Saturday, 19 December 2015

The Journey 16 (Alhamdulilah Part 2)


Assalamualikum semua! Alhamdulillah saya dah Konvo! Woooooooo... Alhamdulillah berkat doa Mama, Ayah , Kawan-kawan, Semua Lecture dan semua orang di seuruh dunia. Akhirnya selama 3 tahun saya belajar akhirnya membuahkan hasil untuk menjadi insan berjaya dunia dan akhirat insyaAllah :") Terima kasih Allah kerana memudahkan semua perjalanan pembelajaran saya di KUIM. Banyak pengalaman dan erti kehidupan dan liku-liku kehidupan menjadi seorang yang tabah dalam menangani masalah aku bersyukur ! 

1/9/2015 

Aku mengambil cuti rehat dari tempat bekerja kerana ingin mengambil jubah konvo! Aku bersama rakan-rakanku  iaitu Azza,Syeera dan Sara pergi ke Melaka. Kami bertolak pada pukul 9.30 pagi dari Putrajaya dan jalan tidak begitu sesak kerana aku melalui jalan kampung yang tidak mempunyai Tol. Sampai di Kuim pada pukul 11.10 pagi waktu tu memang ramai gila orang nak settle kan surat berhenti Kolej dan untuk pengambilan jubah Konvo. Waktu tu memang sardin dengan manusia dari semua Fakulti fuhhh..  Aku terus telefon kawan-kawanku yang sudah sampai ke Kuim kerana sebelum ini kami memang bercadang ingin settle kan bersama-sama. Rase bila sampai di Kuim rindunya situasi belajar kat Melaka rase macam nak jadi student jee balik  :"( 

Perkara first aku pergi mengambil borang berhenti di akademik dan langkah seterusnya aku pergi ke Library untuk meminta kebenaran tamat pengajian, seterusnya mencari Dekan fakulti untuk pengesahan seterusnya perlu ke Kewangan kerana ingin membayar duit Alumni dan duit Jubah Konvo! Masa amat menceburui kerana nak dekat Lunch hour! so kami semua berehat di Kafe makan dahulu. Aku tidak mempunyai selera walaupun Nasi Kerabu yang selalu menjadi favourite aku setelah kelas balik dari kelas mungkin disebabkan faktor yang tergesa-gesa untuk langsaikan semua masalah untuk tamat pengajian Diploma. Setelah habis menikmati makanan pada pukul 2.00ptg . Sambil nak tunggu kaunter Kewangan nak buka kami Selfie! selfie dulu.. huhuhuh XD 

 Aku dan kawan kawanku terus beratur di unit kewangan di situ memang padat kerana masa waktu itu amat mencemburui aku dan kawan kawan seperjuangan untuk membayar. Okayy settle kat Kewangan terus berlari ke Auditorium untuk memilih jubah untuk Konvo! sesi pilih memlih ini memang agak cerewet yelah mesti nak nampak cun dalam gambar konvo kan! Habis amik jubah pukul 3.30ptg sedih sebenarnya untuk berpisah dengan kawan kawan :'( 

Sebelum pulang aku dan kawan kawan selfie dengan Jubah konvo! Tepat pukul 4:00 ptg kami pulang ke destinasi kami iaitu Putrajaya. Sebelum pulang kami singgah di Mitsui Outlet jalan jalan cuci mata kot kot ada barang yang hendak di beli.. huhuhuh XD seterusnya sampai di Putrajaya pada pukul 7:00 malam . 


9/9/2015 

Pada pagi ini aku mempunyai ujian Muet Speaking! perghh hebat ahh.. Test Muet Speaking pada pukul 8:00 pg  - 8.30 pg fuhh.. Alhamdulillah lega sanggat dah habis amik Muet Speaking! Aku terus pulang kerumah kerana ayah dan mama sudah tunggu aku untuk membawa aku pergi Rehearsal Konvo dekat Sri Negeri Melaka. Bertolak dari rumah pada pukul 9:45 dan sampai pada pukul 11:15pg di Sri Negeri. Rehearsal sudah bermula, aku latas mencari tempat duduk untuk menghormati raptai konvo tersebut. Sekilas  aku pandang sekeliling aku terjumpa kawan aku. Waktu berakhirnya raptai aku terus jumpa kawan kawan seperjuangan aku dan kitaorang selfie huhuhu.. Setelah selesai raptai aku membawa mama dan ayah pergi ke Coconut Shake Klebang yang famous kat Melaka. 

Azza, Syeera, Sarah and I



Ketawa bersama, Menangis bersama dan Menuju Kejayaan bersama sama 


Tak cukup korum shima tgh otw... Huhuhu 




KUIM tetap dihati <3<3



Raptai Konvokesyan ke-19 KUIM




10/9/2015 

Hari yang dinanti nantikan selama aku belajar 3 tahun di Melaka, semua orang mesti ada harapan yang sama bila dah masuk di menara gading iaitu menuju kejayaan untuk mendapat segulung Diploma untuk melayakkan diri untuk bekerja dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah. Syukur Alhamdulillah, sebenarnya aku rase bersyukur sanggat, sampai ketahap ini pada mulanya aku adalah orang yang biasa biasa saje yang tidak begitu pandai sanggat.  


