Assalamualaikum semua...
Day 2 (17/9/2017)
Mulakan pagi anda dengan senyuman. Good morning Kemboja. (Siem Reap) 8 pagi kami sudah tunggu dibawah Hotel untuk Tour guide kami Salim jemput untuk pergi ketempat membuat kain Sutera. Menarik juga tentang cara penghasilan sutera ini. Pertama sekali kami lihat sendiri Ulat Sutera, Cara ulat sutera dibakar dan dijadikan benang. Cara penghasilan warna pada sutera juga ditunjukan yang dalam gambar sutera sudah di warna merah.
Setelah itu, kami dibawa untuk menaiki boat untuk melihat orang Kemboja yang tinggal di Tasik Tonle Seap, ada safety jacket pink diberikan baru cun bila pakai. Kami singgah di tempat cendermata didalam kedai ini ada buaya kecil yang diawet. Saya bagi ikan makan. Kami menaiki atas kedai cenderamata dan selfie ramai2. Buaya hidup pon ada di kedai ini, jangan jadi Buaya Darat sudah hahaha...
Seterusnya, kami dibawa ke Khemer Lotus Farm. Bayaran yang dikenakan sebagai pelancong 2000 Riel tapi kami bayar pakai duit RM 2. Keluasan ladang teratai ini macam 2 ekar atau lebih. Suasana amat cantik dan cuaca waktu itu mendung so nice ❤❤❤❤❤
Seterusya Salim membawa kami di Kedai Emas Pailin Gem World, Kemboja juga ada mengeluarkan batu permata yang cantik. Kami sekadar lihat sahaja tidak beli pon huhuhhu... Seterusnya kami pergi Angkor National Museum ini juga sekadar bergambar diluar hahaha.. Sebab kami semua lapar kami terus bergerak ke Muslim Family Kitchen Restaurant. Disini kami ambil 1 set Ayam cili, Tom Yam, Ikan 3 rasa, Daging masak cili dan buah dragon fruits. Seorang perlu bayar 6$ dollar. Sesudah makan Salim memberikan Pisang goreng ini ada bijan, kata Salim pisang ini dilenyek dahulu disebabkan itu panjang.
Seterusnya kami terus dibawa ke Culture Village. Tiket masuk 15$ dollar dibeli oleh Salim, langkah pertama kami masuk Muzium Wax dapatlah lihat dari Zaman Purba, Zaman Raja dan orang terkenal di Kemboja. Kedatangan Khemer Islam dari Vietnam dan keterunan Melayu-Champa. Kami terus bergegas ke tempat adat perkahwinan orang Kemboja. Seterunsya Chinese dan seterusnya tak sempat masuk Krokung Village.... Seterusnya kami gigih berjalan pergi miniature kecil - kecil punya bangunan macam Legoland
Seterusnya kami balik ke Hotel kerana malam nanti nak naik bus pergi ke Phom Penh harga tiket bus 9$ dollar. Bus ini sleeping bed. Satu katil 2 orang. Saya kongsi dengan kak midah nasib baik kami 8 orang ada partner masing masing. Kami turun ke lobi pukul 10 malam kerana shuttle bus amik dalam pukul 10.30 malam depan Hotel untuk bawa ke Station bus. Ini adalah pengalaman pertama yang mengujakan bagi saya kerana Bus Katil!! wowww.... Perjalanan kami mengambil masa 7 jam, dari 11.30 malam sampai 4.30 pagi di Phom Penh...
Tunggu Day 3 yeaaa kawan-kawan ❤❤❤❤❤❤❤
No comments:
Post a Comment