23/12/2016
Assalamualaikum semua, Harini merupakan hari kejayaan selama saya bekerjaya disini. Saya sudah bekerja selama 1 tahun 5 bulan. Dari bermulanya Pekerja Sambilan Harian (PSH) ke Kontrak dan harini adalah keputusan yang di tunggu - tunggu, kepada semua doaakan baik-baik yea :")
Perjumpaan dengan semua kontrak 1st batch lepas solat jumaat yang penuh barokah. Dalam hati sudah bedebar untuk menanti keputusan. Perjumpaan kalini dimulakan dengan Ketua HR,banyak ulasan dibangkitkan dan mempunyai point tersendiri. Satu persatu nama disebut untuk melihat kehadiran. Usai taklimat dari ketua HR, envelope diberikan menigkut Jabatan. Semua pekara adalah sulit (Private and Confidential). Kami diarahkan untuk membuat medical check up dan perlu hantar selewatnya 28 Dec 2016. Sewaktu hendak balik aku bukak envelope dan baca isi kandungan yang ditulis. Alhamdulillah tetap dan jawatan sesuai dengan Diploma yang aku sandang.
Terima kasih Ya Allah , Aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Semoga cita-cita yang aku idamkan dapat tercapai pada tahun 2024 untuk menjadi Pegawai seperti kisah aku waktu praktikal. (Scroll blog 2014, The Journey 11 #budakpraktikal) . Jawatan sekarang, aku sanggat bersyukur kerana pada usia muda sudah tercapai hasrat dan keinginan. Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang diberikan. Mama dan Ayah juga gembira dengan khabar berita yang baik ini. Kegembiraan perlu dikongsi bersama. Dengan ini saya belanja satu family makan dekat Tasik Idaman.
Untuk tahun 2017! Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang banyak, diberikan kesihatan yang bagus, selalu berfikiran positif , semoga dipermudahkan dapat Jodoh dan perkenalan yang bagus, dan paling penting ingat Allah dan Kita selalu bersyukur.
"Thankyou ALLAH"
ainiejasmin 2016
No comments:
Post a Comment