Monday, 27 April 2015

The Journey (13) Kenangan berharga bersama kawan kawan

KENANGAN KAMI <3



Assamualaikum semua, ini kisah gembira, sedih, sebak dan sebagainya sebagai seorang manusia Allah dah tentukan perpisahan tu memang akan datang dalam hidup kita ini. Ya Allah sekejap betul 3 tahun aku di Melaka, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. Disini aku dapat mengetahui situasi hidup seseorang manusia selama ini kita hidup dengan Keluarga kita so kita tak tahu pun pengalaman orang yang bukan senang. Disini memupuk nilai aku untuk menghargai nilai duit! Kerana duit amat berharga bagi student macam kita ini. Tade duit makan pon tak boleh tau..  Apa pon yang terjadi ini adalah pengalaman yang amat emas aku dapat rasai bersama - sama rakan seperjuangan aku selama 3 tahun aku di Melaka. Kes gadoh assignment selalu terjadi kat Kelas aku ni.. Kitaorang tak pernah gado pasal lain melainkan assignment.. Sebab semua dalam kelas aku semua ada bakat dan pandai!! Tapi bila ingat balik pekara itu membuatkan aku menjadi dewasa dan matang dalam menangani masalah.

Last pergi Lawatan :'( 



Isnin 20/4/2015 adalah last paper Undang-undang perniagaan bagi aku dan rakan-rakan kelas ku untuk bersama dalam dewan exam lepas ini sudah membawa haluan masing-masing mengejar cita-cita mereka. Dalam hati aku rase sebak sanggat sebab lepas ini kami takkan bersama-sama membuat assignment group walaupon tak sefahaman.. Habis jawab exam kitaorang nak pergi makan kat Sinar Malam tempat favourite kitaorang sambil tengok adegan yang hebat dalam drama Hati Perempuan sebab tv kat rumah dah bawak balik. Petang ini jugak Encik Wahid bagi name list yang kene presentation untuk LI (praktikal) esok.. Nama aku tersellit kat group nombor 2..




Welfie!!! 

Slide dah siap cuma nak betulkan sikit and nak print esok!  hahaaha malam ini guna laptop shima tgk movie Final Destinations seramm wehh.. Ini adalah malam last aku rase kitaorang marathon tengok movie sampai aku terlelap hehehe ZZzzzzZZZ...




Welfie!!!


Selasa 21/4/2015 presentation tu start petang dalam 2.30ptg. So pagi ini sempat nak print semua slide yang aku dah buat ini.. Aku, Alyn, Sasa and Intan mulanya kitaorang nak print kat (API) tapi tukar tempat print kat Double A! Double A ini memang cekik darah :( lepas kitaorang print semua slide tu kitaorang pergi makan tengahari kat Kedai Asam Pedas kat Pengkalan Balak dengan angin sempoi-sempoi bahasa~~~ indahnya tapi aku sakit perut gileerr :(  Selera makan waktu ini macam dah tade aku nak makan mungkin ini last aku lunch dengan kawan kawan aku :'(

Waktu ini tunggu artis #DramaSangat






Sebak mengenangkan semua ini.  Lepas lunch kitaorang gerak pergi basuh kereta jap waktu tu dah pukul 12.55tghari lagi berape minit jee nak present kecut perut weh.. Habis basuh kereta mindset aku dah set nak pergi Kuim pastu Alyn cakap "ainie jangan laju sanggat" nasib baik aku tak terus masuk pintu gerbang Kuim waktu tu hehehe XD sebab asyik fikir nak present hahah tukar baju kurung pon belum lagi waktu tu.. hahahah XD  Okayy semua solat, pastu siap-siap nak pergi Kolej nak presentation pasal (LI). 

