Tuesday, 16 December 2014

The Journey (11) #BudakPraktikal








My Journey #BudakPraktikal 

Assalamualaikum Semua! Last paper 18/10 dan tarikh aku praktikal 20/10  bertapa hebatnya aku dan kawan kawan ku semua.  Habis jee exam final sem 5 aku dan kawan kawan aku terus pecut ke kampung asal masing masing. Nasib baik kawan aku Alyn & Shima teman balik dan  aku hantar dorang terus ke Putrajya Sentral. Kalau korang nak tahu ini kali pertama aku  bawak pulang viva ke Putrajaya seletelah berbulan bulan tak bawak balik.. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke destinasi dengan ada banyaknya lori dan kereta syukur tak terhingga.. Perasaan aku waktu tu hanya Allah jee yang tahu :") but i try my best Alhamdulillah. Penat tak habis lagi terus ahad dan setrusnya hari Isnin. Hari Praktikal!


Minggu Pertama

Hari Pertama 20/10/14

Ini permulaan yang pertama bagi aku untuk bekerja selama ni aku tak pernah pun bekerja kat Shopping Complex Alamanda atau pon ape - ape jelah.. First day mesti korang korang nak tahu macam biasa aku perlu laporkan diri disebuah kerajaan. Bos aku sanggat baik, dan aku dikelilingi dengan ramai akak akak dalam 30 an dan keatas. Akak - akak tu peramah dan ada budak praktikal jugak macam aku. Tapi itu minggu last bagi dorang :( Aku rase macam alaa kenape minggu last :(  nanti aku tade geng dah...Hari pertama ni aku belajar main mesin fotostat yang besar tu haha buat fotostat depan belakang. Hamik kau nasib waktu tu ada budak praktikal jugak yang tolong aku. Belajar macam mane nak fax, Alhamdulillah senang. Hari first mane ade kerja dan aku rase bosanya.. haha XD

Hari Kedua 21/10/14

Hari kedua dah tahu tempat duduk kat mane dah macam biase bukak komputer baca blog.. hahaah XD  Hari kedua ni waktu dia bagi task update  fail..harini lunch kat meja jee sbb dorang ade meeting so aku dapat makan free.

Hari Ketiga 22/10/14

Cuti Deepavali.. jyeaah tido sepuasnya..ZzzzZZZZzzzz

Hari Keempat 23/10/14

Tempat aku tu sebenarnya ada orang yang baru balik dari cuti bersalin. So aku kena pindah tempat :( Tempat sama dengan budak praktikal Kak Najwa. Sedih kan hari ketiga dah tade tempat so kongsi dengan Kak Najwa. Task harini sanggat mencabar aku kena tutup fail dan buka fail yang baru.. wowww semoga dipermudahkan segala urusan amin yarabbal alamin .  Nasib baik ada Kak Najwa yang tolong nasib baik :) Tulisan aku bukan cantik sanggat hahaha banyak salah tapi last sekali fail yang aku bukak tu perfect siap ada tagging tau. Hari ni aku lunch dengan Kak Najwa and the geng best sanggat akak tu baik + cantik belanje air dorang ni satu kepala macam aku. Puan Uzaimi  cakap aku akan ditukarkan keunit atas. Aku ada kerja yang banyak perlu di taip untuk JKM. So sambung esok aku taip..


Hari Kelima 24/10/14

Hari jumaat jyeaah esok cuti tak sabarnyaa.. Sambung taip ape yang semalam.. Tapi harini Kak Najwa last praktikal sedih gile sape nak tolong aku :( Sebabkan harini hari last dia praktikal Kak Najwa bagi aku kek perpisahan sedihkan ;"""(  Waktu lunch aku balik rumah hahaa.. Balik dari lunch kerja dah settle dah. Tolong Kak Najwa masukkan maklumat dalam file. Waktu macam pukul 4.55 tu i wish good luck all the best denganKak Najwa and  kawan dia :)




Minggu Kedua

Hari Keenam  27/10/14

Assalamualaikum hari isnin bersamaan 27 oktober. Harini aku dari Country Height Kajang short vacay with family :) hahaaha... Harini aku bertolak awal dari kajang sebab takut jemm... heheeh.. Pergi singgah beli Nasi lemak yg femes kat P8 adik dengan kakak aku jee makan.. Aku beli donut tu jee.. Harini aku di tempatkan di unit yang baru. Orang yang pertama aku bertanya adalah Akak Ida dan Kak Ros n Kak Su bawak jumpa Puan Zureen. Waktu perjalanan nak pergi bilik Puan Zuren Kak Ros cakap saya pon budak praktikal happy nya rase.. Masuk bilik Puan  Zureen ada tetamu akak praktikal jugak iaitu Kak Ezza and Kak Yaya. Happy nya rase banyaknya kawan kawan praktikal kat sini :’)  Harini aku rase blur kot :( Aku tak tahu kenape dengan Cerebrum, Cerebellum dan Medulla Oblongata. mungkin di sebabkan aku tade mood kot.. sekian itu otak lambat bertindak hahah semoga dijauhkan dari penyakit tersebut... Harini aku rase sedih sanggat di tukarkan di unit baru mungkin
:''''( Kat sini first day kat unit baru mungkin banyak benda yang aku keliru dan aku keliru sikit dengan penerangan yang di beritahu.. sbb aku blur harini :( Adoii inilah dikatekan pengalaman yang mengajar kita. Setiap apa yang berlaku semua ada hikmah ... Dan tugasan harini Alhamdulillah berjaya aku siapkan :)  Tempat yang saya duduk tu tempat duduk lelaki Shakrin dia macam  sibuk dalam kerja so saya hanya senyum jee..  Dekat workstation ada 6 orang Kak Ida, Shakirin, Saya, Sharul, Karen n Kak Su. Harini saya  rehat dengan Kak Ida dan Kak Ros makan Nasi Goreng Pattaya. Sebelum nak balik setiausaha boss kak yam panggil masuk bilik boss! First time saya jumpa boss besar iaitu En Kam. Bos Tanya dari University mana and lain lain.. Sebelum nak balik Kak yam bagi Currypuff Starbucks  Thank you Allah kuatkan semangat saya :)

Hari Ketujuh 28/10/14

Hari Selasa aku relax..relax jee hahaah tapi ada jugak kerja macam buat Carta Organisasi untuk unit dan menyenaraikan  fungsi.  Tolong Kak Rose buat minit untuk fail dan kemaskini fail bagi unit ini.

Hari Kelapan 29/10/14

First time masuk bilik meeting.. tak ku sangka hajat aku yang aku tweet tu tercapai. Meeting Kanival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014. First time masuk bilik meeting best jugak and baru aku tahu situasi meeting macam mana..

Hari Kesembilan  30/10/14

Harini mood aku sedih sikit aku takleh nak cerita kat blog ni :'(( hanya Allah jee yang tahu dugaan aku. Tapi aku akan sentiasa tersenyum walau apa -apa yang terjadi.. Sampai sekarang aku still fobia :''( aku tak nak lah keluar awal pergi kerja.. aku akan keluar 7.30 pagi tepat.

