Saturday, 19 March 2016

The Journey 17 (Situasi dalam Pekerjaan)

Assalamualaikum semua, Blog kali ini saya nak ceritakan tentang situasi dalam pekerjaan ?? tingg! tingg!. Alhamdulillah selama 8 bulan dah bekerja, macam-macam situasi yang aku dapat selami perangai individu  dalam pekerjaan. Aku ini pekerja biasa jee bukan Pegawai. Sekarang nak dapat kerja susah walaupun ada Degree. Aku bersyukur, yang aku sekarang dah bekerja. Target aku Tahun 2014 (Disember) ialah nak jadi 'Pegawai' dalam 10 tahun akan datang iaitu Umur aku dalam 30 tahun. Waktu tahun 2014 itu, aku dalam praktikal banyak benda yang aku baru tahu dalam pekerjaan sekarang aku nak atur langkah untuk menjadi Pegawai insyaAllah harap siapa yang baca doakaanlah yea saya berjaya! FIGHTING!! Chaiyokk!! Chaiyokk Ainie Jasmin :) . 



Tugas aku dalam pekerjaan ialah mendengar keluhan dari Trouble Ticket melalui Call Center, kerja aku ini back office kene kejar Pegawai untuk Kes yang Urgent. Ermm kadang kadang sedih gak.. Ada jugak Pegawai yang....... yela sikap manusia manelah kita tahu. Tapi aku tetap jalankan tugas aku seperti biasa. Ada juga Pegawai yang baik yang boleh memberi respon yang bagus membuatkan kita senang untuk bekerjasama. Setiap pekerjaan yang Allah beri sebab kita boleh harungi. Aku sematkan dalam hidup. Aku rase sedih bila orang cakap "runner" bukan ape, Aku manusia ada jugak perasaan. Aku tabah dalam mengharungi pekerjaan seperti ini. Disebabkan satu fail pending... semua jadi pending....  Aku harap seorang pekerja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas untuk mencapai target bukan melayari Youtube sewaktu bekerja dan lain-lain. Jika nak layari Youtube or Whatever bukalah waktu lunch atau awal pagi sebelum pukul 8.00 pagi. Dan janglah hadap handphone memang takla kerja bole siap. Sikap seorang Pegawai janganlah bersikap sombong, sila beri respon yang baik.  Bak kata perpatah Hendak seribu daya, Tak nak seribu dalih. dan pelbagai alasan yang boleh diberikan hahahhaah XD 






Waktu belajar diploma, ada belajar subjek (OB) iaitu Oraganizational Behavior dan barulah aku tahu betapa penting subjek yang aku belajar waktu Diploma rupanya inilah situasi sebenar. Thankyou my Lecture! Dan sekarang inilah yang aku hadapi. Sebagai contoh Jika bahagian operasi lambat untuk memproses boleh mengakibatkan tindakan luar jangkaan dari Pengguna.

Apa yang kita belajar sewaktu Universiti merupakan Aset yang penting dalam menggubah Malaysia menjadi Negara yang maju. Paling penting jangan putus semangat dan sering bekerjasama dan toleransi membuatkan kita maju kehadapan. 




Cerita ini, untuk membuka minda para Mahasiswa/Mahasiswi yang baru memulakan pekerjaan. Kepada yang Mahasiswa/Mahasiswi yang baru nak start Praktikal Good luck and All the best! 

Thankyou Allah :)

No comments:

Post a Comment