Excited tunggu Artis Hati Perempuan





Dengan langkah bismilahirohmanirohim kitaorang berempat pergi Ke Kolej Universti Islam Melaka (KUIM) buat kali terakhir untuk semester 6 ini.  Kawan aku yang lain Husna, Ira dan Shiema mereka semua presentation esk. Ini merupakan kali terakhir aku presentation disini, Pelbagai pengalaman aku cerita waktu presentation mengenai (LI) Alhamdulillah semua soalan yang diajukan aku dapat jawab dengan lancar.  Sebelum presentation tu aku dah bagi buku buku yang Kementerian bagi kat aku suruh bagi kat lecture, semoga berguna lah buku itu di masa hadapan. Group 2, presentation dulu syasya, alyn, aku dan sasa. Pelbagai pengalaman yang aku dengar dan dapat boleh menjadi ikhtibar bagi aku. Habis presentation kami group 2 bergambar dengan lecture buat kali terakhir :"( Kami akan ingat jasa-jasa mereka mengajar aku disini selama 3 tahun. Keluar dari blok bestari awan dah gelap itu tanda nak hujan dengan lebat. Sebelum pulang inilah perkara manis aku, sasa, alyn dan intan melambaikan tanggan terakhir untuk kawan aku syasya yang bakal pulang Penang esk.. Sebak pulak rasenya sebab banyak kenangan sekelas yang kitaorang cipta.. Wish All The Best!.



Gambar Kelas tapi ini tak cukup :'( 


Balik dari presentation kitaorang balik rumah sewa dan cerita kat kawan kawan rumah kitaorang, korang esok kene buat preparation yang terbaik! Makan malam terakhir bersama kawan-kawan :'(kitaorang nak pergi Sinar Malam tapi tutup! semua kedai makanan sedap tutup. Ada tujuan nak makan ini, satu nak dinner last bersama kawan kawan dan satu lagi tengok drama Hati Perempuan :'( Dalam hati ini memang sebak :"( tapi aku buat buat happy nyanyi - nyanyi lagu sedih waktu makan.. Makan malam tu pon tak habis macam selalu licin aku makan :"( Sebab sedih :'(  Selfie-selfie without make-up haahah XD Okayy balik dari makan malam kitaorang bertujuh kemas rumah kasi licin dan bersih. Rumah tu jadi kosong macam sedia kala kitaorang sewa dulu sebab barang barang dah nak bawak balik. :( Habis kemas rumah kitaorang relax-relax aku pon Call lah Rumah Putrajaya, aku nak bagitahu esok aku nak balik dah.. Waktu aku call dorang pasang lagu sedih mak ayah aku cakap amik semua nombor phone kawan ko tu.. waktu tu aku sebak sanggat :'( Habis call aku minta maaf kat Ira, Alyn, Husna, Intan, Sasa dan Shiema :'''''''( Perpisahan yang harus kita teruskan perjalanan masing masing sebagai seorang manusia :"(  Barang aku semua dah packing malam ini kene tido awal. Malam last aku tido bersama kawan kawan seperjuangan selama 3 tahun aku di Melaka. 




Kami bertujuh :'( 

Rabu 22/4/2015
Malam terakhirku pada pukul 3 pagi hujan berdentum dengan kuat sekali. Aku rasa, adakah ini adalah satu mainan tido untuk perpisahan bersama kawan kawan di Melaka ? Sebak hati ini mengenangkan pelbagai dugaan dan pengalaman yang kitaorang cipta bersama :"(   Aku bangun pagi dan tunggu giliran untuk mandi ini adalah terakhir mandi kene  beratur-beratur heeheh :"( Waktu nak pergi 7E last jumpa orang yang aku minat jeee tak lebih dari tu okayy.. Pergi 7E nak beli gula - gula dan roti itu terakhir aku pergi beli barang-barang kat Kuala bersama Alyn :"( Pagi ini mendung jee sayup-sayup cuaca di Kuala Sungai Baru sedih pulak nak tinggalkan kenangan disini.. Kawan aku Husna, Ira, dan Shiema hari presentation (LI) dorang good luck korang! Aku pon masukkanlah barang barang semua dalam kereta, habis masukkan barang aku pon siap nak balik Putrajaya. Lepas ni takleh lagi nak buat gosip dengan jiran depan , tepi , belakang dan semua.
Capture moment sebelum masuk kelas Csc 



