Assalamualaikum semua! dah lama tak buat blog! Alhamdulillah Allah masih beri lagi nikmat di dunia ini... Sepanjang bulan Jan hingga Julai 2018 ini banyak pengalaman yang saya pelajari, banyak benda baru dan berguna, rezeki tahun ini sangat bagus! Alhamdulillah saya dapat menyambung pengajian di peringkat Ijazah disebuah IPTA secara jarak jauh.. kepada semua pembaca blog doakkan saya berjaya untuk menempuhi segala urusan pelajaran ini.. amin yarabbalalamin..❤️❤️❤️
 |
KOREA |
Percutian kali ini sangat seronok siapa sangka saya dapat pergi Korea tahun ini (2017). Okayy ini cerita Throwback waktu pergi Matta Fair 2017 (March) di PWTC tujuan waktu itu memang ayah dan mama nak tengok Pakej percutian murah dan mereka nak pergi Australia dan aku pulak nak pergi Korea.. hahaha.. mata aku aku memang tengok pakej murah dan Korea jee.. Kedai ARBA ini kecil jee waktu itu, so salah seorang salesman itu bagi brochure warna oren aku pon amik macam biasa tanpa rase apa, tetapi ayah aku pulak dia suka sebab salesman itu terangkan macam-macam dan keindahan Korea dan makanan halal Korea, selepas terpengaruh dan akhirnya plan mereka beralih ke Korea.. Ayah aku terus bayar deposit untuk percutian musim sejuk Disember, dalam fikiran aku ada masa untuk kumpul duit dan bayar pakej ini.. Saya guna duit sendiri okayy pergi Korea! Usaha tangga kejayaan... Lama juga penantian untuk pergi Korea ini.. Lets start! KOREA i'm coming!!!
30 Nov 2017
Pergi kerja macam biasa, Pukul 5:00 ptg balik, mandi siap-siap makan solat lepas pukul 8:00 mlm kami bertolak ke KLIA2.
Dimana syarikat ARBA tunggu kami didepan kedai Bibik or Starbuck. Pertama sekali tour guide kami dari Malaysia Cik Anum dia yang akan membawa kami ke Korea. Kami dibahagikan kepada 2 group, saya dan keluarga group 1. Kami di beri penerangan dan Check in luggage. sewaktu beratur kami berkenalan antara satu sama lain. Selepas selesai kami tunaikan solat isyak dan masuk terus ke Perlepasan Antarabangsa. Paling terkejut apabila Air Asia tukar tempat dari L22 ke P10 memang sedih sebab dah jalan jauh huhuhu.. Takpelah ini pengalaman mungkin ada hikmah.
Day 1 (1 Dec 2017)
Tepat pukul 12:30 mlm kami ada diruangan menunggu untuk masuk ke dalam Kapal terbang Air Asia X. Jam 1 pagi Malaysia (1 Dec 2017) tempat duduk saya diruangan tepi so bolehlah tengok Pramugari memberi penerangan dan tido sekejap dan bangun semula kerana di beri makanan yang sudah ditempah oleh kami waktu pakej tersebut. Makanan saya pilih ialah Nasi Ayam dan air mineral lepas makan tido balik. Solat subuh dalam Kapal terbang. Sewaktu nak sampai Korea dalam kapal terbang tadi Pilot cakap suhu Korea -6 tengok tingkap tadi ada matahari huhuhu.. Pukul 8:20 pagi Korea. Alhamdulillah kami sampai di Incheon International Airport. Kami naik train airport untuk ke Kastam Korea. Gambar artis pertama dalam Airport ialah Lee Minh Hoo so cute ❤️❤️❤️❤️ selepas itu kami tunggu bag kami.
Jika pergi ke negara Musim sejuk (Korea), pastikan dalam hand luggage letak winter coat, long john, heatech, sarung tanggan dan stokin. Supaya apabila sampai Airport Incheon tukar jee..
Lepas ambil bag, saya ambil keputusan untuk tukar pakain seperti baju, heatech dan long john bersama sekali wintercoat walaupun dalam Airport ada heater. Korang mesti get ready dalam fikiran! Bila semua sudah ready kami dibahagikan dalam group malam tadi. Saya dan keluarga saya group 1 dan kami disambut oleh Haikal dan Miss Jane (Korea), disaat keluar je Airport Incheon angin salju tiup kuat dan mulut keluar asap " macam masuk dalam peti ais". Saya lupa nak keluarkan sarung tanggan dalam bag! so sepanjang perjalanan saya, saya sorok tanggan dalam winter coat hahaha...
