Thursday, 11 June 2015

The Journey (14) (Kejayaan, Kerja dan Kedudukan)

Assalamualaikum, sekarang bukan mudah untuk mencari pekerjaan.. Andaipon mempunyai CGPA 3.5 Keatas tak mungkin lagi keluar dah ada kerja.. Ramai graduan mengganggur yang mempunyai kelulusan yang bagus bagus tetapi tidak bekerja.. Kerja ataupon tidak bekerja itu semua takdir yang Allah berikan.. Semua dugaan yang Allah beri semua ada hikmah.. Tiada manusia yang malas tidak melakukan kerja..  Andainya aku diletakkan untuk menjadi buruh kasar aku sanggup. Kerana itu adalah pekerjaan yang Halal untuk memberikan keperluan untuk hidup.. Kos  pendapatan bagi isi rumah semakin meningkat dengan adanya GST amat memberikan kesengsaraan kepada rakyat yang miskin di Malaysia ini. Jika dapat dilihat memanglah masyarakat bandar boleh membayar GST bagaimanapula dengan masyarakat luar bandar iaitu (orang kampung) mereka sebenarnya tidak mampu membayar GST  banyak kisah yang aku dapat sewaktu aku belajar di Melaka. Penduduk disana bukanlah golongan yang mampu milik kerana mereka hanya buruh "Kais pagi makan pagi, Kais petang makan petang" . Jikalau aku ditempat mereka pasti aku akan mengikat perut untuk menyara masa hadapan. Aku tahu ramai graduan yang menggangur sepatutnya selepas tamat belajar mereka haruslah memberi panduan utnuk membina kerja. Kepada pekerja yang suka ponteng kat kedai mamak ?? Adakah gaji yang anda berikan kepada Keluarga anda Halal ? Bukan apa aku selalu melihat kelibat orang yang suka ponteng sewaktu bekerja pergi shopping mall dan lain lain. Aku tidak memilih pekerjaan tapi, ini semua jalan yang Allah tunjukan untuk aku menjadi seorang yang sabar dalam pekerjaan. Kepada semua pekerja diluar sana! Bekerjalah dengan ikhlas setiap ke ikhlasan akan membawa berkat kepada masyarakat. 


Sekian, Terima Kasih 

Kepada semua doakanlah saya mendapat pekerjaan amin yarabbal alamin :') 

Sabar.

No comments:

Post a Comment