Tuesday, 16 December 2014

The Journey (11) #BudakPraktikal








My Journey #BudakPraktikal 

Assalamualaikum Semua! Last paper 18/10 dan tarikh aku praktikal 20/10  bertapa hebatnya aku dan kawan kawan ku semua.  Habis jee exam final sem 5 aku dan kawan kawan aku terus pecut ke kampung asal masing masing. Nasib baik kawan aku Alyn & Shima teman balik dan  aku hantar dorang terus ke Putrajya Sentral. Kalau korang nak tahu ini kali pertama aku  bawak pulang viva ke Putrajaya seletelah berbulan bulan tak bawak balik.. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke destinasi dengan ada banyaknya lori dan kereta syukur tak terhingga.. Perasaan aku waktu tu hanya Allah jee yang tahu :") but i try my best Alhamdulillah. Penat tak habis lagi terus ahad dan setrusnya hari Isnin. Hari Praktikal!


Minggu Pertama

Hari Pertama 20/10/14

Ini permulaan yang pertama bagi aku untuk bekerja selama ni aku tak pernah pun bekerja kat Shopping Complex Alamanda atau pon ape - ape jelah.. First day mesti korang korang nak tahu macam biasa aku perlu laporkan diri disebuah kerajaan. Bos aku sanggat baik, dan aku dikelilingi dengan ramai akak akak dalam 30 an dan keatas. Akak - akak tu peramah dan ada budak praktikal jugak macam aku. Tapi itu minggu last bagi dorang :( Aku rase macam alaa kenape minggu last :(  nanti aku tade geng dah...Hari pertama ni aku belajar main mesin fotostat yang besar tu haha buat fotostat depan belakang. Hamik kau nasib waktu tu ada budak praktikal jugak yang tolong aku. Belajar macam mane nak fax, Alhamdulillah senang. Hari first mane ade kerja dan aku rase bosanya.. haha XD

Hari Kedua 21/10/14

Hari kedua dah tahu tempat duduk kat mane dah macam biase bukak komputer baca blog.. hahaah XD  Hari kedua ni waktu dia bagi task update  fail..harini lunch kat meja jee sbb dorang ade meeting so aku dapat makan free.

Hari Ketiga 22/10/14

Cuti Deepavali.. jyeaah tido sepuasnya..ZzzzZZZZzzzz

Hari Keempat 23/10/14

Tempat aku tu sebenarnya ada orang yang baru balik dari cuti bersalin. So aku kena pindah tempat :( Tempat sama dengan budak praktikal Kak Najwa. Sedih kan hari ketiga dah tade tempat so kongsi dengan Kak Najwa. Task harini sanggat mencabar aku kena tutup fail dan buka fail yang baru.. wowww semoga dipermudahkan segala urusan amin yarabbal alamin .  Nasib baik ada Kak Najwa yang tolong nasib baik :) Tulisan aku bukan cantik sanggat hahaha banyak salah tapi last sekali fail yang aku bukak tu perfect siap ada tagging tau. Hari ni aku lunch dengan Kak Najwa and the geng best sanggat akak tu baik + cantik belanje air dorang ni satu kepala macam aku. Puan Uzaimi  cakap aku akan ditukarkan keunit atas. Aku ada kerja yang banyak perlu di taip untuk JKM. So sambung esok aku taip..


Hari Kelima 24/10/14

Hari jumaat jyeaah esok cuti tak sabarnyaa.. Sambung taip ape yang semalam.. Tapi harini Kak Najwa last praktikal sedih gile sape nak tolong aku :( Sebabkan harini hari last dia praktikal Kak Najwa bagi aku kek perpisahan sedihkan ;"""(  Waktu lunch aku balik rumah hahaa.. Balik dari lunch kerja dah settle dah. Tolong Kak Najwa masukkan maklumat dalam file. Waktu macam pukul 4.55 tu i wish good luck all the best denganKak Najwa and  kawan dia :)




