Sejarah Baba & Nyonya
Assalamualaikum semua rakan rakan saya ?? Hyeeee!! Ermm dah lama jugak saya tak berblog haha mesti korang rindu apa yang saya nak upadate pada kalini! saya baru jee lepas habis final.. Cuti sem ni saya duduk jee rumah.. Makan , online , kemas rumah lepastu main dengan anak buah..hehehe XD kalo korang nk ajak saya keluar boleh jee tapi area KL and Putrajaya jelah enn .. shopping kat Times Square.. *heheeh ngadate dong! sekarang saya nak ceritakan sedikit tentang sejarah baba dan nyonya di MELAKA.
Baba dan Nyonya adalah satu keturunan kaum Cina di Melaka yang menerapkan budaya Cina , Melayu, serta penjajah Belanda, Portugis dan Inggeris dalam hidup mereka. Mulanya datang sebagai pengikut Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Cina ke sebagai tanda penghormatan kaum Cina ini akhirnya sedikit demi sedikit menerapkan unsur tempatan dalam hidup mereka.
Asimilasi selama 400 tahun akhirnya menyebabkan keturunan ini memakai pakaian seperti kebaya dan kain sarong serta makan menggunakan tangan seperti orang Melayu. Namun begitu, keturunan kaya yang rata-ratanya pedagang ini rata-ratanya masih mengamalkan adat Cina dan menyambut Tahun Baru Cina. Mereka juga amat setia kepada penjajah British sehingga digelar the King’s Chinese.
Oleh kerana status yang tinggi, rata-rata mereka mendapat pendidikan Inggeris atau Belanda. Walaupun begitu, mereka masih memakai tocang seperti kaum Cina terdahulu dan mengadakan perkahwinan berwarna-warni dan berdondang-sayang yang tidak terdapat dalam budaya masyarakat lain.
Muzium Baba Nyonya di Melaka ini adalah satu-satunya peluang anda untuk melihat suasana rumah keluarga seorang hartawan Baba Nyonya sewaktu zaman dahulu. Muzium persendirian ini sebenarnya merupakan rumah kediaman keluarga Chan Chen Siew sejak tahun 1900an. Tetapi ia kini dibuka pada umum sebagai warisan sejarah.
Dengan gaya Baroque sebuah rumah Cina yang mewah, muzium ini memaparkan suasana dan pengalaman berada di rumah 3 generasi Baba dan Nyonya di Melaka. Anda dapat merasai sendiri betapa mewahnya bangsa Cina Peranakan dan melihat keunikan campuran pelbagai budaya di dalam satu rumah.
Dahulunya dikenali sebagai Gentleman Street, kawasan rumah gaya Belanda di jalan ini hanya mampu diduduki oleh hartawan-hartawan Melaka. Jika anda ke Melaka, jangan lepaskan peluang seumur hidup untuk menjejak sejarah unik Baba Nyonya yang mungkin ditelan sejarah satu ketika nanti.
Nota
Anda tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar di dalam muzium peribadi ini tanpa kebenaran pemiliknya.
Harga tiket
Dewasa : RM12
Kanak-kanak: RM7
Waktu operasi
Tutup sewaktu makan tengahari: 1-2 ptg
Dibuka setiap hari: 10 pg – 5 ptg
No comments:
Post a Comment