Aku bangun pukul 5.00pg, waktu tu rase macam inilah hari yang aku nantikan nervous dalam seluruh tubuh badan ini sebenarnya. Selesai semuanya mandi sudah, solat pun sudah, lantas aku bersiap mengenangkan pakaian yang berwarna pink yang telah aku gosok bersama tudung berwarna putih. Tudung berwarna putih adalah protokol dalam acara konvo tersebut semua wanita wajib mengenakan tudung bewarna putih, manakala lelaki di wajibkan untuk memakai suit lengkap baju melayu berwarna hitam dan bersongkok. Perjalanan untuk sampai dari Kampung ke Sri Negeri  Melaka mengambil masa dalam 1 jam kerana waktu ni peak hour orang pergi kerja huhuhu XD. Aku bersama keluarga aku bertolak dalam pukul 6:30pg sampai dalam pukul 7:45 pg . Waktu tu semua dah beratur dalam barisan tak sempat nak bagi Mama pegangkan bag so nak tak nak akusorok bag aku dalam jubah. Kawan kawan semua bawak phone tapi nak simpan kat mane kalo tade bag aku ni ,berguna jugak bawak bag boleh touch up last minit... huhuhu XD  "tidak digalakkan okay ni sbb emergency okay". Sementara tunggu giliran nak masuk kita selfie dulu luar dewan. Inilah kawan kawan saya zaman saya Diploma 3 tahun saya bersama dengan mereka. Hidup saya ini dah macam isi dengan kuku. 





SELFIE KONVO! Tahniah kawan kawan


Kawan kawan dengan berjubah Konvo! 


Pelbagai perjalanan yang berliku liku ditempuhi sepanjang dalam menuntut ilmu, ada suka dan duka. Jika tiada yang duka tiadalah pengalaman dalam hidup yang kita tempuhi. Pelbagai pengalaman yang dapat dipelajari sepanjang 3 tahun bukan sekejap untuk menghadap semua itu.  Cabaran membawa kepuncak kejayaan. Jika tiada persaingan antara rakan - rakan itu bukalah perlumbaan dalam menuntut ilmu. Ada turun naik bila kita belajar, jika kita tidak memahami persekitaran yang berlaku itu mengakibatkan kita menjadi mundur dengan itu jangan sekali kita mengabaikan pelajaran yang kita pelajari. Study Smart , not Study Hard yang paling penting, solat 5 waktu kepada Allah. Niat dalam hati belajar kerana Allah taala insyaAllah dipermudahkan semasa belajar. 

Acara Perasmian Konvokesyen dimulakan dengan bismilahirohmanirohim. Lantas dari luar kami beratur dan masuk kedalam dewan. Beratur mengikut nombor yang diberikan didalam rantai konvo semalam. Dalam hati berdegup sungguh kencang, dup dap dup dap...   Acara dirasmikan dengan bacaan Al- Quraan dan nyayikan lagu kuim waktu terdetik aku teringat waktu MHS. Waktu tu first time nyanyi kene ulang ulang dan dah immune dengan otak sendiri selama 3 tahun belajar kat sini. Satu persatu Fakulti mendapat anugerah Diploma tibanya waktu Fakulti aku terkedu seketika, huhuhu habis jee course lain , course aku dipanggil Diploma Sistem Maklumat Perniagaan aku berdiri mengikut turutan yang sudah diaturkan didalam sistem pendaftaran. Sebelum naik kepentas harus touch kad untuk keluar nama di skrin. Namaku dipanggil Nur Ainie Jasmin Bt Abd Aziz disebut debor rase hati ini... Chancellor Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang menganugerahkan aku Segulung Diploma. Huhuhu XD  . Turun pentas duduk ditempat asal, semua kawan kawanku rase gembira . 

Segulung Diploma Sistem Maklumat Perniagaan 


Diploma! Thankyou ALLAH, Parents, Lectures, Friends and All of you yang Doakkan kejayaan saya.


Terima Kasih juga kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada saya.


Alhamdulillah selesai Pengajianku selama 3 tahun aku menuntut disini. Terima kasih semua :')
Sebelum aku pulang aku mengucapkan tahniah kepada kawan kawan ku, lepas ni insyaAllah kalo ada rezeki kita berjumpa lagi. Waktu perjalanan nak ke kereta aku terjumpa crush aku, mungkin ini last kita jumpa dalam hati aku berbisik.. huhuhu BYEEEEE semua CRUSH :"( sedih jugak bila tinggalkan semua crush ni.. Hanya cuba lambaian dari hati jee yang dapat diungkapkan . Terima kepada semua yang menjayakan saya sampai ke peringkat ini. Terima Kasih SEMUA <3 <3 <3<3 Much Love.  

1 comment:

  1. Assalammualaikum akk, sya nk tnya kalau raptai konvo kuim abis pukul brapa??

    ReplyDelete