Sunday, 7 January 2018

The Journey 23 (Percutian Kemboja + Vietnam) Day 3

Assalamualkum semua! 



Day 3 (18/9/2017)
Setibanya pada pagi itu kami dihentikan kawasan tuk-tuk dan persekitaran waktu itu gelap dan berhampiran dengan Pasar basah. Saya sarankan jika tempat itu anda belum kunjungi mohon buat research kerana kami ingat Hotel dekat rupanya jauh :''( Kami telah buat keputusan untuk morning walk dengan bag tarik dan bag galas selama 30 minit. Kami bernasib baik kerana ada Pak Cik Van berhenti untuk tolong kami. Kami dikenakan 1$ dollar seorang untuk pergi ke Hotel Backpackers di Phom Penh. Alhamdulillah selamat tiba di Hotel. Pengurus hotel tersebut mak cik yang berasal dari Denmark. 




Disebabkan tidak boleh Check in kami meminta izin untuk simpan bag. Kami bersiar - siar di Persisiran Sungai sementara untuk check in. Waktu itu saya kelihaan seorang mak cik membiarkan anaknya tanpa baju. Kesian saya tengok budak sedemikian bekeliaran dan emaknya tido dikerusi. Bersyukurlah anda yang mempunyai keperluan yang cukup. 



8.16 pagi kami pergi duduk di lobi hotel. Kami dapat bilik dalam pukul 9 pagi alhamdulillah. Gosok gigi dan sebagainya dan turun ke lobi kerana duit $dollar yang kami bawa $120dollar tidak mencukupi  kami membuat pertukaran di Money Changer dibawah Hotel. Rm 200 tukar ke $dollar. 
Setelah itu, Kak Sara berbincang dengan Zahari untuk membeli tiket bus ke Vietnam dan tuk - tuk untuk harini . 








Pukul 10.15pagi, 2 tuk - tuk sudah sampai Pemandu tuk - tuk namanya juga Zahari dan Farit. 1 tuk - tuk boleh menempatkan 4 orang sahaja. Saya menaiki tuk - tuk bersama Kak Mida, Kak Dee  dan Kak Zah. 45 minit masa untuk diambil untuk sampai ke Pusat Genosid Choueng Ek (Lawatan Audio Padang Pembunuhan). Didalam ini menerangkan kisah benar. Pukul 12.40 tengahari kami pergi ke Audio Tour of The Tuol Sleng Genocide Museum. Ini jugaadalah kisah benar tentang Pembunuhan masyarakat Kemboja. Semoga ALLAH ampunkan dosa semua umat di Dunia. 







Seterusnya disebabkan terlalu lapar kami pergi Halal Restaurant Nasi Putih + Masak lemak (rasanya) tapi bahasa saya lupa + Paprik ayam. Kami cuma ambil dua air sahaja Air Bandung dan Milo. Seterusnya tour guide kami bawa kami ke Masjid di Kemboja Al - Serkal Mosque. Sempat kami menunaikan Solat jamak disini. Seterusnya, kami dibawa ke  Central Market, Phnom Penh  yang menjual barangan yang murah tapi sebab $$$ dollar tak beli pon. Tour guide bawa kami ke River Front Plaza dalam dia ada Aeon Shopping Complex ini "macam baru buka" jee hahha... Katsini banyaklah orang modern Kemboja. 

Al - Serkal Mosque Phnom Penh




Central Market Phnom Penh









Tour guide kami memberhentikan kami di Independence of Cambodia Monument. Ini rumah PM mereka kata Zahari. Ini Raja Kemboja. Ini Palace of Kemboja semalam nampak dekat Culture Village yang mini jee harini yang real. Seterusnya, kami bergambar di National Museum of Cambodia. Kami di bawa tuk - tuk menyusuri jambatan dan melihat kawasan perkampungan orang laut (Melayu Champa) mereka sangat susah. Semoga Allah murahkan rezeki semua umat islam di dunia. Kami bersalaman dengan masyarakat tersebut dan kembali ke Hotel.

Independence of Cambodia Monument

Rumah PM Cambodia

PM Cambodia





Royal Palace Phom Penh




Perkampungan Melayu-Champa



Tunggu Day 4 yeaaa kawan-kawan ❤❤❤❤❤❤❤

No comments:

Post a Comment