Monday, 9 July 2018

The Journey 25 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 5

Assalamualaikum semua! 


Day 5 (20/9/2017)
Aktiviti harini kami menunggu di ruang lobi pukul 8.30 pagi . Pagi ini saya makan maggie cup dengan Kak Mida Alhamdulillah . Perjalanan kalini kami mengupah Tour guide namanya John orang Viet Nam pandai berbahasa melayu dan english sangat peramah dan baik. Kami bertolak dan menuju ke Handicapped & Handicrafts. Dsini, adalah orang kelainan upaya yang dilahirkan akibat daripada Chemical reaction waktu peperangan di Viet Nam. Kulit telur dicantum dan dijadikan perhiasan rumah sangat kreatif.






Seterusnya kami terus pergi ke Cu Chi Tunnel ini adalah salah satu tarikan di Viet Nam. Mereka menunjukan trap - trap yang di perbuat dari buluh pada zaman dahulu. Mak cik ini buat paper and rice. Seterusnya kami melihat kasut dibuat daripada tayar sangat kreaif. 



Cu Chi Tunnel






Teh Hijau + Ubi dengan kajang sedap


Jemput minum

hahhaa lepas ni boleh jadi askar






Cara tempat memasak sewaktu perang. Kami dihidangkan Ubi kayu + Kacang hancur  + Air green tea. Alhamdulillah nikmat. Seterusnya kami melihat tayangan sejarah. Seterusnya untuk ke Sungai Mekong mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Station boat. kami singgah di kedai cendermata banyak murah - murah cuaca pada waktu itu dah mula gelap harap sangat janganlah hujan lebat. Kami sampai di Sungai Mekong hujan sudah membasahi bumi. Terpaksalah membeli baju hujan RM 2.




Baju hujan


Madu + lipau nipis 

Kerepek pisang madu viet nam



Merentasi Sungai Mekong dengan menaiki boat. Kami dibawa ke tempat Madu. Kami dihidangkan Madu + Limau yang diperah dalam teh bersama sekali kerepek pisang madu. Saya dan kawan - kawan beli madu harap bergunalah di rumah.




Seterusnya Kami dibawa ke Restaurant Halal Muslim. Makanan yang dihidangkan Nasi, Kari Ikan, Sup Sayur, Tauge, Udang Sambal, telur goreng dan di berikan Air mineral. Kami menaiki boat semla dan dibawa ke tempat membuat gula - gula kelapa macam Chewing gum. Kami meneruskan lagi perjalanan ke tempat makanan buah - buahan tempatan Veit Nam. Kami disajikan iaitu Drago Fruit, rambutan, betik,nenas beserta air green tea. Sambil makan buah - buahan ada satu kumpulan penyanyi akan membuat persembahan. Part paling best kumpulan tersebut menyanyikan lagu "rasa sayang" teringat dekat Haziq waktu kat tadika.

cara penghasilan gula kelapa 

kelapa 

Gula kelapa panas panas baru masak

gula gula kelapa

Hasil daripada kelapa


buah buahan tempatan 

nyayian yang merdu sambil makan buah 

perjalanaan naik sampan


atas sampan










Seterusnya, Tour guide membawa kami ke Sungai Mekong untuk menaiki sampan., Pengalaman ini sangat menyeronokkan kerana kami diberi topi setiap seorang untuk pakai. Sampai di penghujung Sungai Mekong boat kami sudah menunggu jam menunjukan pukul 5.25 petang, naik diatas boat kami diberikan air kelapa. Sunguh menyegarkan minum air kelapa atas boat dengan angin bertiupan. Sebelum dihantar pulang ke Hotel tour guide membawa kami ke Kedai Danny and Tina Wholesale Factory sangat murah sebab 1 meter lace 25 ringgit sahaja. Saya cuma beli tudung sahaja.




sorry gmbr gegar.. 

Kami pulang ke Hotel. Tukar baju dan berehat sebentar dan seterusnya kami turun Hotel sambung shopping semula huhuhuh.. Saya sambung shopping baju kebaya warna biru dan tudung. Seterusnya kami makan di Kedai The Daun Restaurant saya ambil menu Nasi Goreng manakala air di kedai ini bagi Green tea free. Sebelum balik ke Hotel kami cuci mata dekat Night Market Ben Than...


Baju saya yang kebaya biru 


Kopi Viet Nam



Nasi goreng udang 



Tunggu Day 6 my last day in Viet Nam yeaaa kawan-kawan ❤❤❤❤❤❤❤

No comments:

Post a Comment