 |
KENANGAN KAMI <3 |
Assamualaikum semua, ini kisah gembira, sedih, sebak dan sebagainya sebagai seorang manusia Allah dah tentukan perpisahan tu memang akan datang dalam hidup kita ini. Ya Allah sekejap betul 3 tahun aku di Melaka, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. Disini aku dapat mengetahui situasi hidup seseorang manusia selama ini kita hidup dengan Keluarga kita so kita tak tahu pun pengalaman orang yang bukan senang. Disini memupuk nilai aku untuk menghargai nilai duit! Kerana duit amat berharga bagi student macam kita ini. Tade duit makan pon tak boleh tau.. Apa pon yang terjadi ini adalah pengalaman yang amat emas aku dapat rasai bersama - sama rakan seperjuangan aku selama 3 tahun aku di Melaka. Kes gadoh assignment selalu terjadi kat Kelas aku ni.. Kitaorang tak pernah gado pasal lain melainkan assignment.. Sebab semua dalam kelas aku semua ada bakat dan pandai!! Tapi bila ingat balik pekara itu membuatkan aku menjadi dewasa dan matang dalam menangani masalah.
 |
Last pergi Lawatan :'( |
Isnin 20/4/2015 adalah last paper Undang-undang perniagaan bagi aku dan rakan-rakan kelas ku untuk bersama dalam dewan exam lepas ini sudah membawa haluan masing-masing mengejar cita-cita mereka. Dalam hati aku rase sebak sanggat sebab lepas ini kami takkan bersama-sama membuat assignment group walaupon tak sefahaman.. Habis jawab exam kitaorang nak pergi makan kat Sinar Malam tempat favourite kitaorang sambil tengok adegan yang hebat dalam drama Hati Perempuan sebab tv kat rumah dah bawak balik. Petang ini jugak Encik Wahid bagi name list yang kene presentation untuk LI (praktikal) esok.. Nama aku tersellit kat group nombor 2..
 |
Welfie!!! |
Slide dah siap cuma nak betulkan sikit and nak print esok! hahaaha malam ini guna laptop shima tgk movie Final Destinations seramm wehh.. Ini adalah malam last aku rase kitaorang marathon tengok movie sampai aku terlelap hehehe ZZzzzzZZZ...
 |
Welfie!!! |
Selasa 21/4/2015 presentation tu start petang dalam 2.30ptg. So pagi ini sempat nak print semua slide yang aku dah buat ini.. Aku, Alyn, Sasa and Intan mulanya kitaorang nak print kat (API) tapi tukar tempat print kat Double A! Double A ini memang cekik darah :( lepas kitaorang print semua slide tu kitaorang pergi makan tengahari kat Kedai Asam Pedas kat Pengkalan Balak dengan angin sempoi-sempoi bahasa~~~ indahnya tapi aku sakit perut gileerr :( Selera makan waktu ini macam dah tade aku nak makan mungkin ini last aku lunch dengan kawan kawan aku :'(
 |
Waktu ini tunggu artis #DramaSangat |
Sebak mengenangkan semua ini. Lepas lunch kitaorang gerak pergi basuh kereta jap waktu tu dah pukul 12.55tghari lagi berape minit jee nak present kecut perut weh.. Habis basuh kereta mindset aku dah set nak pergi Kuim pastu Alyn cakap "ainie jangan laju sanggat" nasib baik aku tak terus masuk pintu gerbang Kuim waktu tu hehehe XD sebab asyik fikir nak present hahah tukar baju kurung pon belum lagi waktu tu.. hahahah XD Okayy semua solat, pastu siap-siap nak pergi Kolej nak presentation pasal (LI).
 |
Excited tunggu Artis Hati Perempuan |
Dengan langkah bismilahirohmanirohim kitaorang berempat pergi Ke Kolej Universti Islam Melaka (KUIM) buat kali terakhir untuk semester 6 ini. Kawan aku yang lain Husna, Ira dan Shiema mereka semua presentation esk. Ini merupakan kali terakhir aku presentation disini, Pelbagai pengalaman aku cerita waktu presentation mengenai (LI) Alhamdulillah semua soalan yang diajukan aku dapat jawab dengan lancar. Sebelum presentation tu aku dah bagi buku buku yang Kementerian bagi kat aku suruh bagi kat lecture, semoga berguna lah buku itu di masa hadapan. Group 2, presentation dulu syasya, alyn, aku dan sasa. Pelbagai pengalaman yang aku dengar dan dapat boleh menjadi ikhtibar bagi aku. Habis presentation kami group 2 bergambar dengan lecture buat kali terakhir :"( Kami akan ingat jasa-jasa mereka mengajar aku disini selama 3 tahun. Keluar dari blok bestari awan dah gelap itu tanda nak hujan dengan lebat. Sebelum pulang inilah perkara manis aku, sasa, alyn dan intan melambaikan tanggan terakhir untuk kawan aku syasya yang bakal pulang Penang esk.. Sebak pulak rasenya sebab banyak kenangan sekelas yang kitaorang cipta.. Wish All The Best!.