Terima kasih jiran lelaki sebaris rumah kitaorang sebab selalu bagi pertolongan dalam kecemasan  tersumbat, tombol rosak dan sebagainya.. terima kasih.  Dalam haati aku sebak sanggat berlenang air mata aku tgk kawan aku alyn, intan dan sasa waktu tu dorang kat rumah :"( Waktu nak balik dorang tengok aku dari pintu :'( sebak sayu hati ini nak tinggalkan kawan kawan :"(((



Terima Kasih KUIM 


Terima kasih kerana menjadi sahabat ainie selama 3 tahun di Melaka ini, Terima kasih kerana selalu mendegar cerita-cerita merepek yang ainie selalu cerita dan membuatkan korang rase oooo yekee.. Terima Kasih kerana jadi peneman ainie selama 3 tahun ini, Terima Kasih kerana banyak membantu ainie dalam buat Assignment, Terima Kasih kerana banyak menegur dalam membuat kesilapan, Terima Kasih kerana korang selalu buat aku selalu tersenyum dalam kesdihan.. Terima Kasih atas segala-galanya :"( Terima kasih semua membuatkan aku menjadi orang yang kuat sebenarnya aku bukanlah kuat, korang adalah kekuatan aku selama 3 tahun ini :"( Terima kasih kawan kawan yang pernah tegur aku selama 3 tahun, Terima Kasih Lecture mengajar aku, Terima Kasih makcik/pakcik guard. Terima Kasih Semua yang pernah hadir dalam hidup aku dalam 3 Tahun ini. Terima Kasih Kedai Kak Long bg diskaun makanan, Terima Kasih Kuala Sungai Baru. Terima Kasih yang pernah jadi Crush aku selama 3 tahun hahah, Terima Kasih Semuaaa... Semua memori ini akan menjadi kenangan manis aku dalam hidup remaja aku ini.  Sekian dari saya Assalamualaikum. 








Sunday, 26 April 2015

The Journey (12) KENANGGAN KAMI BERTUJUH :)

SAYA DAN KAWAN - KAWAN SAYA <3





Assalamualaikum semua.. Okayy lama tak update blog.. sekarang saya flash back pengalaman saya dengan sahabat saya... Alhamdulillah .. Berjaya saya dan rakan - rakan saya menamatkan Latihan Industri (Praktikal selama lapan minggu 12/12/2014. Rase sebak lepas habis praktikal ni.. rindu nak jadi orang bekerjaya macam orang dalam office.. I hope One Day I boleh jadi macam dorang InsyaAllah..
So minggu pertama kat Kolej! Selamat kembali Ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ini merupakan last semester aku.. Ya Allah sekejapnya dah 3 tahun aku belajar di Melaka.. Minggu pertama amik results sem 5 uhuk..uhuk.. Alhamdulillah results sem 5 saya dapat 3 pointer ke atas.. Thankyou everyone yang mendoakkan kejayaan saya.. Saya harap semoga yang mendoakkan saya mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Balik dari amik results kitaorang bincang kita nak bercuti kemana yeaa kawan - kawan.. heheheh XD.  Macam macam cadangan Langkawi, Johor,  Singapore, Pulau - Pulau dan macam - macam lah. Susah jugak yea nak search pasal bercuti ini, first kene fikir berapa hari nak pergi ? Kereta sewa ? Hotel apa ?dan macam-macam lagilah..

