Wednesday, 28 May 2014

The Journey (3)



assalamualaikum. saya harap awak sihat dekat sana final awak pon nak dekat kan cuti sem saya pulak makin nak habis ermm sedih jugak kadang kadang bila ingatkan cuti sem bakal berakhir.. sem depan aku dah masuk sem 5 dan bila pok cik, mok cik , uncle, auntie , tok aki , tok wan , jiran blok , orang dalam lif , orang keliling akan tanya " DAH TAHUN BERAPE BELAJAR"? Aku : Tahun 3 dengan senyuman yang amat menenangkan :) bila ingat ingatkan balik sungguh cepat masa berlalu seperti anak pokok menjadi pokok yang besar dan tinggi. Dalam hati aku cakap aku dah tahun 3 lepas ni ? ape yang aku harus lakukan meneruskan belajar keperingkat degree atau aku harus mencari kerja ? bila orang tanya aku nak kerja ape ? dalam diri aku binggung tak tahu kenape ? kalo masa ni bole di hentikan pasti aku hentikan kerana aku rase takut ape yang terjadi di masa hadapan aku ? Kadang kadang rasa sedih bila mengenangkan masa mula mula aku baru nak masuk kolej aku rase rimas sangat macam macam kena buat medical check up larh , isi borang  macam macam pasal peribadi dan aku dah lali buat benda tu waktu habis SPM. lepastu kene prepare semua barang nak masuk kolej itu satu hal sebab macam macam aku nak beli .. yela kan sebab first time nak hidup berdirikari. aku tak pernah pon berjauhan dari keluarga aku. bila tarikh dan waktunya tiba dalam hati hati aku rase berdebar jantung berdegup laju. kerana kat sini aku hidup sendirian tanpa di tememani suasana yang orang yang suka kacau aku "adik aku". sudah habis sesi pendaftaran keluarga aku bakal meninggalkan aku disini dengan kawan kawan yang baru.. sebelum itu banyak pesanan dari mama dan ayah bagi kat aku. sayup sayup kereta hilang dari penglihatan aku. Mula mula memang kaku bila nak berkawan dengan orang. Permulaan di tempat baru mestilah sesi Orientasi macam biase sesi perkenalan. macam macam orang jugak lah aku kenal orang Melaka, Johor, KL,Penang,N9, Kedah, Singapore. Semua muka waktu sedih jee samalah kan perasaan bila berjauhan dengan keluarga aku pon sedih jugak tapi tabahkan dalam hati semua ni ni datang nak sambung diploma kerana Allah . bila ingat ingatkan memang kejap tapi ape kan daya hari berganti hari , tahun berganti tahun takkan kita tak nakkan perubahan dalam hidup kan. dunia pun dah maju dan macam macam orang aku kenal dalam hidup aku . Biaselah waktu zaman belajar ni lah paling best memang seronok tapi jangan pulak lupa buat assignment dengan presentation lepas habis buat semua tu kene strunggle pasal quiz mengejut mengejut hahaha, mid term , final yang paling mendebarkan bagi aku sebab macam kejap jeee pergi kuliah balik kuliah lepastu final. bila amik result kecut perut kot. aku selalu mengigil kot depan fakulti bila nak amik result hahaha nervous katekan haaha.. bila nak buka result tu selalunya kawan aku yang bukakkan sebab kalo aku bukak nanti koyak pulak nanti. bila dikenangkan memang banyak jugak kenangan manis bersama kawan kawan tapi ade juga pahitnya tak semuaaa dalam hidup bahagia jee kan. biaselah adat berkawan ade pasang surut ikut mood manusia kadang okayy happy "chill" jee.. kadang sedih jugaklah. Tapi bila orang bagi nasihat kita terima dan kita perbaiki diri kita. kalo orang tu benci gila kat kita kita doa jee pada Allah jauhkanlah matanya dari melihat diri aku ni. selalu aku terapkan dalam hidup. benda dah lepas maafkan jelah mungkin dah tak dapat nak cerita kenape ? biarkan jadi sejarah dalam hidup. Mungkin ini semua hikmah Allah bagi untuk kita jadi lebih dewasa di alam pekerjaan , perkahwinan, di alam tua nanti. dan Awak menjadi inspirasi saya dalam menulis blog. setiap ape yang saya lakukan pasti saya teringat kat awak tak tahu kenape ? insyaAllah persahabatan kita sampai bila bila dan awak janganlah sedih sedih okayy happy jee.. past time and  memories as we know will never fade away from our mind unless we loss our memories if accident happen but i hope not.. All these memories still in my mind and never fade away. whatever happen you  must be strong  and insyaAllah i will be strong too awak :")  i miss you all <3 assalamualaikum awak semua :") 

Thursday, 22 May 2014

The Journey (2)



Assalamualaikum hyee awak :") saya harap semua sihat jyeaaahh.. Saya sebenarnya baru jee habis tengok cerita fajar aiman .. cerita itu best sanggat kisah kasih sayang yang cukup hebat. Seperti menantang minyak yang penuh... kalo korang nak tahu aku suka tengok muka aiman a.k.a syarul ridzwan hero dalam cerita ni :") aku tak tahu kenape aku suka tengok muka dia hahaha nak tahu sebab ape sabab muka dia macam hero terkenal Adam Mukhriz dalam cerita adam dan hawa. Sekali pandang muka Syarul Ridzwan macam muka Aaron Aziz susah nak tengok muka macam kembar ni kan..

 

korang pernah kan tengok aku post gambar ni kat instagram.. tapi aku edit ade kucing kat tepi tepi tu dengan caption : Currently in Love ♥♥♥♥♥ "handsome kan"  ?? Mesti crush aku frust *gelak besar hahaha XD  .. first sekali tengok dia berlakon waktu dia dengan emma maembong waktu tu ingat aaron aziz rupanya Syarul ridzwan ... banyak kali pandang muka ni macam muka crush aku hahaha .. just kidding tapi ade sikit ahh sebab bentuk muka maybe.. hahaha XD Crush aku rupanya dia dah couple . nothing to say about this sebab bila aku crush dengan someone itu berape minggu lepas tu aku tengok dia dah couple kadang kadang aku malas lah nak crush .. crush ni.. hehehe cerita dah merepek so and of this pasal addicted to her face hahaha... tade kene mengena dengan sesiapa but this

"Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile"  

Assalamualaikum chill :")




Monday, 19 May 2014

Melaka River Cruise

           Melaka River Cruise




Assalamualaikum awak awak semua rindu kat korang :") tak sangka ramai jugak yang buka blog ni walaupon tade lah seindah manapon blog aku ni.. hehehehee.. hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada anda dan keluarga menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, Kincir Air , Kubu Persisir Sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. 





Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan "Muzium Hidup" sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini. Melaka River Cruise pada waktu malam di buai angin sepoi - sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda berbulan madu.



Tips

Waktu terbaik menaiki Melaka River Cruise ialah pada waktu malam. Lebih sejuk dan anda dapat juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampug Morten. Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluanperjalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai. 






Jeti

Anda boleh menaikit bot ini dari :
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket 

Warganegara Dewasa            : RM 10
                           kanak - kanak : RM 5
Pelancong        Dewasa            : RM 15
                           Kanak -kanak :RM 5

Waktu Operasi 

Setiap hari : 9 pagi - 11 malam



let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014












Thursday, 8 May 2014

The Journey (1)





Assalamualaikum.. sedang asyik stalker aku punya crush kat instagram melalui lappy aku tetiba mama terkejutkan aku .. buat ape tu ?? tak de keje lain ker?? aku seaakan tergangga dan terkejut sekali .. nasib baik mama tak nampak sapa yang aku stalker sbb waktu tu gambar tengah loading... fuhhh..*jantung macam nak keluar jeee... eleh korang pon mesti pernah jugak ade situasi macam aku jadi ni kan.. tipu lah kalo korang tade stalker sape sape pastu kena sergah dengan members... tak gitu..heeeh... aku rase aku selesa kat blog ni walaupon pada mulanya sebagai assignments  yang lecture aku bagi.. tapi aku rase seronok.. sbb kat sini tade banyak sangat yang membaca blog aku yang tah pape.. hahaha.. aku rase dunia ni sebagai kosong apabila aku dapat tahu yang crush aku rupanya dah ade girlfriends rupanya .. :''( sedih jugak bila dapat tahu .. itu  sbb aku tak perlu tweet and instagram lagi.. dari form 4 sampai lagu ni aku tweet tak pernah orang pertikaikan sebab itu idea yang keluar dari minda aku.. tapi dalam diri aku, aku rase ade jugak yang benci yang tweet yang aku merepek.. sebenarnya i'm happy go lucky person sebab sekarang ni kan twitter dah famous so aku takleh tweet yang sweet sweet kat crush aku lagi.. :''(  i miss you but you never know i suke gile kat you.. hahahah * jiwang gileee hahaha memain jeee.. kat instagram banyak gilee muka aku selfiee.. hahaha haaa haritu pergi jpj nak amik gambar siap abang itu cakap ni mesti pandai selfiee dalam hati aku eh memandai jeee ish..ish.. waktu amik gambar tu bawah aircon so tudung macam penyek sikit.. dan muka aku gemuk.. yea mmg saya dah gemuk nak wat cemana.. JANGAN follow instagram aku sbb bukan ade ape pon.. kepada semua yang hantar friends request lambat sikit aku nak approve sbb sekarang ni banyak sangat account yang fake membuatkan aku private my instagram pastu aku tengok dulu sape yang nak follow aku tu ? bukan taknak approve... sbb dalam diri aku rase kalo aku approve pon nothing to say... lalalaalal... kat blog blog yang aku bace banyak juga yang bagi aku semangat nak menulis sebab dari kisah kisah yang aku bace banyak memberi aku pengalaman! . Agak lame jugak aku ni baru tahu buat blog hahaha...  but its okayy to me .. i'm newbiee in blogging..  * budak freshiee baru masuk blog katekoo..  Assalamualikum semua :")  

Wednesday, 7 May 2014

Muzium Baba Nyonya

Sejarah Baba & Nyonya 

     Assalamualaikum semua rakan rakan saya ?? Hyeeee!! Ermm dah lama jugak saya tak berblog haha mesti korang rindu apa yang saya nak upadate pada kalini! saya baru jee lepas habis final.. Cuti sem ni saya duduk jee rumah.. Makan , online , kemas rumah lepastu main dengan anak buah..hehehe XD  kalo korang nk ajak saya keluar boleh jee tapi area KL and Putrajaya jelah enn .. shopping kat Times Square.. *heheeh ngadate dong!  sekarang saya nak ceritakan sedikit tentang sejarah baba dan nyonya di MELAKA.

Baba dan Nyonya adalah satu keturunan kaum Cina di Melaka yang menerapkan budaya Cina , Melayu, serta penjajah Belanda, Portugis dan Inggeris dalam hidup mereka. Mulanya datang sebagai pengikut Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Cina ke sebagai tanda penghormatan kaum Cina ini akhirnya sedikit demi sedikit menerapkan unsur tempatan dalam hidup mereka.




  Asimilasi selama 400 tahun akhirnya menyebabkan keturunan ini memakai pakaian seperti kebaya dan kain sarong serta makan menggunakan tangan seperti orang Melayu. Namun begitu, keturunan kaya yang rata-ratanya pedagang ini rata-ratanya masih mengamalkan adat Cina dan menyambut Tahun Baru Cina. Mereka juga amat setia kepada penjajah British sehingga digelar the King’s Chinese.








  Oleh kerana status yang tinggi, rata-rata mereka mendapat pendidikan Inggeris atau Belanda. Walaupun begitu, mereka masih memakai tocang seperti kaum Cina terdahulu dan mengadakan perkahwinan berwarna-warni dan berdondang-sayang yang tidak terdapat dalam budaya masyarakat lain.


   Muzium Baba Nyonya di Melaka ini adalah satu-satunya peluang anda untuk melihat suasana rumah keluarga seorang hartawan Baba Nyonya sewaktu zaman dahulu. Muzium persendirian ini sebenarnya merupakan rumah kediaman keluarga Chan Chen Siew sejak tahun 1900an. Tetapi ia kini dibuka pada umum sebagai warisan sejarah.

   Dengan gaya Baroque sebuah rumah Cina yang mewah, muzium ini memaparkan suasana dan pengalaman berada di rumah 3 generasi Baba dan Nyonya di Melaka. Anda dapat merasai sendiri betapa mewahnya bangsa Cina Peranakan dan melihat keunikan campuran pelbagai budaya di dalam satu rumah.

  Dahulunya dikenali sebagai Gentleman Street, kawasan rumah gaya Belanda di jalan ini hanya mampu diduduki oleh hartawan-hartawan Melaka. Jika anda ke Melaka, jangan lepaskan peluang seumur hidup untuk menjejak sejarah unik Baba Nyonya yang mungkin ditelan sejarah satu ketika nanti.

Nota 
Anda tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar di dalam muzium peribadi ini tanpa kebenaran pemiliknya.

Harga tiket 
Dewasa : RM12

Kanak-kanak: RM7


Waktu operasi 
Tutup sewaktu makan tengahari: 1-2 ptg

Dibuka setiap hari: 10 pg – 5 ptg

let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014