Hari Kesepuluh 31/10/14

jyeaahhh ainie jasmin pergi buat event besar... yuhooo.. tak kusangka aku org yang terpenting jugak dalam event tu.. Harini tugasan luar event saya dekat Bukit Jalil. Nama event Lan Berambeh Anak Sarawak 2014. Aku di tugaskan sebagai Crew bukan senang tau.. baju T-Shirt tu cool gilee..ramai yang nak tapi tade jual pon sbb crew jee yang pakai hahahaah..Tugas aku sebagai memberitahu pengunjung apa itu myneztes ? dan memberitahu kelab terbahru and then suruh dorong like fb Kementerian .. aku  n Kak ida merayau lah satu kanival supaya org like page fb.. Harini aku beli kain Sarawak dengan baju kimono, jumpa En mimpi hehehe sambil tu beli gelang Sarawak. Harini saya merasa makanan mee kolok orang Sarawak hebat gilee makanan orang Sarawak bagi aku.  Pengalaman ini memang best bagi aku.


Hari Kesebelas 1/11/14

Sebenarnya ini hari sabtu  pon aku bertugas kat event ni. Event Lan Berambeh memang best! Experience yang tak dapat aku lupakan :') Semalam aku dah target mane yang aku nak beli so banyak jugaklah aku beli macam Kek Lapis Sarawak, Nutella pot, Gelang Sarawak, Harini pulak kat Stadium Bukit Jalil ada bola sepak Pahang LWN Johor hebat betul. Baru aku tahu situasi orang yang tengok bola Cuma aku dapat rakamkan kemeriahan yang ada di luar Stadium memang sanggat meriah.. Hebat!! Pegalaman yang best! Thumbs up!!




Minggu ketiga

Hari Keduabelas 3/11/14

happy birthday to meeeee :)
harini aku tak datang kerja sebab saya tengah bercuti di  Palace of Golden Horses


Hari Ketigabelas 4/11/14

Saya pergi ke Convocation kat UPM. Konvo kakak saya amik Master! ini first time saya pergi konvo  best jugak tgk orang konvo, tapi tunggu saya bulan 9 tahun 2015 insyaAllah saya Konvo. Doakkan kejayaan saya semua. :')

Hari Keempatbelas 5/11/14

Okayy sebab dah best cuti! Rase macam tak nak pergi praktikal lah pulak :( . Okayy dah 2 hari cuti, hari rabu masuk kerja. Masuk office semua orang tak datang lagi kat workstation ni.. .. harini ada meeting sibuk jugaklah..Meeting tentang aduan! Kak Ezza yang Kak Yaya yang handle meeting ni respect kat dorang siap dapat pujian paper work bagus! Hebatlah!!

Hari Kelimabelas 6/11/14

Okayy task untuk harini kena buat call kat NST , Sin Chew Media, Kosmo! Berita Harian  dan Media Prima.. Sungguh mencabar okayy.. Alhamdulillah selesai jugak call n bagi text kat dorang.Pengalaman pertama buat call untuk Syarikat penerbitan berdebar juga..

Hari Kenambelas 7/11/14

Hari Jumaat jyeaaahhh.. tengahari boleh balik makan tak sabarnya... Sambung kerja semalam pasal L.O adelah kena mengena dengan apa yang saya belajar. Nasib saya ada basic account belajar kat kolej. So i tahu ape itu invois and blabla.. esok pergi Muar.. hyee org Johor...ade perkahwinan and cukur jambul anak buah sedara Erika!


Minggu Keempat

Hari Ketujuhbelas 10/11/14

Isnin.. Monday blues.. kerja macam biasa sambung balik buat L.O . Harini kena booking Hotel untuk Sambutan hari kanak - kanak & warga emas orang Kedah.. Ini memang pengalaman yang paling best lah! Call Hotel nak bilik ape?? berape bilik nak order?? dan saya ditugaskan buat surat permohonan n memo untuk bahagian Kewangan. harini sedih sikit itu rahsia saya.

Hari Kelapanbelas 11/11/14

Selasa hotel pon dah bagi confirmation Hotel, rase lega sikit semoga dipermudahkan amin yarabbal'alamin. :') Sejak praktikal kan tak tahu kenape perut asyik bunyi jee.. Tak lapar tapi berbunyi kuat pulak tu.. malu okay.. :(  Okayy sekarang nak fokus buat Slide untuk perbentangan kat kolej nanti 20 marks.. lets do it.



Hari Kesembilanbelas 12/11/14

Rabu 12. Harini ada satu syarikat agensi & travel datang kat aku. Mintak maaf bagai n blabla aku pon pening hahaha .. Puan Zureen  tugaskan aku booking tiket flight what mencabar bagi aku!! Dalam hati aku manelah aku tahu nak booking tiket flight untuk event di Sabah.. Waktu tu terus pergi bilik Puan and tanya tarikh bila?? sampai bila?? at last rupanya Sharul dah booking pon tiket flight tuu Alhamdulillah.. Tapi ini pengalaman best bagi aku harini..



Hari keduapuluh 13/11/14

Khamis 13. Assalamualaikum semua, kerja saya perlu selesai Aset ni.. Sambil tu teringat kat kawan kawan kolej.. rindu pulak kat dorang semua.. hahaha hari hari aku annoying kat groupWhatApps. Sampai abang kat depan aku ni asyik cakap sengih sengih ahaha saip kene tukar tempat dia duduk tempat aku , aku duduk tempat dia.. ape ape jelah nasib aset Kew Pa  10 / 11 siap!


Hari Keduapuluh satu 14/11/14

Jumaat 14. Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya.. Saya harap semua sihat harini saya ditugaskan buat memo permohonan LO. Kat sini aku mula pandai mengawal situasi semasa angkat telefon, aku mula pandai berbicara bila berbual dengan orang luar selama ni aku tak ada keyakinan pon nak cakap dengan orang luar dan syarikat syarikat luar. Kat sini mula aku pandai belajar berdirikari.. Hebat lah ainie sekarang..



Minggu Kelima

Hari Keduapuluh dua 17/11/14

Isnin 17. Harini saya ditugaskan untuk update semua tentang Sistem Pengurusan Aset pindah milik dari pegawai lama kepada yang baru, sebelum tu perlu bagitahu IT untuk amik nama pemilik yang baru n hantar kepada IT supaya update kat dalam sistem aset tersebut.


Hari Keduapuluh tiga 18/11/14

Selasa. Kerja buat memo permohonan kadang kadang ada typing error so kene betul.. adoii dahlah printer canon tu jauh … kadang kadang penat nak ke hulu ke hilir.. Boleh kurus balik Melaka ni.. hahaha.. Kerja seterusnya buat penilaian LO turun lagi kat Kewangan..