Minggu Kedua

Hari Keenam  27/10/14

Assalamualaikum hari isnin bersamaan 27 oktober. Harini aku dari Country Height Kajang short vacay with family :) hahaaha... Harini aku bertolak awal dari kajang sebab takut jemm... heheeh.. Pergi singgah beli Nasi lemak yg femes kat P8 adik dengan kakak aku jee makan.. Aku beli donut tu jee.. Harini aku di tempatkan di unit yang baru. Orang yang pertama aku bertanya adalah Akak Ida dan Kak Ros n Kak Su bawak jumpa Puan Zureen. Waktu perjalanan nak pergi bilik Puan Zuren Kak Ros cakap saya pon budak praktikal happy nya rase.. Masuk bilik Puan  Zureen ada tetamu akak praktikal jugak iaitu Kak Ezza and Kak Yaya. Happy nya rase banyaknya kawan kawan praktikal kat sini :’)  Harini aku rase blur kot :( Aku tak tahu kenape dengan Cerebrum, Cerebellum dan Medulla Oblongata. mungkin di sebabkan aku tade mood kot.. sekian itu otak lambat bertindak hahah semoga dijauhkan dari penyakit tersebut... Harini aku rase sedih sanggat di tukarkan di unit baru mungkin
:''''( Kat sini first day kat unit baru mungkin banyak benda yang aku keliru dan aku keliru sikit dengan penerangan yang di beritahu.. sbb aku blur harini :( Adoii inilah dikatekan pengalaman yang mengajar kita. Setiap apa yang berlaku semua ada hikmah ... Dan tugasan harini Alhamdulillah berjaya aku siapkan :)  Tempat yang saya duduk tu tempat duduk lelaki Shakrin dia macam  sibuk dalam kerja so saya hanya senyum jee..  Dekat workstation ada 6 orang Kak Ida, Shakirin, Saya, Sharul, Karen n Kak Su. Harini saya  rehat dengan Kak Ida dan Kak Ros makan Nasi Goreng Pattaya. Sebelum nak balik setiausaha boss kak yam panggil masuk bilik boss! First time saya jumpa boss besar iaitu En Kam. Bos Tanya dari University mana and lain lain.. Sebelum nak balik Kak yam bagi Currypuff Starbucks  Thank you Allah kuatkan semangat saya :)

Hari Ketujuh 28/10/14

Hari Selasa aku relax..relax jee hahaah tapi ada jugak kerja macam buat Carta Organisasi untuk unit dan menyenaraikan  fungsi.  Tolong Kak Rose buat minit untuk fail dan kemaskini fail bagi unit ini.

Hari Kelapan 29/10/14

First time masuk bilik meeting.. tak ku sangka hajat aku yang aku tweet tu tercapai. Meeting Kanival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014. First time masuk bilik meeting best jugak and baru aku tahu situasi meeting macam mana..

Hari Kesembilan  30/10/14

Harini mood aku sedih sikit aku takleh nak cerita kat blog ni :'(( hanya Allah jee yang tahu dugaan aku. Tapi aku akan sentiasa tersenyum walau apa -apa yang terjadi.. Sampai sekarang aku still fobia :''( aku tak nak lah keluar awal pergi kerja.. aku akan keluar 7.30 pagi tepat.

Hari Kesepuluh 31/10/14

jyeaahhh ainie jasmin pergi buat event besar... yuhooo.. tak kusangka aku org yang terpenting jugak dalam event tu.. Harini tugasan luar event saya dekat Bukit Jalil. Nama event Lan Berambeh Anak Sarawak 2014. Aku di tugaskan sebagai Crew bukan senang tau.. baju T-Shirt tu cool gilee..ramai yang nak tapi tade jual pon sbb crew jee yang pakai hahahaah..Tugas aku sebagai memberitahu pengunjung apa itu myneztes ? dan memberitahu kelab terbahru and then suruh dorong like fb Kementerian .. aku  n Kak ida merayau lah satu kanival supaya org like page fb.. Harini aku beli kain Sarawak dengan baju kimono, jumpa En mimpi hehehe sambil tu beli gelang Sarawak. Harini saya merasa makanan mee kolok orang Sarawak hebat gilee makanan orang Sarawak bagi aku.  Pengalaman ini memang best bagi aku.


