Tuesday, 16 January 2018

The Journey 24 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 4

Assalamualaikum semua! 


Day 4 (19/9/2017)
Harini kene bangun awal sikit dari biasa pukul 3.30 pagi aku bangun dan mandi kerana Bus yang hendak pergi ke Viet Nam pukul 7 pagi. Kami semua bersiap dan turun ke lobi pada pukul 6.15 pagi nasib baik peniaga Hotel tido depan pintu kerana mak cik Denmark itu tegas. Lelaki peniaga Kmboja buka pintu depan Hotel. Alhamdullilah pagi itu hujan renyai - renyai harini last di Kemboja kerana kami bakal pergi ke Viet Nam!!! Negara yang di tunggu - tunggu untuk shopping aaaaaaa!!!!

Bus Kemboja ke Viet Nam 
Viet Nam 

Bus begerak pukul 7.30 pagi, perjalanan kami kalini sangat jauh untuk perlepasan Kemboja ke Viet Nam dalam pukul 11.30 pagi Alhamdulillah sampai di Viet Nam. Jalan di Viet Nam sangat sibuk kerana banyak motor. Motor sentiasa bergerak kalau dekat Malaysia ada Grab Car jee tapi di Viet Nam ada Grab Moto, pembonceng memakai serba hijau. Bus yang kami naiki iu menurunkan kami di tepi station beli tiket disebabkan itu kami terpaksa jalan sedikit untuk mencari station bus.

Tiket bus Viet Nam 
Ben Thanh Market

Kami memberanikan diri untuk bertanya perlajar sekolah bagaimana untuk ke Ben Thanh Market pelajar bekenaan menunjukan papan yang berada di station bus kami perlu mengambil bus no 11. Terima kasih adik sekolah Viet Nam. Dalam masa yang 5 minit tunggu bus Alhamdulillah bus sampai kepada yang menaiki bus jika anda bawa bag roda itu dicaj oleh pengelola bus yea.. 10 000Dong (Inc bag) jika macam saya bag pack 5 000Dong sahaja ikut syarat dan terma.

Saigon Pink 2 Hotel



Halal Amin

Menu Halal Amin

Teh O Ais Limau

Nasi Ayam

Alhamdulillah sampai di Pasar Ben Thanh Market pukul 2.13 ptg jalan kaki sedikit untuk ke Hotel Saigon Pink Hotel. Boleh Check in letak barang dalam Hotel dan tunaikan solat jamak. Pukul 3.15 ptg  depan Hotel kami banyak kedai makanan halal. Kedai pertama yang kami makan Halal Amin. Saya order Nasi Ayam 50 000Dong dan Air Teh o Ais Limau 20 000Dong. Alhamdulillah kenyang kami pergi bersiar - siar di kawasan Hotel. Ada jual tudung, magnet dan macam macam lagi... Kami masuk di Ben Thanh Market woowww banyaknya cendermata, baju lace naik keliru nak pilih dan paling best! 1 hari boleh siap baju yang di tempah.


Pintu Ben Thanh Market

Kedai Kain

Didalam Ben Thanh Market saya sarankan jika anda berminat baru bertanya kerana peniaga disini sangat psiko dan cepat marah. Jika tidak berminat jangan pegang barang mereka. Didalam Ben Thanh Market memang orangya fasih berbahasa melayu. Jadilah penguna yang bijak semasa membeli.

Key Chain Viet Nam tapi jual harga RM ??

Night Market Ben Thanh

Restaurant Hj Mansour

Menu makanan Restaurant Hj Mansour


Mango smoothie 

Nasi Goreng Udang


Kami jumpa kedai baju deretan Hotel baju T-Shirt RM 7 berbanding di Pasar Ben Thanh Market. Malam itu hujan renyai kami redah jalan jelah sebab nak cuci mata beli barang hahaha.. Setiap malam ada night market harganya juga murah. Setelah penat shopping kami makan di Restaurant Hj Mansour. Saya makan Nasi Goreng Udang 65 000Dong dan Air Mango Smoothie 35 000Dong sekali sekala. Setelah penat kami balik Hotel dan tido.... zzzZZZZzzz... 