 |
Gambar Kelas tapi ini tak cukup :'( |
Balik dari presentation kitaorang balik rumah sewa dan cerita kat kawan kawan rumah kitaorang, korang esok kene buat preparation yang terbaik! Makan malam terakhir bersama kawan-kawan :'(kitaorang nak pergi Sinar Malam tapi tutup! semua kedai makanan sedap tutup. Ada tujuan nak makan ini, satu nak dinner last bersama kawan kawan dan satu lagi tengok drama Hati Perempuan :'( Dalam hati ini memang sebak :"( tapi aku buat buat happy nyanyi - nyanyi lagu sedih waktu makan.. Makan malam tu pon tak habis macam selalu licin aku makan :"( Sebab sedih :'( Selfie-selfie without make-up haahah XD Okayy balik dari makan malam kitaorang bertujuh kemas rumah kasi licin dan bersih. Rumah tu jadi kosong macam sedia kala kitaorang sewa dulu sebab barang barang dah nak bawak balik. :( Habis kemas rumah kitaorang relax-relax aku pon Call lah Rumah Putrajaya, aku nak bagitahu esok aku nak balik dah.. Waktu aku call dorang pasang lagu sedih mak ayah aku cakap amik semua nombor phone kawan ko tu.. waktu tu aku sebak sanggat :'( Habis call aku minta maaf kat Ira, Alyn, Husna, Intan, Sasa dan Shiema :'''''''( Perpisahan yang harus kita teruskan perjalanan masing masing sebagai seorang manusia :"( Barang aku semua dah packing malam ini kene tido awal. Malam last aku tido bersama kawan kawan seperjuangan selama 3 tahun aku di Melaka.
 |
Kami bertujuh :'( |
Rabu 22/4/2015
Malam terakhirku pada pukul 3 pagi hujan berdentum dengan kuat sekali. Aku rasa, adakah ini adalah satu mainan tido untuk perpisahan bersama kawan kawan di Melaka ? Sebak hati ini mengenangkan pelbagai dugaan dan pengalaman yang kitaorang cipta bersama :"( Aku bangun pagi dan tunggu giliran untuk mandi ini adalah terakhir mandi kene beratur-beratur heeheh :"( Waktu nak pergi 7E last jumpa orang yang aku minat jeee tak lebih dari tu okayy.. Pergi 7E nak beli gula - gula dan roti itu terakhir aku pergi beli barang-barang kat Kuala bersama Alyn :"( Pagi ini mendung jee sayup-sayup cuaca di Kuala Sungai Baru sedih pulak nak tinggalkan kenangan disini.. Kawan aku Husna, Ira, dan Shiema hari presentation (LI) dorang good luck korang! Aku pon masukkanlah barang barang semua dalam kereta, habis masukkan barang aku pon siap nak balik Putrajaya. Lepas ni takleh lagi nak buat gosip dengan jiran depan , tepi , belakang dan semua.
 |
Capture moment sebelum masuk kelas Csc |
Terima kasih jiran lelaki sebaris rumah kitaorang sebab selalu bagi pertolongan dalam kecemasan tersumbat, tombol rosak dan sebagainya.. terima kasih. Dalam haati aku sebak sanggat berlenang air mata aku tgk kawan aku alyn, intan dan sasa waktu tu dorang kat rumah :"( Waktu nak balik dorang tengok aku dari pintu :'( sebak sayu hati ini nak tinggalkan kawan kawan :"(((
 |
Terima Kasih KUIM |
Terima kasih kerana menjadi sahabat ainie selama 3 tahun di Melaka ini, Terima kasih kerana selalu mendegar cerita-cerita merepek yang ainie selalu cerita dan membuatkan korang rase oooo yekee.. Terima Kasih kerana jadi peneman ainie selama 3 tahun ini, Terima Kasih kerana banyak membantu ainie dalam buat Assignment, Terima Kasih kerana banyak menegur dalam membuat kesilapan, Terima Kasih kerana korang selalu buat aku selalu tersenyum dalam kesdihan.. Terima Kasih atas segala-galanya :"( Terima kasih semua membuatkan aku menjadi orang yang kuat sebenarnya aku bukanlah kuat, korang adalah kekuatan aku selama 3 tahun ini :"( Terima kasih kawan kawan yang pernah tegur aku selama 3 tahun, Terima Kasih Lecture mengajar aku, Terima Kasih makcik/pakcik guard. Terima Kasih Semua yang pernah hadir dalam hidup aku dalam 3 Tahun ini. Terima Kasih Kedai Kak Long bg diskaun makanan, Terima Kasih Kuala Sungai Baru. Terima Kasih yang pernah jadi Crush aku selama 3 tahun hahah, Terima Kasih Semuaaa... Semua memori ini akan menjadi kenangan manis aku dalam hidup remaja aku ini. Sekian dari saya Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment