Monday, 19 May 2014

Melaka River Cruise

           Melaka River Cruise




Assalamualaikum awak awak semua rindu kat korang :") tak sangka ramai jugak yang buka blog ni walaupon tade lah seindah manapon blog aku ni.. hehehehee.. hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada anda dan keluarga menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, Kincir Air , Kubu Persisir Sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. 





Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan "Muzium Hidup" sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini. Melaka River Cruise pada waktu malam di buai angin sepoi - sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda berbulan madu.



Tips

Waktu terbaik menaiki Melaka River Cruise ialah pada waktu malam. Lebih sejuk dan anda dapat juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampug Morten. Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluanperjalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai. 






Jeti

Anda boleh menaikit bot ini dari :
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket 

Warganegara Dewasa            : RM 10
                           kanak - kanak : RM 5
Pelancong        Dewasa            : RM 15
                           Kanak -kanak :RM 5

Waktu Operasi 

Setiap hari : 9 pagi - 11 malam



let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014












No comments:

Post a Comment