Hari Kesebelas 1/11/14

Sebenarnya ini hari sabtu  pon aku bertugas kat event ni. Event Lan Berambeh memang best! Experience yang tak dapat aku lupakan :') Semalam aku dah target mane yang aku nak beli so banyak jugaklah aku beli macam Kek Lapis Sarawak, Nutella pot, Gelang Sarawak, Harini pulak kat Stadium Bukit Jalil ada bola sepak Pahang LWN Johor hebat betul. Baru aku tahu situasi orang yang tengok bola Cuma aku dapat rakamkan kemeriahan yang ada di luar Stadium memang sanggat meriah.. Hebat!! Pegalaman yang best! Thumbs up!!




Minggu ketiga

Hari Keduabelas 3/11/14

happy birthday to meeeee :)
harini aku tak datang kerja sebab saya tengah bercuti di  Palace of Golden Horses


Hari Ketigabelas 4/11/14

Saya pergi ke Convocation kat UPM. Konvo kakak saya amik Master! ini first time saya pergi konvo  best jugak tgk orang konvo, tapi tunggu saya bulan 9 tahun 2015 insyaAllah saya Konvo. Doakkan kejayaan saya semua. :')

Hari Keempatbelas 5/11/14

Okayy sebab dah best cuti! Rase macam tak nak pergi praktikal lah pulak :( . Okayy dah 2 hari cuti, hari rabu masuk kerja. Masuk office semua orang tak datang lagi kat workstation ni.. .. harini ada meeting sibuk jugaklah..Meeting tentang aduan! Kak Ezza yang Kak Yaya yang handle meeting ni respect kat dorang siap dapat pujian paper work bagus! Hebatlah!!

Hari Kelimabelas 6/11/14

Okayy task untuk harini kena buat call kat NST , Sin Chew Media, Kosmo! Berita Harian  dan Media Prima.. Sungguh mencabar okayy.. Alhamdulillah selesai jugak call n bagi text kat dorang.Pengalaman pertama buat call untuk Syarikat penerbitan berdebar juga..

Hari Kenambelas 7/11/14

Hari Jumaat jyeaaahhh.. tengahari boleh balik makan tak sabarnya... Sambung kerja semalam pasal L.O adelah kena mengena dengan apa yang saya belajar. Nasib saya ada basic account belajar kat kolej. So i tahu ape itu invois and blabla.. esok pergi Muar.. hyee org Johor...ade perkahwinan and cukur jambul anak buah sedara Erika!


Minggu Keempat

Hari Ketujuhbelas 10/11/14

Isnin.. Monday blues.. kerja macam biasa sambung balik buat L.O . Harini kena booking Hotel untuk Sambutan hari kanak - kanak & warga emas orang Kedah.. Ini memang pengalaman yang paling best lah! Call Hotel nak bilik ape?? berape bilik nak order?? dan saya ditugaskan buat surat permohonan n memo untuk bahagian Kewangan. harini sedih sikit itu rahsia saya.

Hari Kelapanbelas 11/11/14

Selasa hotel pon dah bagi confirmation Hotel, rase lega sikit semoga dipermudahkan amin yarabbal'alamin. :') Sejak praktikal kan tak tahu kenape perut asyik bunyi jee.. Tak lapar tapi berbunyi kuat pulak tu.. malu okay.. :(  Okayy sekarang nak fokus buat Slide untuk perbentangan kat kolej nanti 20 marks.. lets do it.