Perjalanan ini dah lama bincang sejak Sem 5 waktu mula-mula indah rumah sewa lagi. Kitaorang nak buat trip bercuti. Sebelum praktikal kitaorang ada buat perjanjian dan semua tanda tanggan kat kertas dan kitaorang tampal kertas perjanjian tepi TV hahaha XD. Sejak belajar Law SEM 6  banyak Akta dan Seksyen yang perlu kitaorang ingat so macam ada berkaitlah dengan surat perjanjian kitaorang buat sem lepas ..hahahah XD .Dengan Kuasa Allah semua perjalanan kitaorang rancang berjaya Allamdulillah.. Thankyou Allah. Rancangannya mula-mula nak pergi Legoland, tapi kos nak pergi Legoland tinggi sanggat.. So kitaorang 7 orang decide nak pergi Sunway Lagoon. Ronda satu KL! Pastu kitaorang rancang pergi Sunway Lagoon - IKEA - Danau Kota - Shah Alam I-City - Laman Seni -  Times Square - Kampung Baru (MAKAN -MAKAN) -  Jalan Tar - Masjid India - Melaka!. Banyak rancangan kitaorang . Sebelum nak pergi becuti banyak preparation yang kitaorang buat macam kereta sewa itu penting! Hotel nanti sampai Shah Alam baru kitaorang cari. So sehari sebelum itu kitaorang rancang kene bangun awal sebab nak amik kereta sewa kat Uitm Lendu.

Hari Pertama  9/1/2015
Bismillahirohmanirohim. bermula lah cerita Kitaorang 7 bercuti! Ceritanya jeng..jeng... Pukul 5.30 pagi semua dah bangun gosok baju, tudung dan sebagainya. Barang semua dah packing nak bawak. 5.30 bangun mandi, solat subuh dan siap! Aku, Husna dan Ira pergi amik kereta sewa kat Lendu dalam pukul 7.00 pagi. Kitaorang sewa kereta Alza bermulah perjanjian dengan tuan punya kereta sewa tu, Kereta Alza baru warna putih. Tahutak Alza tu dia bagi 0 minyak! Oh tidaaakk.. bekelip kelip pulak tu. So aku dengan husna kene bukak tingkap . So husna terus drive pergi Pertonas Masjid Tanah isi minyak RM 70.00 Full tank okayy!! 

Dari Petronas terus ke Rumah Sewa amik kawan - kawan yang sedang menunggu kitaorang.. Dorang semua dah get ready yooo! Singgah jap 7E top up Touch & Go! Bismillahirohmanirohim bermulalah perjalan kitaorang 7 orang bercuti jyeaaahh!! Kitaorang lalu highway pedas and then stop kat Seremban makan pagi ! huhuu.. Nasi Lemak + Ayngam gore! habis jee makan kitaorang teruskan perjalanan ke Sunway Lagoon!  Nak cari Sunway ni sesat sikit sebab pusing-pusing salah simpang hehehe KL byk flyover.. Akhirnya jumpa pon Sunway Lagoon cari parking time psuing-pusing jumpa parking.. Parking dah jumpa excitednya nak mandi Aaaaaaaaa....

Terus beratur beli tiket nak masuk Sunway Lagoon! RM 90! Ape lagi selfie!! selfie!! Okayy!! Loker kat Sunway mahal doooo! ;( Mahal ker tidak tetap kene beli huhuhu!! Time untuk mandi jyeaaaahh!!! Kat Sunway Lagoon ini paling best Vuvuzella! macam nak tercampak naik benda ini, jantung boleh terkeluar, naik tangga tinggi-tinggi pastu turun woooow!! Semua games best gile kat sunway ini. Banyak extreme games.. Dah berjam jam mandi siap-siap  tukar baju naik atas Jambatan Sunway Lagoon Selfie!! selfie!!heheheh XD . Dah mandi-mandi lapar pulak kan ermm :( Masuk Jusco cari makanan roti-roti makan pizza dan fresh orange nikmat gilee.. Alhamdulillah kenyang...

