemilik yang baru n hantar kepada IT
supaya update kat dalam sistem aset tersebut.
Hari Keduapuluh tiga 18/11/14
Selasa. Kerja buat memo permohonan kadang kadang ada typing
error so kene betul.. adoii dahlah printer canon tu jauh … kadang kadang penat
nak ke hulu ke hilir.. Boleh kurus balik Melaka ni.. hahaha.. Kerja seterusnya
buat penilaian LO turun lagi kat Kewangan..
Hari Keduapuluh empat 19/11/14
Rabu. Kerja saya membuat penilaian untuk LO and hantar
kesemua tersebut kat Kewangan.. Aku rase orang kewangan itupon macam malas nak
tgk aku datang hahaha..
Hari Kedupuluh lima 20/11/14
Khamis . Harini Office kosong sebab dorang semua pergi
kursus Retreat kat lake kenyir.. Walaupon ada student praktikal kat office ada
kerja jugak tau.. ingat tade kerja ker?? Saya ditugaskan untuk minta takwim
untuk 3 minggu kat pejabat YBM tingkat 38.. Tempat ni hebat bagi saya.. tempat
boss besar mestilah hebat kan..
Hari Keduapuluh enam 21/11/14
Jumaat. Harini ingat nak keluar pergi makan kat Alamanda
disebabkan banyak kerja makan kat office jerr saya pon tak balik rumah sebab
banyak kerja.. Akhirnya settle jugak hantar Media monitoring, Media Sosial and
takwim kat bahagian dasar siap email tau hantar.
Minggu Keenam
Hari Keduapuluh tujuh 24/11/14
Isnin Harini agak akward sebab aku pakai kasut yang aku
baru beli kat Online shop instagram hahahaah.. So aku tinggi sikit dari orang
sekeliling aku.. Sebenarnya bila aku rase tinggi tahap confident aku lebih
yakin. Kasut aku cantik tinggi dan warna hitam.. Tugasan aku menyelesaikan aset
inventori dan harta modal . Ini Kew Pa 11. Minggu ini ramai yang ditugaskan
untuk bertugas kat PWTC tapi nama aku tak tersenarai pon sedih kan.. Sebab Aset
aku tak siap lagi..
Hari Keduapuluh lapan 25/11/14
Selasa Harini Semua orang sibuk sebab meeting. dan tugas
aku pulak macam biasa settlekan pasal aset dan LO . Harini dapat hadiah..
indahkan hari hari dapat hadiah thankyou ! Meeting dan makan free
hahaha..Harini ada orang tanya bila habis praktikal ? Kadang kadang soalan tu
memang best kadang juga aku rasa sedih sebab tinggal 2 minggu jee.. Orang
kata aku memang pemurah dengan senyuman asyik senyum jee..
Hari Kedupuluh Sembilan 26/11/14
Rabu. Harini saya pakai Kebaya Hijau. Harini saya
ditugaskan untuk menyelesaikan aset aset yang terdapat dalam office ini ..
Sambil tu dengar lagu Night Changes - One Direction. Sebenarnya waktu aku
dengar lagu ada satu customer yang datang tapi aku tak berapa dengar sanggat
sebab aku pakai earphone.. hehehe orang panggil aku tak berapa nak dengar
sanggat .. Harini meeting so makan free lagi macam semalam.. hahaha..
hari hari dapat hadiah thankyou ;") Harini ada orang tanya
ainie habis praktikal bila ? ermm sedih betul soalan tu bagi aku :""(
Kadang kadang happy jee .
Hari tiga puluh. 27/11/14
Harini kemaskini Sistem Pengurusan Aset. Aset ini semua
dalam sistem so kene pandai susun ikut nama yang duduk tempat tersebut. Saya
buat penelitian barang barang yang tiada atau rosak perlu report kat bkp.. and
Bkp naik atas hahaha.. Aku baru nak bagi tahu puan nak bertugas dengan kak ida
nak bertugas kat Pwtc.. ermm Aine tak boleh pergi PWTC.. :’(
Hari tiga puluh satu. 28/11/14
Salam Jumaat semua..
Harini kerja macam biasa hantar LO yang sudah di buat penilaian kepda Kewangan
Zarina.. Disebabkan bkp naik atas semalam aku kene settlekan semua aset yang ni
sampai habis..
Minggu Ketujuh
Hari tiga puluh dua.1/12/14
Assalamualaikum
Isnin.. Okayy kerja minggu lepas tak siap nak buat Kad jemputan Dinner so kene
siap harii jugak!!! Aaaa.. Mencabar okay, print ini oh printer please be nice
today.. Okayy Alhamdulillah print okay senang jee nak print Kad jemputan
dinner. Habis print terus hantar kat
unit unit tersebut.. May Allah ease me.. Harini tunggu sticker dari bkp jee..