Hari Kesembilanbelas 12/11/14

Rabu 12. Harini ada satu syarikat agensi & travel datang kat aku. Mintak maaf bagai n blabla aku pon pening hahaha .. Puan Zureen  tugaskan aku booking tiket flight what mencabar bagi aku!! Dalam hati aku manelah aku tahu nak booking tiket flight untuk event di Sabah.. Waktu tu terus pergi bilik Puan and tanya tarikh bila?? sampai bila?? at last rupanya Sharul dah booking pon tiket flight tuu Alhamdulillah.. Tapi ini pengalaman best bagi aku harini..



Hari keduapuluh 13/11/14

Khamis 13. Assalamualaikum semua, kerja saya perlu selesai Aset ni.. Sambil tu teringat kat kawan kawan kolej.. rindu pulak kat dorang semua.. hahaha hari hari aku annoying kat groupWhatApps. Sampai abang kat depan aku ni asyik cakap sengih sengih ahaha saip kene tukar tempat dia duduk tempat aku , aku duduk tempat dia.. ape ape jelah nasib aset Kew Pa  10 / 11 siap!


Hari Keduapuluh satu 14/11/14

Jumaat 14. Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya.. Saya harap semua sihat harini saya ditugaskan buat memo permohonan LO. Kat sini aku mula pandai mengawal situasi semasa angkat telefon, aku mula pandai berbicara bila berbual dengan orang luar selama ni aku tak ada keyakinan pon nak cakap dengan orang luar dan syarikat syarikat luar. Kat sini mula aku pandai belajar berdirikari.. Hebat lah ainie sekarang..



Minggu Kelima

Hari Keduapuluh dua 17/11/14

Isnin 17. Harini saya ditugaskan untuk update semua tentang Sistem Pengurusan Aset pindah milik dari pegawai lama kepada yang baru, sebelum tu perlu bagitahu IT untuk amik nama pemilik yang baru n hantar kepada IT supaya update kat dalam sistem aset tersebut.


Hari Keduapuluh tiga 18/11/14

Selasa. Kerja buat memo permohonan kadang kadang ada typing error so kene betul.. adoii dahlah printer canon tu jauh … kadang kadang penat nak ke hulu ke hilir.. Boleh kurus balik Melaka ni.. hahaha.. Kerja seterusnya buat penilaian LO turun lagi kat Kewangan..


Hari Keduapuluh empat 19/11/14
Rabu. Kerja saya membuat penilaian untuk LO and hantar kesemua tersebut kat Kewangan.. Aku rase orang kewangan itupon macam malas nak tgk aku datang hahaha..

Hari Kedupuluh lima 20/11/14

Khamis . Harini Office kosong sebab dorang semua pergi kursus Retreat kat lake kenyir.. Walaupon ada student praktikal kat office ada kerja jugak tau.. ingat tade kerja ker?? Saya ditugaskan untuk minta takwim untuk 3 minggu kat pejabat YBM tingkat 38.. Tempat ni hebat bagi saya.. tempat boss besar mestilah hebat kan..


Hari Keduapuluh enam 21/11/14

Jumaat. Harini ingat nak keluar pergi makan kat Alamanda disebabkan banyak kerja makan kat office jerr saya pon tak balik rumah sebab banyak kerja.. Akhirnya settle jugak hantar Media monitoring, Media Sosial and takwim kat bahagian dasar siap email tau hantar.


Minggu Keenam

Hari Keduapuluh tujuh 24/11/14

Isnin Harini agak akward sebab aku pakai kasut yang aku baru beli kat Online shop instagram hahahaah.. So aku tinggi sikit dari orang sekeliling aku.. Sebenarnya bila aku rase tinggi tahap confident aku lebih yakin. Kasut aku cantik tinggi dan warna hitam.. Tugasan aku menyelesaikan aset inventori dan harta modal . Ini Kew Pa 11. Minggu ini ramai yang ditugaskan untuk bertugas kat PWTC tapi nama aku tak tersenarai pon sedih kan.. Sebab Aset aku tak siap lagi..