Hari Keduapuluh empat 19/11/14
Rabu. Kerja saya membuat penilaian untuk LO and hantar kesemua tersebut kat Kewangan.. Aku rase orang kewangan itupon macam malas nak tgk aku datang hahaha..

Hari Kedupuluh lima 20/11/14

Khamis . Harini Office kosong sebab dorang semua pergi kursus Retreat kat lake kenyir.. Walaupon ada student praktikal kat office ada kerja jugak tau.. ingat tade kerja ker?? Saya ditugaskan untuk minta takwim untuk 3 minggu kat pejabat YBM tingkat 38.. Tempat ni hebat bagi saya.. tempat boss besar mestilah hebat kan..


Hari Keduapuluh enam 21/11/14

Jumaat. Harini ingat nak keluar pergi makan kat Alamanda disebabkan banyak kerja makan kat office jerr saya pon tak balik rumah sebab banyak kerja.. Akhirnya settle jugak hantar Media monitoring, Media Sosial and takwim kat bahagian dasar siap email tau hantar.


Minggu Keenam

Hari Keduapuluh tujuh 24/11/14

Isnin Harini agak akward sebab aku pakai kasut yang aku baru beli kat Online shop instagram hahahaah.. So aku tinggi sikit dari orang sekeliling aku.. Sebenarnya bila aku rase tinggi tahap confident aku lebih yakin. Kasut aku cantik tinggi dan warna hitam.. Tugasan aku menyelesaikan aset inventori dan harta modal . Ini Kew Pa 11. Minggu ini ramai yang ditugaskan untuk bertugas kat PWTC tapi nama aku tak tersenarai pon sedih kan.. Sebab Aset aku tak siap lagi..

Hari Keduapuluh lapan 25/11/14

Selasa Harini Semua orang sibuk sebab meeting. dan tugas aku pulak macam biasa settlekan pasal aset dan LO . Harini dapat hadiah.. indahkan hari hari dapat hadiah thankyou ! Meeting dan makan free hahaha..Harini ada orang tanya bila habis praktikal ? Kadang kadang soalan tu memang best kadang juga aku rasa sedih sebab tinggal 2 minggu jee..  Orang kata aku memang pemurah dengan senyuman asyik senyum jee..

Hari Kedupuluh Sembilan 26/11/14

Rabu. Harini saya pakai Kebaya Hijau. Harini saya ditugaskan untuk menyelesaikan aset aset yang terdapat dalam office ini .. Sambil tu dengar lagu Night Changes - One Direction. Sebenarnya waktu aku dengar lagu ada satu customer yang datang tapi aku tak berapa dengar sanggat sebab aku pakai earphone.. hehehe orang panggil aku tak berapa nak dengar sanggat ..  Harini meeting so makan free lagi macam semalam.. hahaha.. hari hari dapat hadiah  thankyou ;") Harini ada orang  tanya ainie habis praktikal bila ? ermm sedih betul soalan tu bagi aku :""( Kadang kadang happy jee .

Hari tiga puluh. 27/11/14

Harini kemaskini Sistem Pengurusan Aset. Aset ini semua dalam sistem so kene pandai susun ikut nama yang duduk tempat tersebut. Saya buat penelitian barang barang yang tiada atau rosak perlu report kat bkp.. and Bkp naik atas hahaha.. Aku baru nak bagi tahu puan nak bertugas dengan kak ida nak bertugas kat Pwtc.. ermm Aine tak boleh pergi PWTC.. :’(


Hari tiga puluh satu. 28/11/14

 Salam Jumaat semua.. Harini kerja macam biasa hantar LO yang sudah di buat penilaian kepda Kewangan Zarina.. Disebabkan bkp naik atas semalam aku kene settlekan semua aset yang ni sampai habis..  


Minggu Ketujuh

Hari tiga puluh dua.1/12/14

 Assalamualaikum Isnin.. Okayy kerja minggu lepas tak siap nak buat Kad jemputan Dinner so kene siap harii jugak!!! Aaaa.. Mencabar okay, print ini oh printer please be nice today.. Okayy Alhamdulillah print okay senang jee nak print Kad jemputan dinner.  Habis print terus hantar kat unit unit tersebut.. May Allah ease me.. Harini tunggu sticker dari bkp jee.. Harini kene buat nota minta untuk Syarikat and pagi pagi lagi kene buat LOU..  Kerja kerja… insyaAllah di permudahkan amin yarabbal alamin. 

Hari tiga puluh tiga. 2/12/14

 Harini saya perlu selesaikan Aset lagi.. Kerja aset ini perlu seorang sabar dan penelitian.. Saya ditugaskan untuk membuat nota minta kepada sebuah Syarikat.. Harini saya merayu kat Puan Zureen nak pergi bertugas kat Hari OKU kat Seremban tapi puan tak kasi saya nak pergi sebab kerja Aset tak siap ermm.. Tapi bila dah petang Puan Zureen suruh bertugas kat Hari OKU Seremban jyeahhh.. Excited gilaa..  


Hari tiga puluh empat. 3/12/14

 Harini saya buat tugasan luar yeaahhh.. harini excited.. ni kali kedua buat event kat luar.. Event saya kalini mengenai Sambutan Hari OKU Kebangsaan Seremban.. Datang kawan kawan.. Saya ditugaskan untuk menyeru orang ramai mengisi borang aduan tentang Kementerian dan saya akan bagi baju kepada OKU dan buku kepada yang mengisi borang aduan tersebut. And perkara aku paling suka bila orang isi borong letak dalam beg supaya tak hilang . Kadang kadang hati ni sedih sebab aku sempurna kenapa aku tak bersyukur dan baru aku sedar ramai rupanya OKU di dunia.. Inilah pendedahan yang aku dapat lihat. Ini pengalaman best bagi aku kerana aku suka kepada pendedahan tentang masyarakat kat luar..  



Hari tiga puluh lima. 4/12/14

Harini saya ditugaskan untuk call ashraf dari publisher majalah OME!! and my next task call NSTP minta semua keratan akhbar.. Kerja saya buat Kew Pa dan selesaikan dalam Sistem Pengurusan aset.. Turun bkp selesaikan.. Ya Allah permudahkanlah kerja .. 


Hari tiga puluh enam. 5/12/14 Harini aku kene bagi nana banting stand tu sebab audit ni datang megejut gejut. kecut perut jugak aku ni sebab Kew Pa tak siap.. hari hari kerja aku call dorang  kak nani , danial n kak ummi. penat jugak turun bkp..  Harini orang dari Malaysia Online nak sign LO nd aku lupa nak ingatkan suruh bawak cop.. apelah ainie ni suka buat orang macam ni.. Harini jumpa kak zarina nak settlekan pasal LO macam biasa aku pon tak paham kenapa syarikat penerbitan susah sanggat nak bagi keratan akhbar.. Lepas bagi keratan akhbar senang nak buat payment.. adoii.. Harini balik lambat sikit sebab nak settlekan kew pa kat kak nani...