Tunggu Day 5 yeaaa kawan-kawan ❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, 7 January 2018

The Journey 23 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 3

Assalamualkum semua! 



Day 3 (18/9/2017)
Setibanya pada pagi itu kami dihentikan kawasan tuk-tuk dan persekitaran waktu itu gelap dan berhampiran dengan Pasar basah. Saya sarankan jika tempat itu anda belum kunjungi mohon buat research kerana kami ingat Hotel dekat rupanya jauh :''( Kami telah buat keputusan untuk morning walk dengan bag tarik dan bag galas selama 30 minit. Kami bernasib baik kerana ada Pak Cik Van berhenti untuk tolong kami. Kami dikenakan 1$ dollar seorang untuk pergi ke Hotel Backpackers di Phom Penh. Alhamdulillah selamat tiba di Hotel. Pengurus hotel tersebut mak cik yang berasal dari Denmark. 




Disebabkan tidak boleh Check in kami meminta izin untuk simpan bag. Kami bersiar - siar di Persisiran Sungai sementara untuk check in. Waktu itu saya kelihaan seorang mak cik membiarkan anaknya tanpa baju. Kesian saya tengok budak sedemikian bekeliaran dan emaknya tido dikerusi. Bersyukurlah anda yang mempunyai keperluan yang cukup. 



8.16 pagi kami pergi duduk di lobi hotel. Kami dapat bilik dalam pukul 9 pagi alhamdulillah. Gosok gigi dan sebagainya dan turun ke lobi kerana duit $dollar yang kami bawa $120dollar tidak mencukupi  kami membuat pertukaran di Money Changer dibawah Hotel. Rm 200 tukar ke $dollar. 
Setelah itu, Kak Sara berbincang dengan Zahari untuk membeli tiket bus ke Vietnam dan tuk - tuk untuk harini . 








Pukul 10.15pagi, 2 tuk - tuk sudah sampai Pemandu tuk - tuk namanya juga Zahari dan Farit. 1 tuk - tuk boleh menempatkan 4 orang sahaja. Saya menaiki tuk - tuk bersama Kak Mida, Kak Dee  dan Kak Zah. 45 minit masa untuk diambil untuk sampai ke Pusat Genosid Choueng Ek (Lawatan Audio Padang Pembunuhan). Didalam ini menerangkan kisah benar. Pukul 12.40 tengahari kami pergi ke Audio Tour of The Tuol Sleng Genocide Museum. Ini jugaadalah kisah benar tentang Pembunuhan masyarakat Kemboja. Semoga ALLAH ampunkan dosa semua umat di Dunia. 







Seterusnya disebabkan terlalu lapar kami pergi Halal Restaurant Nasi Putih + Masak lemak (rasanya) tapi bahasa saya lupa + Paprik ayam. Kami cuma ambil dua air sahaja Air Bandung dan Milo. Seterusnya tour guide kami bawa kami ke Masjid di Kemboja Al - Serkal Mosque. Sempat kami menunaikan Solat jamak disini. Seterusnya, kami dibawa ke  Central Market, Phnom Penh  yang menjual barangan yang murah tapi sebab $$$ dollar tak beli pon. Tour guide bawa kami ke River Front Plaza dalam dia ada Aeon Shopping Complex ini "macam baru buka" jee hahha... Katsini banyaklah orang modern Kemboja. 

Al - Serkal Mosque Phnom Penh




Central Market Phnom Penh









Tour guide kami memberhentikan kami di Independence of Cambodia Monument. Ini rumah PM mereka kata Zahari. Ini Raja Kemboja. Ini Palace of Kemboja semalam nampak dekat Culture Village yang mini jee harini yang real. Seterusnya, kami bergambar di National Museum of Cambodia. Kami di bawa tuk - tuk menyusuri jambatan dan melihat kawasan perkampungan orang laut (Melayu Champa) mereka sangat susah. Semoga Allah murahkan rezeki semua umat islam di dunia. Kami bersalaman dengan masyarakat tersebut dan kembali ke Hotel.

Independence of Cambodia Monument

Rumah PM Cambodia

PM Cambodia





Royal Palace Phom Penh




Perkampungan Melayu-Champa



Tunggu Day 4 yeaaa kawan-kawan ❤❤❤❤❤❤❤