Hari Keduapuluh lapan 25/11/14

Selasa Harini Semua orang sibuk sebab meeting. dan tugas aku pulak macam biasa settlekan pasal aset dan LO . Harini dapat hadiah.. indahkan hari hari dapat hadiah thankyou ! Meeting dan makan free hahaha..Harini ada orang tanya bila habis praktikal ? Kadang kadang soalan tu memang best kadang juga aku rasa sedih sebab tinggal 2 minggu jee..  Orang kata aku memang pemurah dengan senyuman asyik senyum jee..

Hari Kedupuluh Sembilan 26/11/14

Rabu. Harini saya pakai Kebaya Hijau. Harini saya ditugaskan untuk menyelesaikan aset aset yang terdapat dalam office ini .. Sambil tu dengar lagu Night Changes - One Direction. Sebenarnya waktu aku dengar lagu ada satu customer yang datang tapi aku tak berapa dengar sanggat sebab aku pakai earphone.. hehehe orang panggil aku tak berapa nak dengar sanggat ..  Harini meeting so makan free lagi macam semalam.. hahaha.. hari hari dapat hadiah  thankyou ;") Harini ada orang  tanya ainie habis praktikal bila ? ermm sedih betul soalan tu bagi aku :""( Kadang kadang happy jee .

Hari tiga puluh. 27/11/14

Harini kemaskini Sistem Pengurusan Aset. Aset ini semua dalam sistem so kene pandai susun ikut nama yang duduk tempat tersebut. Saya buat penelitian barang barang yang tiada atau rosak perlu report kat bkp.. and Bkp naik atas hahaha.. Aku baru nak bagi tahu puan nak bertugas dengan kak ida nak bertugas kat Pwtc.. ermm Aine tak boleh pergi PWTC.. :’(


Hari tiga puluh satu. 28/11/14

 Salam Jumaat semua.. Harini kerja macam biasa hantar LO yang sudah di buat penilaian kepda Kewangan Zarina.. Disebabkan bkp naik atas semalam aku kene settlekan semua aset yang ni sampai habis..  


Minggu Ketujuh

Hari tiga puluh dua.1/12/14

 Assalamualaikum Isnin.. Okayy kerja minggu lepas tak siap nak buat Kad jemputan Dinner so kene siap harii jugak!!! Aaaa.. Mencabar okay, print ini oh printer please be nice today.. Okayy Alhamdulillah print okay senang jee nak print Kad jemputan dinner.  Habis print terus hantar kat unit unit tersebut.. May Allah ease me.. Harini tunggu sticker dari bkp jee.. Harini kene buat nota minta untuk Syarikat and pagi pagi lagi kene buat LOU..  Kerja kerja… insyaAllah di permudahkan amin yarabbal alamin. 

Hari tiga puluh tiga. 2/12/14

 Harini saya perlu selesaikan Aset lagi.. Kerja aset ini perlu seorang sabar dan penelitian.. Saya ditugaskan untuk membuat nota minta kepada sebuah Syarikat.. Harini saya merayu kat Puan Zureen nak pergi bertugas kat Hari OKU kat Seremban tapi puan tak kasi saya nak pergi sebab kerja Aset tak siap ermm.. Tapi bila dah petang Puan Zureen suruh bertugas kat Hari OKU Seremban jyeahhh.. Excited gilaa..  


Hari tiga puluh empat. 3/12/14

 Harini saya buat tugasan luar yeaahhh.. harini excited.. ni kali kedua buat event kat luar.. Event saya kalini mengenai Sambutan Hari OKU Kebangsaan Seremban.. Datang kawan kawan.. Saya ditugaskan untuk menyeru orang ramai mengisi borang aduan tentang Kementerian dan saya akan bagi baju kepada OKU dan buku kepada yang mengisi borang aduan tersebut. And perkara aku paling suka bila orang isi borong letak dalam beg supaya tak hilang . Kadang kadang hati ni sedih sebab aku sempurna kenapa aku tak bersyukur dan baru aku sedar ramai rupanya OKU di dunia.. Inilah pendedahan yang aku dapat lihat. Ini pengalaman best bagi aku kerana aku suka kepada pendedahan tentang masyarakat kat luar..  