Minggu Kelapan


Hari tiga puluh tujuh. 8/12/14

 Minggu lepas bos ada bagi email sebab ada meeting tapi harini cancel.. yeaayyy!  Harini saya print kerja saya untuk letak kat buku log, pastu nak betulkan Surat penamatan , surat claim duit tu.. rugi tak buat..  Kemas fail permohonan cuti takut minggu ni audit datang office.. Harini saya sakit perut dan tak larat bagi saya so saya kerja setengah hari jee.. Niat tak nak ponteng tapi sakit perut memang kene balik..


Hari ke tiga puluh lapan. 9/12/14

 Harini memang buat kerja last minit.. kerja Kew Pa ni susah betul nak settle kan?? Bagi aku pun tak paham .. Harini kene kene hantar Media monitoring , media sosial semua kat dasar pastu kak ida , shakirin , Kak Rose n me serabut betul siap terjatuh kertas yang nak buat meeting untuk esok.. Kerja ni memang best bagi aku.. Kelambut tapi akhirnya siap jyeahh hebat kawan kawan office saya ni J Lega!   


Hari ke tiga puluh sembilan. 10/12/14

 Harini saya print Kasih rakyat punya insurans nak bagi waktu Majlis Dinner.. Harini saya habis habisan settlekan KEW PA 3 dan sticker.. Semua ni adalah Aset Kerajaan. Dalam masa yang sama saya ditugasan untuk handle penukaran penempatan bagi Sistem Pengurusan Aset. Harini jugak saya settlekan fail meja bagi semua pegawai and sambilan.. Habis jee semua tu, turun bkp amik semua yang dia print KEW PA 7 tinggal susun kad KEW PA 3 and then mintak sign semua orang and tampal kat setiap meja.. Harini saya balik lewat sikit sebab nak settle kan KEW PA ni.. Alhamdulillah settle jugak J Thank you Allah.. Harini hujan lebat waktu saya balik dari kerja..


Hari ke empat puluh. 11/12/14

 Hari khamis harini ada meeting aduan! Meeting ni yang handle ialah Kak Ezza dan Kak Yaya.. Dorang ni memang hebat terima aduan dan siap ada slide lagi.. Respect kat dorang! Harini Puan suruh call Media Prima mengenai LO tapi sayangya harini Selangor cuti so kerja ni post pon esok hehehe.. Call Borneo Pos dengan Utusan sebab nak keratan akhbar yang ada iklan.  Waktu lunch Kak Ida belanja Kek Tiramisu kat saya sedap tau kek tu.. Thank You Kak Ida..  Makanan dalam meeting banyak so Kak Ros , Kak Ida , Kak Ezza n Kak Yaya sambut my last day praktikal sebab semua akak ni cuti esok.. So sambut majlis perpisahan harini.. Seronok sanggat parti makan nasi lemak ayam pastu semua akak ni beli kek yang sedap kat saya .. Dalam hati ni sedih jee.. Kenapa masa berlalu dengan pantas.. Harini jugak saya mintak Puan tanda tanggan buku report.. hehehe..  



Hari ke empat puluh satu. 12/12/14

Hari Jumaat bersamaan dengan 12 Disember 2014 .  Harini bagi saya sayu lah hati rase sebak sebab harini hari terakhir aku kat Kementerian.. Harini nak settlekan pergi amik laporan kehadiran kat Bkp. Harini last kerja saya hantar LO kat kewangan kat zarina and saya bagitau kat dia harini last day.. sebak  rasenya :'( . Before turun jumpa Kak Zarina ainie pergi bilik Puan sebab nak cop dengan laporan kehadiran.. waktu tu ada boss besar En Kam and dia tanya "you must go to dinner" and  I said "InsyAllah i datang" ..  Waktu lunch selalunya aku balik rumah tapi Kak Su kata dia kata dia nak belanja..woww  syukur Alhamdulillah.. Waktu lunch pukul 11. 45 kitaorng pergi Lunch kat  IOI Mall Putrajaya.. First time makan Dip n Dip.. Wooww tempat yang selalu tgk jee kawan kawan kat instagram pergi makan akhirnya orang belanja ,, happy gila. Thank You Kak Su , Puan Zureen , Karen , Kak Fatin n Syakirin.. Coklat Dip n Dip sedap gilee .. Lepas makan Dip n Dip Karen and  Puan Zureen belanja makan steamboat Johnnys pulak.. bertuah pulak rezeki saya harini.. Seronok betul saya harini dalam hati ni sebak rase sbb harini last :'( . Balik Office buat kerja and then settlekan semua kerja kerja office.. kerja  kerja dah pukul 5 petang nak balik dah ni.. sayunya hati saya salam Kak su , Karen "Keep in touch"  , Kak yam , Tuan Haji , Kamal , En Budee "good luck" , Puan Zureen dalam bilik Pn ada Ben air mata dah bertakung dah waktu tu menitik air mata.. waktu tu memang sedih.. Ben n Puan Zureen ckp "good luck!" memang sayu~~ ini jee yang dapat aku tulis sebab memang sedih :"(   . Terma kasih kpwkm beri pengalaman yang penuh bermakna bagi aku.. Malam ayah dengan mama belanja Kenny Roger’s kat Alamanda sempena Happy Birthday Advance adik aku Aisah! Haziq pon ikut hahahaa last jumpa Haziq. Saya rase bertuah betul harini semua belanja sedap sedap kat saya InsyaAllah suatu hari nanti saya nak belanja semua orang :’)


Hari ke empat puluh dua.  13/12/14

 Hari Sabtu Dinner Kat Hotel Majestic KL, woww ni harini last aku jumpa officemates! Harini saya ditugaskan untuk bagi hadiah kepada orang yang menang lucky draw.. hahahaha XD Hadiah semua hebat hebat.. Harini selfie dengan semua staff ada jugak terlepas pandang... tapi Dinner ni best sanggat bagi saya.. banyak jugak photoboth yang saya buat.. Officemates buat persembahan hebat gilaa and tak sangka dorang memang berbakat En Kam , Fatin , Ben jadi emcee  , Shakirin menari and kak aida buat persembahan.. Dorang memang sporting gila bagi saya.. Semua pengalaman ini hebat bagi saya, sebab ini pengalaman pertama saya bekerja dan sanggat indah bagi saya.. Semoga pada masa hadapan saya dapat tempuhi alam pekerjaan amin yarabbal alamin. Lot’s of Love <3<3<3

Kepada Semua Pembaca Doakkan Kejaayaan Saya :’)


Saturday, 4 October 2014

The Journey (10)


Assalamualaikum kawan kawan, sudah lama saya tak update blog saya ni.. Saya semakin sibuk takda masa untuk update :( Syukur Alhamdulillah berkat doa semua saya dah dapat tempat praktikal .. Terima kasih Allah.. Pelbagai dugaan yang datang Alhamdulillah saya dapat tempuhi. Minggu depan saya dah start fina!  #FinalExamSem5 cepat sungguh masa berlalu..