Harini kene buat nota minta untuk Syarikat and pagi pagi lagi kene buat LOU.. Kerja kerja… insyaAllah di permudahkan amin
yarabbal alamin.
Hari tiga puluh tiga. 2/12/14
Harini saya perlu
selesaikan Aset lagi.. Kerja aset ini perlu seorang sabar dan penelitian.. Saya
ditugaskan untuk membuat nota minta kepada sebuah Syarikat.. Harini saya merayu
kat Puan Zureen nak pergi bertugas kat Hari OKU kat Seremban tapi puan tak kasi
saya nak pergi sebab kerja Aset tak siap ermm.. Tapi bila dah petang Puan
Zureen suruh bertugas kat Hari OKU Seremban jyeahhh.. Excited gilaa..
Hari tiga puluh empat. 3/12/14
Harini saya buat
tugasan luar yeaahhh.. harini excited.. ni kali kedua buat event kat luar..
Event saya kalini mengenai Sambutan Hari OKU Kebangsaan Seremban.. Datang kawan
kawan.. Saya ditugaskan untuk menyeru orang ramai mengisi borang aduan tentang
Kementerian dan saya akan bagi baju kepada OKU dan buku kepada yang mengisi
borang aduan tersebut. And perkara aku paling suka bila orang isi borong letak
dalam beg supaya tak hilang . Kadang kadang hati ni sedih sebab aku sempurna
kenapa aku tak bersyukur dan baru aku sedar ramai rupanya OKU di dunia.. Inilah
pendedahan yang aku dapat lihat. Ini pengalaman best bagi aku kerana aku suka
kepada pendedahan tentang masyarakat kat luar..
Hari tiga puluh lima. 4/12/14
Harini saya ditugaskan untuk call ashraf dari publisher
majalah OME!! and my next task call NSTP minta semua keratan akhbar.. Kerja
saya buat Kew Pa dan selesaikan dalam Sistem Pengurusan aset.. Turun bkp
selesaikan.. Ya Allah permudahkanlah kerja ..
Hari tiga puluh enam. 5/12/14 Harini aku kene bagi nana
banting stand tu sebab audit ni datang megejut gejut. kecut perut jugak aku ni
sebab Kew Pa tak siap.. hari hari kerja aku call dorang kak nani , danial n kak ummi. penat jugak
turun bkp.. Harini orang dari Malaysia
Online nak sign LO nd aku lupa nak ingatkan suruh bawak cop.. apelah ainie ni
suka buat orang macam ni.. Harini jumpa kak zarina nak settlekan pasal LO macam
biasa aku pon tak paham kenapa syarikat penerbitan susah sanggat nak bagi
keratan akhbar.. Lepas bagi keratan akhbar senang nak buat payment.. adoii..
Harini balik lambat sikit sebab nak settlekan kew pa kat kak nani...
Minggu Kelapan
Hari tiga puluh tujuh. 8/12/14
Minggu lepas bos ada
bagi email sebab ada meeting tapi harini cancel.. yeaayyy! Harini saya
print kerja saya untuk letak kat buku log, pastu nak betulkan Surat penamatan ,
surat claim duit tu.. rugi tak buat.. Kemas fail permohonan cuti takut
minggu ni audit datang office.. Harini saya sakit perut dan tak larat bagi saya
so saya kerja setengah hari jee.. Niat tak nak ponteng tapi sakit perut
memang kene balik..
Hari ke tiga puluh lapan. 9/12/14
Harini memang buat
kerja last minit.. kerja Kew Pa ni susah betul nak settle kan?? Bagi aku pun
tak paham .. Harini kene kene hantar Media monitoring , media sosial semua kat
dasar pastu kak ida , shakirin , Kak Rose n me serabut betul siap terjatuh
kertas yang nak buat meeting untuk esok.. Kerja ni memang best bagi aku..
Kelambut tapi akhirnya siap jyeahh hebat kawan kawan office saya ni J Lega!
Hari ke tiga puluh sembilan. 10/12/14
Harini saya print
Kasih rakyat punya insurans nak bagi waktu Majlis Dinner.. Harini saya habis
habisan settlekan KEW PA 3 dan sticker.. Semua ni adalah Aset Kerajaan. Dalam
masa yang sama saya ditugasan untuk handle penukaran penempatan bagi Sistem
Pengurusan Aset. Harini jugak saya settlekan fail meja bagi semua pegawai and
sambilan.. Habis jee semua tu, turun bkp amik semua yang dia print KEW PA 7
tinggal susun kad KEW PA 3 and then mintak sign semua orang and tampal kat
setiap meja.. Harini saya balik lewat sikit sebab nak settle kan KEW PA
ni.. Alhamdulillah settle jugak J Thank you Allah.. Harini hujan lebat waktu saya balik dari
kerja..