Hari tiga puluh lima. 4/12/14

Harini saya ditugaskan untuk call ashraf dari publisher majalah OME!! and my next task call NSTP minta semua keratan akhbar.. Kerja saya buat Kew Pa dan selesaikan dalam Sistem Pengurusan aset.. Turun bkp selesaikan.. Ya Allah permudahkanlah kerja .. 


Hari tiga puluh enam. 5/12/14 Harini aku kene bagi nana banting stand tu sebab audit ni datang megejut gejut. kecut perut jugak aku ni sebab Kew Pa tak siap.. hari hari kerja aku call dorang  kak nani , danial n kak ummi. penat jugak turun bkp..  Harini orang dari Malaysia Online nak sign LO nd aku lupa nak ingatkan suruh bawak cop.. apelah ainie ni suka buat orang macam ni.. Harini jumpa kak zarina nak settlekan pasal LO macam biasa aku pon tak paham kenapa syarikat penerbitan susah sanggat nak bagi keratan akhbar.. Lepas bagi keratan akhbar senang nak buat payment.. adoii.. Harini balik lambat sikit sebab nak settlekan kew pa kat kak nani...



Minggu Kelapan


Hari tiga puluh tujuh. 8/12/14

 Minggu lepas bos ada bagi email sebab ada meeting tapi harini cancel.. yeaayyy!  Harini saya print kerja saya untuk letak kat buku log, pastu nak betulkan Surat penamatan , surat claim duit tu.. rugi tak buat..  Kemas fail permohonan cuti takut minggu ni audit datang office.. Harini saya sakit perut dan tak larat bagi saya so saya kerja setengah hari jee.. Niat tak nak ponteng tapi sakit perut memang kene balik..


Hari ke tiga puluh lapan. 9/12/14

 Harini memang buat kerja last minit.. kerja Kew Pa ni susah betul nak settle kan?? Bagi aku pun tak paham .. Harini kene kene hantar Media monitoring , media sosial semua kat dasar pastu kak ida , shakirin , Kak Rose n me serabut betul siap terjatuh kertas yang nak buat meeting untuk esok.. Kerja ni memang best bagi aku.. Kelambut tapi akhirnya siap jyeahh hebat kawan kawan office saya ni J Lega!   


Hari ke tiga puluh sembilan. 10/12/14

 Harini saya print Kasih rakyat punya insurans nak bagi waktu Majlis Dinner.. Harini saya habis habisan settlekan KEW PA 3 dan sticker.. Semua ni adalah Aset Kerajaan. Dalam masa yang sama saya ditugasan untuk handle penukaran penempatan bagi Sistem Pengurusan Aset. Harini jugak saya settlekan fail meja bagi semua pegawai and sambilan.. Habis jee semua tu, turun bkp amik semua yang dia print KEW PA 7 tinggal susun kad KEW PA 3 and then mintak sign semua orang and tampal kat setiap meja.. Harini saya balik lewat sikit sebab nak settle kan KEW PA ni.. Alhamdulillah settle jugak J Thank you Allah.. Harini hujan lebat waktu saya balik dari kerja..


Hari ke empat puluh. 11/12/14

 Hari khamis harini ada meeting aduan! Meeting ni yang handle ialah Kak Ezza dan Kak Yaya.. Dorang ni memang hebat terima aduan dan siap ada slide lagi.. Respect kat dorang! Harini Puan suruh call Media Prima mengenai LO tapi sayangya harini Selangor cuti so kerja ni post pon esok hehehe.. Call Borneo Pos dengan Utusan sebab nak keratan akhbar yang ada iklan.  Waktu lunch Kak Ida belanja Kek Tiramisu kat saya sedap tau kek tu.. Thank You Kak Ida..  Makanan dalam meeting banyak so Kak Ros , Kak Ida , Kak Ezza n Kak Yaya sambut my last day praktikal sebab semua akak ni cuti esok.. So sambut majlis perpisahan harini.. Seronok sanggat parti makan nasi lemak ayam pastu semua akak ni beli kek yang sedap kat saya .. Dalam hati ni sedih jee.. Kenapa masa berlalu dengan pantas.. Harini jugak saya mintak Puan tanda tanggan buku report.. hehehe..  