Dah lama berminggu minggu saya tak update blog.. Mengunung Assignment yang datang..Assignment Web macam macam coding yang saya buat profile resume , belajar buat table , form macam macamlah sampai satu hari tu coding saya asyik tak kena jee dari petang sampai malam.. Alhamdulillah ada kawan kawan yang membantu .

 Alhamdulillah, assignment seterusnya dapat  juga saya menyiapkan projek video untuk subjek multimedia. Tajuk saya gempak lah jugak...#GilaSelfie... HAHAHA XD nasib baik Puan tak suruh presentation kalo tak semua gelak.. banyak juga kenangan yang aku letak kat dalam video tu.. kalo korang tgk video tu mesti kate "woowww". Partner aku banyak membantu ini assignment group... 

Ingatkan Assignment Dev C++  senang rupanya Allah saja yang tahu.. Tajuk assignment aku Pemborong beras. Macam macam jugaklah coding yang cuba aku masukkan ada kena ada yang error :( nasib ini assignment group 2 orang jee. Pening woii  time nak compile and run kadang jadi kadang tak. Last minit jugaklah aku siapkan kan.. Alhamdulillah siap jugak :)

Assignment Ekonomi Islam! Tajuk Aku group yang pertama yang dapat dalam e-learning hebatkan.. Alhamdulillah susah nak dapat tajuk yang kena dengan subjek ni. berhari hari jugak masuk dalam fakulti nak sahkan tajuk. Tajuk group aku Riba dalam pinjaman. Tajuk gempak isi mesti gempak okayy.. Alhamdulillah siapharap lecture suka insyaAllah :) 

Assignment kali ini agak susah kena tahu Context Diagram dengan Diagram 0 kalo tak tahu benda ni tak boleh menjadilah assignment yang lecture kasi. Dan paling penting tips! benda tu jugalah yang bakal masulk final.. Aku kena struggle jugak subjek Analisa dan Rekabentuk Sistem. quiz..quiz..

Lepas raya haji hari Rabu ni terus saya final! Wish Me good luck guys! May Allah ease me everything :) good luck juga kepada rakan rakan seperjuangan harap kita semua jadi Deanlist Student!





Friday, 8 August 2014

The Journey (9)



Assalamualaikum awak semua! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua pembaca blog saya, folowers di twitter, friends kat Instagram, sbb banyak pulak saya spam gambar hari raya saya sorry okayy.. huhu XD dah syawal ke 12 baru saya update blog sorry lah.. sebab saya busy pergi beraya dan bercuti heheeh... Maaf jika saya buat salah dekat semua orang :( saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Harap semua maafkan kesilapan saya :( Aku bukan saja tweet sedih tapi ini kenyataan hidup .Tahun ini tiada ucapan yang terindah daripada orang yang saya suka :( inilah takdir kehidupan tak semua bahagia sepanjang masa kan.. Mungkin semua orang nampak muka bahagia jee, tapi hati siapa yang tahu :"'( Mungkin korang semua happy dapat wish dari orang yang korang admire and tak sangka pon orang yang ko suka tu wish ko waktu hari raya.. KLISE doh!!  Tahun lepas banyak kawan kawan suka wish Hari Raya tapi tahun ni sikit jee yang wish SEDIH doh!!  Di waktu tu aku tunggu bila orang yang aku tunggu tu nak wish.. tapi....... tiada ucapan itu pada hari raya tahun ini.. Mungkin aku kena menjadi lebih dewasa dan matang dalam Hal percintaan. Mungkin buat masa sekarang ni tade siapa yang suka aku :( Jodoh Tak Kemana yang paling penting kita sabar dan tunggu jodoh yang bakal datang! 


*To boys if you love someone terus terang jee tak yah nak malu! 
*To girls you terima jee tapi paling penting you mesti tahu yang lelaki tu sayang you! (girls beware)



Kepada sesiapa nak ajak saya pergi ke Open House korang sila Tweet/Instagram saya : ainiejasmin





Saturday, 12 July 2014

The Journey (8)







Salam Nuzul Al - Quran kepada semua umat islam.. dalam puasa ni korang jangan memandai bukak puasa senyap senyap.. tak baik tau.. lepas sahur jangan pulak tido.. tunggu jee azan subuh... Maksud Nuzul Al - Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
*kisah ifti liyana
hyeeee awak.. genap setahun pengenalan kita dalam alam maya waktu Nuzul Al-Quran tak sangka dah setahun kita kenal cepat masa berlalu.. yela kan semua orang dalam dunia ni mesti kejar cita cita masing masing untuk membina masa depan.. sebab diri  kita yang bina masa depan kita sendiri... teringat waktu awal waktu pengenalan kita awak hari hari tegur saya kat laman social and selalu doaakan kejayaan saya.. waktu tu awak tunggu nak masuk U.. saya pulak nak masuk sem baru.. waktu awak tegur tu, selalu buat saya  annoying gile lelaki ni.. lahai... sebab waktu tu saya ada banyak crush so saya tak kesah pasal awak tapi kadang kadang rase pelik kenape lelaki ni harini tak tegur aku ?? hahah... tapi bulan puasa kalini saya tunggu awak bila nak wish selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berbuka.. macam tahun lepas awak mesti wish.. tapi kalini tidak.. sebab awak sudah pun berpunya...

Tips dari motivator saya Raja Shamri ...
Maafkan saya ... saya terlupa apa kejahatan awak pada saya ... saya tak ingat apa mistake awak pada saya ... tapi saya tahu awak ada buat mistake dan awak ada bnyk buat silap dengan saya ... 

tapi saya dah maafkan sebab saya tahu bila awak kenakan saya, buat saya marah, awak tipu saya, awak tidak amanah dengan saya, awak cakap buruk dengan saya ... maka bagi saya .. itu bermakna saya juga lemah dan bersalah jugak kerana tidak layan awak dengan baik sampai awak tergamak buat saya macam tu ...

So ... saya dah maafkan ... dah saya memang jenis macam tu ... saya tak suka cari salah orang atau kelemahan orang sebab saya tak nak orang cari kelemahan saya ... saya tak suka orang cari salah saya sebab saya tahu saya manusia biasa yg hari2 buat salah ...

So ... saya dah lupa apa salah awak pada saya .. saya dah maafkan ... semua salah awak pada saya ...

Dan bila awak ungkit salah saya ... dan pretend seolah2 awak semua betul dan saya ni banyak salah dan silap ... maka saya mintak maaf ...

Sebab setiap kali awak buat salah buat saya sakit hati buat saya terasa ... saya tak pernah simpan dalam hati ... saya terus maafkan awak ... saya takde masa nak ingat2 nak pikir2 ... sebab bagi saya ... saya lebih suka gunakan masa yg saya ada untuk cipta bnyk lagi kejayaan dlm hidup dari memikirkan perkara yg awak buat kat saya ... yang awak kata kat saya ....