Pertama sekali dari Incheon Airport untuk ke Bandar Seoul mengambil masa 1 jam 15 mint. Tour guide kami memperkenalkan diri Haikal dari Ampang dan biodata beliau masih single.. ahahaha. Kami sampai di Itaewon pukul 10:52pg dan tempat makanan pertama kami di Bombay Grill Nasi Minyak, Ayam kari dan popia.. Alhamdulillah sedap.. Memandangkan kami seorang pengembara kami menunaikan solat zohor secara jamak. Masjid Itaewon ini diatas bukit. Selepas solat kami dibawa ke Gyeongbokgung Palace.
 |
Bombay Grill Korea |
 |
Smile! |
 |
Seoul Central Mosque |
 |
My Love |
 |
View atas bukit Itaewon |
 |
Gyeongbokgung Palace |
 |
My family |
 |
Korean girls |
 |
Love |
 |
Student Korea |
Sebelum turun bus Miss Jane ada cerita mengenai Syarikat Samsung dan President Korea. Kami juga dapat melihat rumah President Korea. Kami berada di Gyeongbokgung Palace dari pukul 12:30 tengahari sehingga 2:00 petang. Cuaca disini sangat sejuk dan damai. Banyak penerangan yang diberikan oleh Miss Jane dan Haikal. Seterusnya kami jalan kaki sedikit ke Sejong Museum.
 |
thumb up! |
 |
Handbook korea |
 |
Gyeongbokgung Palace loveee |
 |
Sejong Museum LOVE |
 |
Tulisan Ainie dalam bahasa Korea |
 |
Ainie 2017 |
 |
Baca perutusan |
Sewaktu jalan kaki ada satu rakyat Korea buat protes di hadapan America Embassy dan banyak polis jaga. Kami semua penuh berhati-hati sampai di Sejong Museum, rupanya museum ini dibawah tanah. Dekat dalam museum ini aktiviti yang boleh dibuat menulis nama dalam bahasa Korea. Dalam museum selama 1 jam. Kami melawat dalam museum, sejurus keluar dari Museum Sejong salji turun.
*Sila buka Instagram saya : ainiejasmin ada video salji turun. Alhamdulillah inilah detik yang paling mengembiraan. Cita-cita aku akhirnya tercapai untuk makan salji.. Thankyou Allah :) #JumaatPenuhBarakah #SalamMaulidurRasul.
Seterusnya tour guide Haiqal dan Kak Anum membawa kami ke Hotel Ibis. Alhamdulillah hotel yang diberikan sangat selesa. Saya kongsi bilik dengan adik saya. Waktu sampai Hotel pon ada salji semua orang Malaysia sangat happy :)
 |
Hotel Ibis |
 |
Makanan Korea |
 |
Nasi Purple + Sotong Pedas sedap + Ikan Bakar + Seaweed + Sup telur + Kimchi |
Pukul 4:45petang kami semua perlu berkumpul di lobi Hotel, kerana Haikal dan Kak Anum hendak mambawa kami ke tempat makan malam di Insadong. Waktu malam di Korea sangat awal. Makanan yang disediakan sangat sedap Alhamdulillah. Selesai makan, Kak Anum dan Haikal bawa kami ke tempat jual bag dengan harga yang murah 10 000won.
 |
Bags 10 000 won |
 |
Tiket train |
 |
Happy me |
 |
Korea dengan handphone tidak boleh dipisahkan guys.. |
 |
Seoul |
 |
I SEOUL U ❤️ |
Waktu makan malam tadi Kak Anum ada bagi pendapat sesiapa yang hendak merasai naik Train di Korea. Saya dan keluarga saya join. Kak Anum mengajar kami untuk membeli tiket Train. Kami pergi ke Yeouinaru Station dimana lokasi jambatan-jambatan menghubungkan Gangnam (bandar). Pengalaman ini sangat hebat. Seterusnya kami membeli tiket train untuk ke Jogno 3(sam) ga. Pulang ke Hotel. Alhamdulillah untuk hari pertama di Korea. Sebelum masuk Hotel saya singgah kedai
GS 25 (Kedai Seberneka macam 7E).
 |
Perjalanan train yang kami naik |
 |
ini kalo pergi waktu pagi.. |
 |
Balik time |
 |
Jogno 3(sam) ga |
 |
Insadong |
 |
GS25 |
 |
Banana milk waktu malam! first time rase.. |
 |
okayy jom balik Hotel.. |
Tunggu day 2 di Korea guys ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
No comments:
Post a Comment