Hari ke empat puluh satu. 12/12/14

Hari Jumaat bersamaan dengan 12 Disember 2014 .  Harini bagi saya sayu lah hati rase sebak sebab harini hari terakhir aku kat Kementerian.. Harini nak settlekan pergi amik laporan kehadiran kat Bkp. Harini last kerja saya hantar LO kat kewangan kat zarina and saya bagitau kat dia harini last day.. sebak  rasenya :'( . Before turun jumpa Kak Zarina ainie pergi bilik Puan sebab nak cop dengan laporan kehadiran.. waktu tu ada boss besar En Kam and dia tanya "you must go to dinner" and  I said "InsyAllah i datang" ..  Waktu lunch selalunya aku balik rumah tapi Kak Su kata dia kata dia nak belanja..woww  syukur Alhamdulillah.. Waktu lunch pukul 11. 45 kitaorng pergi Lunch kat  IOI Mall Putrajaya.. First time makan Dip n Dip.. Wooww tempat yang selalu tgk jee kawan kawan kat instagram pergi makan akhirnya orang belanja ,, happy gila. Thank You Kak Su , Puan Zureen , Karen , Kak Fatin n Syakirin.. Coklat Dip n Dip sedap gilee .. Lepas makan Dip n Dip Karen and  Puan Zureen belanja makan steamboat Johnnys pulak.. bertuah pulak rezeki saya harini.. Seronok betul saya harini dalam hati ni sebak rase sbb harini last :'( . Balik Office buat kerja and then settlekan semua kerja kerja office.. kerja  kerja dah pukul 5 petang nak balik dah ni.. sayunya hati saya salam Kak su , Karen "Keep in touch"  , Kak yam , Tuan Haji , Kamal , En Budee "good luck" , Puan Zureen dalam bilik Pn ada Ben air mata dah bertakung dah waktu tu menitik air mata.. waktu tu memang sedih.. Ben n Puan Zureen ckp "good luck!" memang sayu~~ ini jee yang dapat aku tulis sebab memang sedih :"(   . Terma kasih kpwkm beri pengalaman yang penuh bermakna bagi aku.. Malam ayah dengan mama belanja Kenny Roger’s kat Alamanda sempena Happy Birthday Advance adik aku Aisah! Haziq pon ikut hahahaa last jumpa Haziq. Saya rase bertuah betul harini semua belanja sedap sedap kat saya InsyaAllah suatu hari nanti saya nak belanja semua orang :’)


Hari ke empat puluh dua.  13/12/14

 Hari Sabtu Dinner Kat Hotel Majestic KL, woww ni harini last aku jumpa officemates! Harini saya ditugaskan untuk bagi hadiah kepada orang yang menang lucky draw.. hahahaha XD Hadiah semua hebat hebat.. Harini selfie dengan semua staff ada jugak terlepas pandang... tapi Dinner ni best sanggat bagi saya.. banyak jugak photoboth yang saya buat.. Officemates buat persembahan hebat gilaa and tak sangka dorang memang berbakat En Kam , Fatin , Ben jadi emcee  , Shakirin menari and kak aida buat persembahan.. Dorang memang sporting gila bagi saya.. Semua pengalaman ini hebat bagi saya, sebab ini pengalaman pertama saya bekerja dan sanggat indah bagi saya.. Semoga pada masa hadapan saya dapat tempuhi alam pekerjaan amin yarabbal alamin. Lot’s of Love <3<3<3

Kepada Semua Pembaca Doakkan Kejaayaan Saya :’)


No comments:

Post a Comment