So bila awak tanya saya apa salah awak ... apa yg awak buat tak kena ... saya tak boleh jawab ... saya tak ingat ... saya dah lupa ... walaupun saya tahu awak memang ada dan pernah kenakan saya ... buat saya sakit hati ... tidak jujur dengan saya ... buat saya marah dan stress ... apa2 je lahhhh ...

So ... maafkan saya ... silakanlah awak kata apa2pun tentang saya ... terima kasih kerana kata macam2 tentang saya, buruk2kan saya, cakap kutuk2 belakang saya dsbg... saya dah maafkan ... dan saya akan sentiasa maafkan ...

Mungkin sebab itu saya terus berjaya dan gembira dengan pencapaian dan awak terus susah hidup nampaknya ...

Semoga awak berubah lah ye ...

wallahu'alam ....

Notes :-

1. Tak payah bertekak bila ada krisis
2. Tak payah ungkit cerita / kesilapan lama
3. Text di atas adalah contoh cara abangraja berfikir
4. Text di atas boleh digunakan untuk pelbgai konflik di tempat kerja / rumahtangga / rakan sebilik / rakan sepejabat dsbg.

5. Hidayah kerja Allah ... doakan dia mendapat hidayah Allah. Hiduplah gembira dengan sentiasa maafkan orang.




Kisah The Journey kisah yang boleh menjadi tauladan.. 

Sunday, 29 June 2014

The Journey (7)


Assalamualaikum kepada semua :') Salam Ramadhan saya ucapkan alhamdulillah syukur kita dapat menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.. Semoga di permudahkan segala urusan sewaktu menjalani ibadah puasa ni.. yang lelaki jangan ponteng puasa... tak malu ker kat perempuan... hahaha. XD ibadah puasa ni, kita bukan tahan nafsu makan jee tau.. tahan mata dari melihat orang yang seksi, mulut dari mengumpat , anggota badan dari melakukan benda benda yang tidak elok.. Hari ini puasa yang kedua dan hari ni juga birthday kawan saya.. saya nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 20 tahun semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :") kejap jee masa berlalu... Kejap lagi saya nak balik Melaka dah.. banyak assignment kene buat yang aku tak buat lagi hahaha... Kepada semua rakan rakan, saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan segala kesilapan yang saya lakukan harap di maafkan kalo saya terkasar bahasa atau terlajak kata kata yang tidak sepatutnya.. maaf.. maaf..maaf.. saya nak lupakan awak :"(  Dibulan Ramdhan ini banyakkanlah buat amal ibadah seperti solat solat sunat terawih, dhuha dan Solat 5 waktu yang wajib kita lakukan kalo ada mase terluang bukan tido tapi bacalah Al - Quran okayy.. sekian dari saya Nur Ainie Jasmin :D

Thursday, 26 June 2014

The Journey (6)


Assalamualaikum semua :")  menggigil kesejukkan satu badan bila aku tengok sendiri crush yang aku suka tu dah declare pon dorang couple kat instagram..  Aku rase sedih sangat .. bila aku dapat tahu.. tekak rase kehausan dan rasa nak menitikkan air mata waktu tengok mereka sweet sweet.. sedih sanggat.. </3 </3 frust sanggat.. Aku kene kuatkkan semanggat sebab ni mungkin jalan terbaik bagi aku.. Dan yang paling penting aku doakkan kebahagian mereka... takpelah kumbang bukan seekor banyak lagi yang HOTTT... hidup harus diteruskan walaupon crush yang kita suka tu dah ade orang lain.. errmm kan.. frust frust jugak assignment eco kene buat jugak malam ni esok sebelum pukul 5 ptg kene submit so kita buat assignment ! lagi berape hari jee lagi nak sambut bulan Ramadhan...

Saturday, 21 June 2014

The Journey (5)


Assalamualaikum awak semua..saya nak bagitau khabar baik alhamdulilah! berkat doa awak semua pointer semester 4  saya hampir hampir nak dekat Dekan terima kasih Allah. Harap harap Sem 5 ni dapatlah Dekan insyaAllah. Sem 5 ni kene usaha lebih sikit sebab banyak sunbjek CSC Analysis and System Design, Introduction Multimedia, Internet and Web Publishing, Introduction to Programming and Ekonomi Islam subjek membaca. insyaAllah di permudahkan semasa dalam kuliah dengan tutorial nanti amin yarabbal alamin. Sem 5 ni jugak kene praktikal waktu cuti sem aku harap korang doaakkan aku dapat tempat praktikal yang okay :) lecture dah suruh cari tempat tempat praktikal kalo korang ade suggestion korang bagi tau kasi blog ni .. atau kalo korang segan, bagi tau kat twitter saya atau wechat saya Ainiejasmin . saya harap sangat nanti kat tempat praktikal dipermudahkan segala urusan selama 2 bulan. Tak sangka dah masuk sem 5 heheeh.. Macam kejap jee nak tamat belajar nanti mesti rindu situasi waktu kat kolej.. ermm T_T pejam celik ..pejam celik nanti dah sem 6 kejap jee nanti kan.. ermm nanti mesti teringat balik waktu first time jejak kaki kat kolej. mesti rindu gilee ketawa dengan kawan kawan seperjuangan selama 3 tahun ni..rase sebak pon ade tulis blog ni. Hati rase sebak sanggat saya akhiri blog saya dengan Assalamualaikum semua :') 

Tuesday, 3 June 2014

The Journey (4)



Assalamualaikum awak semua :') saya sihat jee peace yaww... korang nak tahu tak?? dalam bulan May yang lepas ni pada hari yang sama 2 orang yang aku suka tu tegur aku .. Aku mula mula memang terkejut.. woow.. ini mungkin sinar kebahagian yang Allah bagi kat aku :') smile whenever you text me :) hahha.. sorang yang aku paling suka tu kat Pantai Timur sorang yang aku anggap kawan baik tu orang Utara .. hahah XD tak sangka dan tak di duga 2 orang tu muncul.. sebab dah lama sanggat aku tak chat dengan dorang.. Macam biasalah kalo chat kan tanya sihat ker tak ? blabla tu.. tak boleh cheq nak habaq kat sini.. hang pon tau blog aku ni satu dunia boleh baca.. hahaha.. yang lagi sorang tu dia macam akward bila text so aku pon teragak agak bila nak jawab soalan dia.. tapi tak sangka orang yang aku stalker hari hari tu akhirnya dia tegur aku.. macam tak caye wehh.. haahhaa.. Mungkin ni entry yang last aku buat kat blog aku ni sebelum masuk U balik :'( aku harap korang tak yah lah sedih :""""( nanti mesti aku update punyalah blog aku ni..tunggu tau! Lagi 4 hari jee lagi aku nak masuk sem 5 dan aku harap sanggat korang doakan aku dapat Result yang Daebak!! Deanlist insyaAllah :) doakan jee yang terbaik untuk aku :) Sem 5 banyak subjek aku pasal IT ahahah ini kene struggle betul betul ni :") dan aku sem 5/6 kene duduk rumah sewa T_T aku harap dijauhkan dari benda buruk yang berlaku dalam rumah sewa tu nanti.. harap di permudahkan segala urusan semasa di rumah sewa dan dimana mana jua amin yarabbal alamin :) so sekarang tugas aku kene kemas barang nak balik kolej :) dan awak semua jangan lupa doakan saya dapat result yang terbaik :) insyaAllah nanti  kalo ade cerita menarik saya update!