Okayy Next trip IKEA nak makan meatballs sedap sedap jee tengok orang makan kat instagram so kitaorang nak mencuba heheheh XD Meatball nyummy.. Keluar dari Sunway jalan jemmm aduhhh sebab time tu orang balik kerja :"( 1 jam setengah kat jalan raya bazir masa :'( Okayy sampai terus parking kat Curve n jalan kaki sikit pergi IKEA jyeaahh.. Sampai IKEA kene tunggu  turn orang lain habis makan and baru dapat duduk makan :'(  Sedapnyaa meatballs indahnya perutku malam ni... hehehe XD Dah habis makan pergi Danau Kota pulak!! Shopping timeeee.. Shopping!! shopping!! Jalan-jalan Danau Kota ape yang boleh saya gambarkan banyak barang murah !! OMG!! semua dah tak bertenaga dan penat  :( Misi untuk mencari Hotel!! Shah Alam here we goooooo.... vrommm... vroomm.. dalam perjalanan nak pergi Shah Alam search hotel murah kat Shah Alam dapat jugak heheheh XD hotel tu area kedai makan Jovian Mandagie.. semua kepenatan dan tido ZzzzZZZzzzzz.. 

Hari Kedua 10 /1/2015
Semua bangun dalam pukul 7.00 pagi kaki semua penat.. hehehe XD bangun gosok baju, sape bangun dulu mandi dulu  and get ready siap siap nak pergi next trip pulak..  I'm at Shah Alam Peaaaceeeee YAWWW..  Kitaorang check out! Masa untuk mencari breakfast!! Breakfast with friends kitaorang breakfast kat Kedai mamak!! Anee Roti Canai satu dan Teh o ais  satu.. Makan-makan borak punya borak dah pukul 10.30pagi.. Selesai jee makan kitaorang nak cari dimanakah Laman Seni?? biaselah kitaorang ni bukan orang Shah Alam so tak tahu sanggat pasal Shah Alam ni ermm :( Dalam google maps cakap Laman Seni kat Seksyen 7 so kitaorang ni pandukan Google Maps and Waze tu jelaahh.. agak sesat jugak rupanya laman seni kat lorong rupanya hahahaha XD Cari parking turun terus selfie!! selfie!!! Dah puas selfie kat Laman seni kitaorang gerak pergi Kuala Lumpur!! KL!! Okayy KL dipagi sabtu ape lagi jemmmm jelah bazir mase ermm ;( 

Next TS (Times Square) shopping!! shopping timeee.. Pusing satu TS nak cari baju and the last dapat pon baju ala ala jovian mandagie!! Jovian lah sanggat.. Corak kotak - kotak.. Pusing satu TS penat lah pulak rehat jap kat Auntie Ann beli roti nikmat.. Dah berjam jam shopping kat TS ..  Kitaorang nak tuju kedai online Shop yang tipu kat Wangsa Maju.. hahha XD 

Perut semakin lapar masa untuk dituju adalah Kampung Baru sebenarnya kitaorang ni random jee nak pergi makan tade arah tuju pon.. main pergi jee asalkan makanan itu halal .. hahaha XD Sampai kedai makan kat Kampung Baru ala-ala Kelantan Siam mungkin saya order Nasi Putih + Tom Yam + Telur Dada + Air Fresh Orange = Alhamdullilah makanan sedap ! <3 <3<3  Perut kenyang hati pon senang heheheheeh :) . Habis makan ingat nak cari rumah biru yang famous tu tapi tak jumpa :( 

Next trip pergi Jalan Tar dan Masjid India Shopping lagiiiii... Tujuan nak pergi Jalan Tar and Masjid India ni nak cari tudung n bla bla..  Banyak sangat tudung cantik sampai tak tahulah nak pilih yang mana!! Penat jugaklah jalan Jln Tar dgn Masjid India. Semua nak balik sebab dah penat :'( 8.30 malam masa untuk pulang ke Melaka. Disebabkan minyak kitaorang penuh lagi so ktaorang masuk Tol Ayer Keroh hahahaaha XD penat gile gile pastu orang kereta sewa suruh tamatkan perjanjian sewa kereta sampai 12 tgh malam so kenelah tunggu :( .  Balik memang penat semua tido.. ZZZZzzzzzzZZZZ...

Pengalaman ini amat berharga kepada saya dan kawan-kawan saya, membuatkan saya tidak boleh melupakan saat saat manis ini.. This is the besssstttt moment with my frends <3<3<3 Picture semua ada kat instagram saya :) Sekian dari saya! Assalamualaikum :)