Hari ke empat puluh. 11/12/14
Hari khamis harini
ada meeting aduan! Meeting ni yang handle ialah Kak Ezza dan Kak Yaya.. Dorang
ni memang hebat terima aduan dan siap ada slide lagi.. Respect kat dorang!
Harini Puan suruh call Media Prima mengenai LO tapi sayangya harini Selangor
cuti so kerja ni post pon esok hehehe.. Call Borneo Pos dengan Utusan sebab nak
keratan akhbar yang ada iklan. Waktu lunch Kak Ida belanja Kek Tiramisu
kat saya sedap tau kek tu.. Thank You Kak Ida.. Makanan dalam meeting
banyak so Kak Ros , Kak Ida , Kak Ezza n Kak Yaya sambut my last day praktikal
sebab semua akak ni cuti esok.. So sambut majlis perpisahan harini.. Seronok
sanggat parti makan nasi lemak ayam pastu semua akak ni beli kek yang sedap kat
saya .. Dalam hati ni sedih jee.. Kenapa masa berlalu dengan pantas.. Harini
jugak saya mintak Puan tanda tanggan buku report.. hehehe..
Hari ke empat puluh satu. 12/12/14
Hari Jumaat bersamaan dengan 12 Disember 2014 .
Harini bagi saya sayu lah hati rase sebak sebab harini hari terakhir aku
kat Kementerian.. Harini nak settlekan pergi amik laporan kehadiran kat Bkp.
Harini last kerja saya hantar LO kat kewangan kat zarina and saya bagitau kat
dia harini last day.. sebak rasenya :'( . Before turun jumpa Kak Zarina
ainie pergi bilik Puan sebab nak cop dengan laporan kehadiran.. waktu tu ada
boss besar En Kam and dia tanya "you must go to dinner" and I
said "InsyAllah i datang" .. Waktu lunch selalunya aku balik
rumah tapi Kak Su kata dia kata dia nak belanja..woww syukur
Alhamdulillah.. Waktu lunch pukul 11. 45 kitaorng pergi Lunch kat IOI
Mall Putrajaya.. First time makan Dip n Dip.. Wooww tempat yang selalu tgk jee
kawan kawan kat instagram pergi makan akhirnya orang belanja ,, happy gila.
Thank You Kak Su , Puan Zureen , Karen , Kak Fatin n Syakirin.. Coklat Dip n
Dip sedap gilee .. Lepas makan Dip n Dip Karen and Puan Zureen belanja
makan steamboat Johnnys pulak.. bertuah pulak rezeki saya harini.. Seronok
betul saya harini dalam hati ni sebak rase sbb harini last :'( . Balik Office
buat kerja and then settlekan semua kerja kerja office.. kerja kerja dah
pukul 5 petang nak balik dah ni.. sayunya hati saya salam Kak su , Karen
"Keep in touch" , Kak yam , Tuan Haji , Kamal , En Budee
"good luck" , Puan Zureen dalam bilik Pn ada Ben air mata dah
bertakung dah waktu tu menitik air mata.. waktu tu memang sedih.. Ben n Puan
Zureen ckp "good luck!" memang sayu~~ ini jee yang dapat aku tulis
sebab memang sedih :"( . Terma kasih kpwkm beri pengalaman yang
penuh bermakna bagi aku.. Malam ayah dengan mama belanja Kenny Roger’s kat
Alamanda sempena Happy Birthday Advance adik aku Aisah! Haziq pon ikut hahahaa last
jumpa Haziq. Saya rase bertuah betul harini semua belanja sedap sedap kat saya
InsyaAllah suatu hari nanti saya nak belanja semua orang :’)
Hari ke empat puluh dua. 13/12/14
Hari Sabtu Dinner Kat Hotel Majestic KL, woww ni
harini last aku jumpa officemates! Harini saya ditugaskan untuk bagi hadiah kepada orang yang
menang lucky draw.. hahahaha XD Hadiah semua hebat hebat.. Harini selfie dengan
semua staff ada jugak terlepas pandang... tapi Dinner ni best sanggat bagi
saya.. banyak jugak photoboth yang saya buat.. Officemates buat persembahan
hebat gilaa and tak sangka dorang memang berbakat En Kam , Fatin , Ben jadi emcee , Shakirin menari and kak aida buat persembahan.. Dorang memang sporting gila
bagi saya.. Semua pengalaman ini hebat bagi saya, sebab ini pengalaman
pertama saya bekerja dan sanggat indah bagi saya.. Semoga pada masa hadapan
saya dapat tempuhi alam pekerjaan amin yarabbal alamin. Lot’s of Love
<3<3<3
Kepada Semua Pembaca Doakkan Kejaayaan Saya :’)