15/9/2017
Pagi sampai petang pergi kerja macam biasa. Sebelum balik double check dengan akak- akak office yang nak kirim. Balik rumah tengok barang lengkap atau tidak. Sebab lepas isyak hendak bertolak pergi KLIA 2 naik ERL. Selesai solat isyak siap - siap untuk pergi Putrajaya Sentral ayah hantar kat situ jee seterusnya beli tiket ERL pergi ke KLIA2 . Ini first time pergi sorang sorang KLIA2 sebab kawan-kawan naik kereta kawan office hantar. Dlam pukul 10:30 malam ERL sampai terus menuju ke KLIA2 disebabkan sampai awal jalan - jalan dalam KLIA 2 beli roti gardenia coklat 2 dengan air mineral. Kawan-kawan semua tengah on the way and then saya pergi lepak Mc D makan Mc Chicken. Dalam pukul 11:30malam Kak Aina call tanya kat mane saya cakap kat Mc D. Disebabkan tiket flight pukul 6:40 pagi saya , Kak Aina , Kak Mida , Kak Baiyah dan Kak Zah tidor kat KLIA 2.
DAY 1 (16/9/2017)
Dalam pukul 4 pagi, Kak Sara , Kak Wani dan Kak Dee sampai. Kami timbang bag satu persatu supaya tidak melebihi muatan 7kg. Dalam pukul 5 pagi kami Check in masuk. Lepas dah scan semua barang. Kami menunaikan solat subuh di Surau. Selesai solat kami dah boleh masuk untuk berlepas. Ini adalah kali pertama saya dan kawan-kawan naik Kapal terbang untuk bercuti. Kalini Kami menjelajah 2 buah Negara iaitu Kemboja dan Vietnam. Pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Sudah masuk diruangan Kapal pada pukul 6:40 pagi kami duduk berdekatan anatara satu sama lain. Kak sara beli makanan siap-siap waktu beli tiket flight. Yelaa perasaan lapar dapat makanan amat mengembirakan..
Saya punya makanan Pasta with Vegetables and Roast Chicken dengan air pepsi tapi jenama Thailand. Setelah makan tido2 ayam dalam kapal terbang. Kami tba di Airport Kemboja pada pukul 8:50 pagi (Malaysia) . Alhamdulillah sampai juga kami di Kemboja. Seterusnya kami di periksa Pegawai Kastam Kemboja. Kami 8 orang disambut oleh tour guide namanya Salim berasal dari Kemboja keturunan Melayu-Champa dan fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal di Johor. Kami masukkan barang kedalam van dan terus menuju ke Kaunter tiket Angkor World Heritage, harganya dalam $37 US Dollar. Dalam tiket ada gambar huhu.
Jika anda masih ingat, waktu form 1 kita ada belajar Kerajaan Angkor dan harini saya sampai ditempat bersejarah di Dunia.. Amat menakjubkan sebab Bangunan ini masih kukuh berdiri dan ada juga yang rapuh akibat cuaca. Keluasan tapak yang kami lawati sangat luas. Dipintu gerbang masuk ada Pegawai penjaga jika anda ingikan tour guide yang menceritakan dan menerangkan tentang Kerajaan Angkor anda boleh membayarnya.
Kami berjalan sendiri melihat reka cipta pada zaman dahulu. Banyak ukiran tanpa diduga dan amat kreatif orang zaman dahulu. Pastikan anda memakai pakaian yang selesa dan paling penting kasut sebab kawasan ini sangat luas. Disebabkan penat kami beli air kelapa fuhh sanggat legaa.. Setelah itu, Salim membawa kami ke tempat The Bayon Temple of Angkor Thom. Disebabkan kami penat kami bergambar dihadapan sahaja huhuhu...
Seterusnya kami dibawa untuk pergi ke Ta Prohm Temple dimana lokasi cerita Tomb Raider yang ada aksi lakonan Angelina Jolie. Pokok tersebut itu tumbuh dan melingkari diatas Temple tersebut. Sebenarnya banyak Temple tetapi kami rasa penat dan terus bawa kami pergi Kedai makan di Siem Reap Backpackers. Dekat sini terkenal dengan menu Lembu Naik Bukit harga dalam $6 US Dollar. Saya makan Nasi Goreng Pattaya Seafood $2.50 US Dollar air minuman free tak payah membazir.. Jika ada yang nak beli air pon takpe huhuhu..
Lembu naik bukit |
Nasi Goreng Pattaya |
Dalam pukul 5:30 petang kami dibawa ke Kedai Cendermata di Old Market murah 3 magnet $ 1 US Dollar murah.. Sepanjang masuk Temple tadi harga magnet sangat mahal 1 magnet $ 1 US Dollar.. Di Old Market saya beli magnet dan t-shirt Siem Reap $ 2 US Dollar. Seterusnya Salim terus hantar kami ke Top Sky Hotel. Bilik saya 4 orang 2 Katil Queen Alhamdulillah selesa. Kami merehatkan badan kerana banyak tenaga di guna sewaktu melawat Tempat bersejarah Angkor tadi...
Lepas Solat Isyak, Kami bertolak ke Night Market. Disini ada 2 Night Market yea kawan-kawan satu di Kategorikan Pub dan lagi satu Phalla Angkor Night Market disini terdapat juga barangan cendermata. Hujan renyai kami mempercepatkan jalan untuk pulang ke Hotel sebelum itu kami singgah di Supper Market yang baru di buka di kawasan tersebut. Kami beli air mineral besar senang untuk minum. Dalam Supper Market ini ada juga jual produk Malaysia seperti biskut dan Mamme Cup.. Kami pulang ke Hotel dan tido...ZZzzZzZzZ..
Tunggu Day 2 yeaa kawan-kawan... ❤❤❤❤❤❤❤❤
Tunggu Day 2 yeaa kawan-kawan... ❤❤❤❤❤❤❤❤
No comments:
Post a Comment