Wednesday, 28 May 2014

The Journey (3)



assalamualaikum. saya harap awak sihat dekat sana final awak pon nak dekat kan cuti sem saya pulak makin nak habis ermm sedih jugak kadang kadang bila ingatkan cuti sem bakal berakhir.. sem depan aku dah masuk sem 5 dan bila pok cik, mok cik , uncle, auntie , tok aki , tok wan , jiran blok , orang dalam lif , orang keliling akan tanya " DAH TAHUN BERAPE BELAJAR"? Aku : Tahun 3 dengan senyuman yang amat menenangkan :) bila ingat ingatkan balik sungguh cepat masa berlalu seperti anak pokok menjadi pokok yang besar dan tinggi. Dalam hati aku cakap aku dah tahun 3 lepas ni ? ape yang aku harus lakukan meneruskan belajar keperingkat degree atau aku harus mencari kerja ? bila orang tanya aku nak kerja ape ? dalam diri aku binggung tak tahu kenape ? kalo masa ni bole di hentikan pasti aku hentikan kerana aku rase takut ape yang terjadi di masa hadapan aku ? Kadang kadang rasa sedih bila mengenangkan masa mula mula aku baru nak masuk kolej aku rase rimas sangat macam macam kena buat medical check up larh , isi borang  macam macam pasal peribadi dan aku dah lali buat benda tu waktu habis SPM. lepastu kene prepare semua barang nak masuk kolej itu satu hal sebab macam macam aku nak beli .. yela kan sebab first time nak hidup berdirikari. aku tak pernah pon berjauhan dari keluarga aku. bila tarikh dan waktunya tiba dalam hati hati aku rase berdebar jantung berdegup laju. kerana kat sini aku hidup sendirian tanpa di tememani suasana yang orang yang suka kacau aku "adik aku". sudah habis sesi pendaftaran keluarga aku bakal meninggalkan aku disini dengan kawan kawan yang baru.. sebelum itu banyak pesanan dari mama dan ayah bagi kat aku. sayup sayup kereta hilang dari penglihatan aku. Mula mula memang kaku bila nak berkawan dengan orang. Permulaan di tempat baru mestilah sesi Orientasi macam biase sesi perkenalan. macam macam orang jugak lah aku kenal orang Melaka, Johor, KL,Penang,N9, Kedah, Singapore. Semua muka waktu sedih jee samalah kan perasaan bila berjauhan dengan keluarga aku pon sedih jugak tapi tabahkan dalam hati semua ni ni datang nak sambung diploma kerana Allah . bila ingat ingatkan memang kejap tapi ape kan daya hari berganti hari , tahun berganti tahun takkan kita tak nakkan perubahan dalam hidup kan. dunia pun dah maju dan macam macam orang aku kenal dalam hidup aku . Biaselah waktu zaman belajar ni lah paling best memang seronok tapi jangan pulak lupa buat assignment dengan presentation lepas habis buat semua tu kene strunggle pasal quiz mengejut mengejut hahaha, mid term , final yang paling mendebarkan bagi aku sebab macam kejap jeee pergi kuliah balik kuliah lepastu final. bila amik result kecut perut kot. aku selalu mengigil kot depan fakulti bila nak amik result hahaha nervous katekan haaha.. bila nak buka result tu selalunya kawan aku yang bukakkan sebab kalo aku bukak nanti koyak pulak nanti. bila dikenangkan memang banyak jugak kenangan manis bersama kawan kawan tapi ade juga pahitnya tak semuaaa dalam hidup bahagia jee kan. biaselah adat berkawan ade pasang surut ikut mood manusia kadang okayy happy "chill" jee.. kadang sedih jugaklah. Tapi bila orang bagi nasihat kita terima dan kita perbaiki diri kita. kalo orang tu benci gila kat kita kita doa jee pada Allah jauhkanlah matanya dari melihat diri aku ni. selalu aku terapkan dalam hidup. benda dah lepas maafkan jelah mungkin dah tak dapat nak cerita kenape ? biarkan jadi sejarah dalam hidup. Mungkin ini semua hikmah Allah bagi untuk kita jadi lebih dewasa di alam pekerjaan , perkahwinan, di alam tua nanti. dan Awak menjadi inspirasi saya dalam menulis blog. setiap ape yang saya lakukan pasti saya teringat kat awak tak tahu kenape ? insyaAllah persahabatan kita sampai bila bila dan awak janganlah sedih sedih okayy happy jee.. past time and  memories as we know will never fade away from our mind unless we loss our memories if accident happen but i hope not.. All these memories still in my mind and never fade away. whatever happen you  must be strong  and insyaAllah i will be strong too awak :")  i miss you all <3 assalamualaikum awak semua :") 

Thursday, 22 May 2014

The Journey (2)



Assalamualaikum hyee awak :") saya harap semua sihat jyeaaahh.. Saya sebenarnya baru jee habis tengok cerita fajar aiman .. cerita itu best sanggat kisah kasih sayang yang cukup hebat. Seperti menantang minyak yang penuh... kalo korang nak tahu aku suka tengok muka aiman a.k.a syarul ridzwan hero dalam cerita ni :") aku tak tahu kenape aku suka tengok muka dia hahaha nak tahu sebab ape sabab muka dia macam hero terkenal Adam Mukhriz dalam cerita adam dan hawa. Sekali pandang muka Syarul Ridzwan macam muka Aaron Aziz susah nak tengok muka macam kembar ni kan..

 

korang pernah kan tengok aku post gambar ni kat instagram.. tapi aku edit ade kucing kat tepi tepi tu dengan caption : Currently in Love ♥♥♥♥♥ "handsome kan"  ?? Mesti crush aku frust *gelak besar hahaha XD  .. first sekali tengok dia berlakon waktu dia dengan emma maembong waktu tu ingat aaron aziz rupanya Syarul ridzwan ... banyak kali pandang muka ni macam muka crush aku hahaha .. just kidding tapi ade sikit ahh sebab bentuk muka maybe.. hahaha XD Crush aku rupanya dia dah couple . nothing to say about this sebab bila aku crush dengan someone itu berape minggu lepas tu aku tengok dia dah couple kadang kadang aku malas lah nak crush .. crush ni.. hehehe cerita dah merepek so and of this pasal addicted to her face hahaha... tade kene mengena dengan sesiapa but this

"Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile"  

Assalamualaikum chill :")




Monday, 19 May 2014

Melaka River Cruise

           Melaka River Cruise




Assalamualaikum awak awak semua rindu kat korang :") tak sangka ramai jugak yang buka blog ni walaupon tade lah seindah manapon blog aku ni.. hehehehee.. hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada anda dan keluarga menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, Kincir Air , Kubu Persisir Sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. 





Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan "Muzium Hidup" sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini. Melaka River Cruise pada waktu malam di buai angin sepoi - sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda berbulan madu.



Tips

Waktu terbaik menaiki Melaka River Cruise ialah pada waktu malam. Lebih sejuk dan anda dapat juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampug Morten. Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluanperjalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai. 






Jeti

Anda boleh menaikit bot ini dari :
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket 

Warganegara Dewasa            : RM 10
                           kanak - kanak : RM 5
Pelancong        Dewasa            : RM 15
                           Kanak -kanak :RM 5

Waktu Operasi 

Setiap hari : 9 pagi - 11 malam



let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014












Thursday, 8 May 2014

The Journey (1)





Assalamualaikum.. sedang asyik stalker aku punya crush kat instagram melalui lappy aku tetiba mama terkejutkan aku .. buat ape tu ?? tak de keje lain ker?? aku seaakan tergangga dan terkejut sekali .. nasib baik mama tak nampak sapa yang aku stalker sbb waktu tu gambar tengah loading... fuhhh..*jantung macam nak keluar jeee... eleh korang pon mesti pernah jugak ade situasi macam aku jadi ni kan.. tipu lah kalo korang tade stalker sape sape pastu kena sergah dengan members... tak gitu..heeeh... aku rase aku selesa kat blog ni walaupon pada mulanya sebagai assignments  yang lecture aku bagi.. tapi aku rase seronok.. sbb kat sini tade banyak sangat yang membaca blog aku yang tah pape.. hahaha.. aku rase dunia ni sebagai kosong apabila aku dapat tahu yang crush aku rupanya dah ade girlfriends rupanya .. :''( sedih jugak bila dapat tahu .. itu  sbb aku tak perlu tweet and instagram lagi.. dari form 4 sampai lagu ni aku tweet tak pernah orang pertikaikan sebab itu idea yang keluar dari minda aku.. tapi dalam diri aku, aku rase ade jugak yang benci yang tweet yang aku merepek.. sebenarnya i'm happy go lucky person sebab sekarang ni kan twitter dah famous so aku takleh tweet yang sweet sweet kat crush aku lagi.. :''(  i miss you but you never know i suke gile kat you.. hahahah * jiwang gileee hahaha memain jeee.. kat instagram banyak gilee muka aku selfiee.. hahaha haaa haritu pergi jpj nak amik gambar siap abang itu cakap ni mesti pandai selfiee dalam hati aku eh memandai jeee ish..ish.. waktu amik gambar tu bawah aircon so tudung macam penyek sikit.. dan muka aku gemuk.. yea mmg saya dah gemuk nak wat cemana.. JANGAN follow instagram aku sbb bukan ade ape pon.. kepada semua yang hantar friends request lambat sikit aku nak approve sbb sekarang ni banyak sangat account yang fake membuatkan aku private my instagram pastu aku tengok dulu sape yang nak follow aku tu ? bukan taknak approve... sbb dalam diri aku rase kalo aku approve pon nothing to say... lalalaalal... kat blog blog yang aku bace banyak juga yang bagi aku semangat nak menulis sebab dari kisah kisah yang aku bace banyak memberi aku pengalaman! . Agak lame jugak aku ni baru tahu buat blog hahaha...  but its okayy to me .. i'm newbiee in blogging..  * budak freshiee baru masuk blog katekoo..  Assalamualikum semua :")  

Wednesday, 7 May 2014

Muzium Baba Nyonya

Sejarah Baba & Nyonya 

     Assalamualaikum semua rakan rakan saya ?? Hyeeee!! Ermm dah lama jugak saya tak berblog haha mesti korang rindu apa yang saya nak upadate pada kalini! saya baru jee lepas habis final.. Cuti sem ni saya duduk jee rumah.. Makan , online , kemas rumah lepastu main dengan anak buah..hehehe XD  kalo korang nk ajak saya keluar boleh jee tapi area KL and Putrajaya jelah enn .. shopping kat Times Square.. *heheeh ngadate dong!  sekarang saya nak ceritakan sedikit tentang sejarah baba dan nyonya di MELAKA.

Baba dan Nyonya adalah satu keturunan kaum Cina di Melaka yang menerapkan budaya Cina , Melayu, serta penjajah Belanda, Portugis dan Inggeris dalam hidup mereka. Mulanya datang sebagai pengikut Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Cina ke sebagai tanda penghormatan kaum Cina ini akhirnya sedikit demi sedikit menerapkan unsur tempatan dalam hidup mereka.




  Asimilasi selama 400 tahun akhirnya menyebabkan keturunan ini memakai pakaian seperti kebaya dan kain sarong serta makan menggunakan tangan seperti orang Melayu. Namun begitu, keturunan kaya yang rata-ratanya pedagang ini rata-ratanya masih mengamalkan adat Cina dan menyambut Tahun Baru Cina. Mereka juga amat setia kepada penjajah British sehingga digelar the King’s Chinese.








  Oleh kerana status yang tinggi, rata-rata mereka mendapat pendidikan Inggeris atau Belanda. Walaupun begitu, mereka masih memakai tocang seperti kaum Cina terdahulu dan mengadakan perkahwinan berwarna-warni dan berdondang-sayang yang tidak terdapat dalam budaya masyarakat lain.


   Muzium Baba Nyonya di Melaka ini adalah satu-satunya peluang anda untuk melihat suasana rumah keluarga seorang hartawan Baba Nyonya sewaktu zaman dahulu. Muzium persendirian ini sebenarnya merupakan rumah kediaman keluarga Chan Chen Siew sejak tahun 1900an. Tetapi ia kini dibuka pada umum sebagai warisan sejarah.

   Dengan gaya Baroque sebuah rumah Cina yang mewah, muzium ini memaparkan suasana dan pengalaman berada di rumah 3 generasi Baba dan Nyonya di Melaka. Anda dapat merasai sendiri betapa mewahnya bangsa Cina Peranakan dan melihat keunikan campuran pelbagai budaya di dalam satu rumah.

  Dahulunya dikenali sebagai Gentleman Street, kawasan rumah gaya Belanda di jalan ini hanya mampu diduduki oleh hartawan-hartawan Melaka. Jika anda ke Melaka, jangan lepaskan peluang seumur hidup untuk menjejak sejarah unik Baba Nyonya yang mungkin ditelan sejarah satu ketika nanti.

Nota 
Anda tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar di dalam muzium peribadi ini tanpa kebenaran pemiliknya.

Harga tiket 
Dewasa : RM12

Kanak-kanak: RM7


Waktu operasi 
Tutup sewaktu makan tengahari: 1-2 ptg

Dibuka setiap hari: 10 pg – 5 ptg

let's Visit Melaka..


#visitMelaka
#visitMalaysia2014